Anda bijak?Jauhi zina...
Moga hari yang kita lalui masa ini adalah lebih baik dari semalam. “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW Ayuh kita bermuhasabah sehari-hari.Apakah amal baik yang kita mahu lakukan pada hari ini?Adakah kita bisa membiarkan hari yang kita lalui tanpa sedikit amal yang boleh memberatkan neraca kebaikan kita di padang mahsyar kelak? Ana mempunyai rasa tanggungjawab di sini,yakni untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para sahabat yang kucintai kerana Allah sekalian. Seringkali apabila membicarakan berkenaan zina,apakah yang terus menerpa pemikiran anda? Adakah terus kepada zina melalui persetubuhan?Nah, inilah silap kita. Perlu kita ketahui bahawa sesuatu perkara yang besar bermula dari yang kecil. Api yang marak membak...