Tuesday, August 16, 2011

Contest Aku Berpuisi- Sang Penyeru Gagap


Angin debu menampar wajah duka
Menghirup udara rimba
Segarnya angin tidak mampu membunuh keluh resah di jiwa

Kamulah si pendosa
Yang mencabar kerajaan Sang Pencipta
Layaknya kamu ini cuma hamba yang hina
Tapi lakonmu seperti Firaun yang dihidupkan semula
Kedatanganku ibarat Musa yang tidak ada mukjizatnya
Namun atas rasa berjiwa hamba
Aku bangkit untuk berkata
Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta

Aku tiada tongkatnya si Musa
Waima mampu mengeluarkan sinar putih bercahaya
Yang aku ada hanya al-Quran dan Sunnah sahaja
Itu sudah cukup bagi aku berani berkata
Kepada kamu si pendosa
Kembalilah kepada Yang Maha Mencipta

Hey manusia yang tergagap tutur bicara
Usulmu tidak aku ketahui dari mana
Sialan mulutmu berkata aku Firaun yang dihidupkan semula
Akan ku humban kau ke neraka Pencipta yang dikata
Kelak baru kau tahu siapa Tuhan yang sebenarnya!

Angin debu menampar lagi wajah duka
Alam rimba ini menjadi peneduhku buat seketika
Menjadi saksi Sang Pencipta itu Maha Berkuasa
Neraka yang dicipta memakan sendiri Tuannya

Dan aku..
Masih tetap mahu menyeru
Kembalilah kepada Yang Menciptakan kamu

Dari setetes air mani yang hina
Kau dan aku dicipta

Ayuh
Marilah menjadi hamba

Pendosa berjiwa hamba.


p/s : Entri ini untuk penyertaan contest mohamadazhan.com . Saya telah 'dipaksa' untuk menyertainya, jadi dengan tak berapa reti saya pun buat puisi sebuah cerita seorang daie yang gagap dalam berkata. Untuk melengkapkan syarat penyertaan, dengan ini saya akan paksa juga blogger ini untuk masuk..Hihihi..

10 comments:

Hans on August 16, 2011 at 2:09 PM said...

nice
ayat2 yg sedap
semoga berjaya
:-)

Mohamadazhan.com on August 17, 2011 at 12:49 AM said...

salam,

dalam keterpaksaan lahir sebuah puisi yang indah, penuh mesej yang membina jiwa yang mati...terima kasih atas kesudian menyertainya =)

salam ramdhan =)

GR on August 17, 2011 at 8:40 AM said...

bait-bait yang indah. InsyaAllah, jika ada ideanya, hamba pun akan turut menyertai =)

susuchan on August 17, 2011 at 9:15 AM said...

terpanggil untuk sama menyertai^^.puisi dah siap tunggu masa untuk pos.

SuhaNa on August 17, 2011 at 11:03 AM said...

to Hans:

Allahu Rabbi, Dia yang memberi ilham. Terima kasih ya.

SuhaNa on August 17, 2011 at 11:05 AM said...

to Mohamadazhan.com :

'Alaikumusalam,

Memang dalam keterpaksaan buat benda ni, kalau tak dipaksa tak dibuat. Memenuhi permintaan sahabat.Sama-sama kasih.

Ramadan Kareem.

SuhaNa on August 17, 2011 at 11:06 AM said...

to GR :

Tak berapa nak indah sangat lah. Dah lama berhenti berpuisi ni. Asalkan mesejnya sampai pada pembaca.

Moga berjaya ya!

SuhaNa on August 17, 2011 at 11:07 AM said...

to susuchan:

Apa lagi, silakan post entri anda itu =)

susuchan on August 17, 2011 at 11:39 AM said...

dah post dah~

SuhaNa on August 17, 2011 at 3:56 PM said...

to susuchan:

baguslah.Semoga berjaya ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers