Friday, May 7, 2010

Fenomena Maher Zain..




Satu fenomena!

Ya,fenomena seorang yang bernama Maher Zain.Dari album beliau yang berjudul Thank You Allah,cukup menarik minat para pendengar bukan hanya kerana kelunakan suaranya,tetapi mesej yang cuba disampaikan dalam setiap bait-bait lagu beliau cukup menyentuh hati.

Ana mengenali Maher Zain ini melalui lagunya yang berjudul Open Your Eyes.Sahabat ana syorkan pada ana untuk melihat video bagi lagu ini.Jadi untuk tidak menghampakan harapan sahabat,ana menonton video tersebut.SubhanAllah..mengalir air mata mendengar liriknya ditambah kehebatan video yang memaparkan tentang penciptaan alam.Sungguh tersentuh ana.

Allah s.w.t berfirman "(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tetang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka"(al-Imran:190-191)

Lagu Thank You Allah memberi maksud yang mendalam,tanda kesyukuran kita kepada Allah atas segala pemberianNya.Begitu juga lagu Always be There di mana menceritakan bahawa Allah sentiasa ada bersama-sama kita tidak kira masa.Begitu hampir dengan kita.

For the Rest of My Life adalah lagu yang ana gemari.Bagaimana seorang mengubah definisi cinta apabila dikurnia seseorang yang Allah beri untuknya.Mungkin lagu ini sesuai untuk diberi kepada seorang isteri dari seorang suami.Seterusnya lagu InshaAllah,apabila dilanda duka dan musibah,bait-bait lagu ini menjadi peringatan pada ana bahawa Allah sentiasa ada bersama,justeru janganlah berputus harap.

Hold my Hand adalah mengenai lagu kisah persaudaraan.Cukup menyentuh hati lagu ini.Begitu juga lagu Palestin Will be Free.Mengingatkan ana pada penderitaan saudara kita di sana.

Siapa Maher Zain ini sebenarnya?

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine up’ dan ‘Main the Show “.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.


Sungguh,semua lagu yang terkandung dalam album Maher Zain adalah yang terbaik dan semua ana suka.Suka kerana mempunyai mesej keTuhanan yang cuba disampaikan.SubhanAllah...Terbaik untuk Maher Zain,moga Allah memberkati apa yang dilakukan..

2 comments:

fadhlina on May 8, 2010 at 1:11 AM said...

salam suhana,
suka juge dengan lagu-lagu maher zain. baru sekali dengar lagu insyaAllah dah tertarik=)

SuhaNa on May 8, 2010 at 7:05 AM said...

salam fadhlina,
ayukran kerana sudi membaca dan menjenguk di blog ana yang tak seberapa ini.Tahniah pada maher zain dan para pencipta lagu-lagu beliau..cukup menginsafkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers