Sunday, May 9, 2010

Ayuh kita berjudi!


Astaghfirullah..

Tergamam ana sebentar apabila membaca berita mengenai isu ini.Semakin hari,semakin ketara Islam kian dipinggirkan dalam segala hal.Apakah mereka tidak melihat dan berfikir sedalam-dalamnya dahulu sebelum bercakap?Sungguh,walau diberi apa pun alasan,yang haram tetap haram.Matlamat tidak akan menghalalkan cara.


“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,”


Inilah alasan yang dikomentarkan oleh Dr.Awang Sidek Hussein mengenai hal ini.Cuba mengawal pengeluaran duit dan mengetahui jumlah duit untuk pertaruhan dalam judi.

Wahai Menteriku,tidak adakah cara lain untuk dijadikan jalan bagi mengatasi masalah ini? Carilah solusi yang tidak bertentangan dengan Islam.Mencari solusi yang lebih membawa mudarat apakah dapat menyelesaikan masalah?

Jika hal ini berterusan,justeru banyak perkara boleh dipertikaikan.Mansuhkan sahaja Akta Dadah kerana dengan adanya Akta tersebut,kes penjualan tetap juga berlaku. Untuk mengatasi masalah zina dan buang anak yang berleluasa,adakan satu tempat untuk anak-anak muda melempiaskan nafsu dari mereka melakukan di merata-rata tempat.Senanglah kerja para Pegawai Agama nanti.Ataupun berikan kondom secara percuma untuk mengelakkan lahirnya anak luar nikah.

Begitu juga halnya,mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.


Wahai para mufti dan para ahli majlis agama.Tampilkan diri anda mengenai isu ini.Mengapa masih diam seribu bahasa?Sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu diketepikan sahaja, ke mana perginya kalian?

Sedarilah tegahan Allah s.w.t yang bermaksud :

Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Jikalau para Menteri Agama duduk sebaris dan sependapat dengan pemimpin ini, berikan hujjah dan dalili anda untuk keHARUSan tersebut.Kami menunggu-nunggu suara dari anda!

2 comments:

Mesintaip: on May 10, 2010 at 8:32 AM said...

Begitulah nilai yang perlu kita tanggung apabila kita mengangkat seseorang yang jahil agama dalam kepimpinan kita. Mereka hanya pandai berkata-kata namun tidak bijak berfikir. Mereka bijak berfikir namun tidak cerdik menilai. Mereka cerdik menilai namun tidak ada nilai taqwa dalam hati.

SuhaNa on June 21, 2010 at 11:10 PM said...

Sukar jika umara sendiri meminggirkan islam..masyarakat juga yang semakin kelam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers