Friday, May 7, 2010

Si pembunuh bertubuh kecil..


"Abah,nak ikut!" jerit ana.

"Kalau nak ikut,kena tahan.Dekat sana banyak nyamuk,"ujar ayah ana.

"Takpe,tak kisah pun."

Awal tengah hari itu ana,abang dan ayah pergi ke hutan berhampiran kawasan tempat tinggal ana untuk mengutip pucuk paku.Seronok rasanya,merasa sendiri bagaimana mengutip pucuk paku.

"Yang ini tak boleh ambil,ni namanya paku pakis.Ha,kutip yang pucuk,bentuknya macam ni," ajar ayah ana.

Satu perkara yang seronok adalah berlumba dengan abang ana,mengutip pucuk paku siapa paling banyak.Mentaliti kanak-kanak,meskipun tiada ganjaran untuk itu,tapi kepuasan mengalahkan lawan yang penting.

"Iskh,gatalnya,banyak betul nyamuk ni.Habis berbial-bial muka ni."

Inilah menjadi masalahnya,tapi ana tidak kisah,kerana pulangan yang kami dapat menguntungkan.Hampir sekarung guni pucuk paku dapat kami kutip.Bak kata Fahrin Ahmad berbaloi-baloi.

KECIL-KECIL CILI PADI

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap penduduk.Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini.Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika,Amerika,Mediterrranean atimur,Asia Tenggara dan Pasifik Barat.Sebelum tahu n1970,hanya sembilan buah negara mengalami epedemik denggi.Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995.Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah.Seramai 2500 juta manusia-iaitu 2/5 penduduk dunia- sekarang ini menghadapi risiko demam denggi.Tanpa rawatan yang bersesuaian,kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15%.

Menggerunkan!

Itu yang ana dapat simpulkan.Di sebalik kejadian,ana cuba merenung satu hikmah.Makhluk yang sedemikian kecil(jika di lihat secara fizikal,memang tak terjangka dek akal)mampu menjadi pembunuh no.1 dunia.Hebat!

Tidakkah kita terfikir,bahawa ini adalah salah satu petanda kehebatan penciptaan Allah.

KEMATIAN RAJA NAMRUD

Mengenang kembali kisah-kisah nabi.Tercatat dalam lembaran mengenai perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang pemerintah yang angkuh yakni Raja Namrud.Berani benar pemerintah tersebut mahu membunuh Tuhan Nabi Ibrahim!

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.


Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.


DOSA KECIL DAN DOSA BESAR

Sungguh terdapat pengajaran dalam setiap penciptaan Allah s.w.t

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik" (al-Baqarah:26)

Jika direnung kembali,berapa ramai manusia yang mati kerana dibaham harimau,mati dipijak gajah atau seumpamanya?

Jika dilihat dari purata mungki boleh dianggar dalam 5 orang dalam setahun berbanding ramai yang mati kerana makhluk bernama NYAMUK.

"Ah,aku buat dosa kecik je,dosa besar ni tak berani aku buat.Apalah sangat dengan dosa kecik ni,nanti tua aku bertaubatlah."

Ingat! nyamuk yang kecil lebih berbahaya dari binatang ganas dan besar yang lain.Begitu juga dengan dosa.Dipandang enteng dosa kecil itu,sebenarnya itulah penyebab kepada kerosakan hati.Penyebab kepada melakukan dosa besar.

Apakah kita masih tidak sedar mesej dari Tuhan yang cuba disampaikan melalui makhluknya?

Berhati-hatilah dalam memandu hidup.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Letakkan Rukun Iman dan Islam sebagai tunjang hidup.

GATALNYA..

"Abah,jom balik.Gatal dah ni."

"Ha,kan abah dah kata tadi,jangan ikut.Degil juga."

Tengah hari itu,ana pulang dengan badan yang berbial-bial.Mulia nya hati kau suhana.Menjadi penderma darah yang rela pula.



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers