Posts

Showing posts from January, 2011

Pertandingan : Apa itu kitar semula..

Image
Bumi yang tiada rimba,seumpama hamba,dia dicemar manusia,yang jahil ketawa.. Bumi yang tiada udara, bagai tiada nyawa, pasti hilang suatu hari, tanpa disedari... Bumi tanpa lautan, akan kehausan, pasti lambat laun hilang, duniaku yang malang... Sering kali lagu ini menjadi siulan saya ketika zaman kecil dahulu. Meskipun masih kecil,namun lagu yang didendang bukan sekadar hanya siulan,tetapi mesej yang cukup mendalam,bahawa bumi ini sudah sangat teruk keadaannya.Jika sudah dikatakan nazak,begitulah yang saya mampu katakan. Tahap kesedaran masyarakat di Malaysia mengenai perihal alam sekitar masih lagi tidak mencapai standard yang diharapkan.Masih boleh dikira,berapa ramai yang berfikir dahulu sebelum membuang sampah? Amat sedih melihat bumi ini binasa akibat tangan-tangan manusia yang sepatutnya menjadi khalifah terhadap alam ini. “Berapa ramai yang sedar betapa pentingnya kitar semula ini?Sedangkan kamu yang belajar tentang alam sekitar ni pun masih tidak ada rasa nak lakukan...

Apabila kemanisan Islam bertamu..

Image
Saya Islam.. saya islam.. Ada dua perkataan di atas.Mana satu adalah benar?Apa jawapan kalian? Mari fikirkan sejenak.. Perkataan pertama jika dilihat adalah berbentuk kata nama khas. Manakala perkataan kedua adalah berbentuk kata kerja. Baiklah,saya beri contoh sebegini.. Saya Makan.. saya makan.. Perkataan pertama merujuk kepada kata nama khas yakni orang itu bernama Encik/Puan Makan. Perkataan kedua pula adalah kata kerja di mana seseorang melakukan perbuatan makan. Faham? Kembali kepada contoh yang teratas tadi.Apabila manusia hanya menjadikan Islam sebagai kata nama khas sahaja,maka tinggal nama sahaja pada diri kita.Tertera di kad pengenalan beragama Islam tetapi cara hidupnya bagaimana? Namun jika meletakkan Islam itu sebagai kata kerja,maka segala pekerjaan dan perlakuan kita melambangkan Islam itu sendiri.Kita sedang melakukan apa yang dikatakan sebagai Islam. Justeru, orang yang melakukan perbuatan yang diseru oleh Islam ini adalah orang-orang yang merasa...

Wahai Pemilik Nyawaku..

Image
Allah.. Allah .. Allah.. Astaghfirullahal azzim.. Tidak lepas sebutan itu dari mulut saya.Melihat ramai orang mengerumuni, baharu sedar bahawa saya betul-betul ditimpa kecelakaan jalan raya.Bukan bermimpi di siang hari lagi wahai Suhana. Panduan saya cuma biasa sahaja, 60 km/j. Namun jika sudah dikatakan takdir untuk terjadi, maka jadilah juga.Segalanya kehendak Allah jua. Rasa bersyukur yang teramat sangat kerana Allah masih mahu memberi peluang untuk saya bernafas dan bergerak di muka bumi ini lagi.Nasib juga hanya cedera ringan di kaki dan tangan, dan keadaan motosikal hanya sedikit calar. Parahnya apabila pemandu kereta tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.Jelas memang saya yang melanggar keretanya,namun itu berlaku kerana saya tidak sempat menekan brek kerana keretanya melintas tanpa melihat laluan trafik ketika itu. Saya berada di laluan yang betul, laluan major untuk trafik ( baca : utama bermakna anda berhak untuk jalan tanpa memberhentikan kende...

Buntu ditambah keliru..

Image
Panjangnya tajuk… Finite Element Method, Axially Loaded Discontinuous Load Bearing Wall Made of 30% Recycled Coarse Aggregate with 13.3 Slenderness Ratio Tajuk untuk apa ini? Tentulah untuk tajuk projek tahun akhir ana.Bukan panjangnya tajuk menjadi isu,tetapi apa yang mahu dikaji itu yang keliru dan buntu. Sebetulnya tajuk ini supervisor ana yang beri, jadi masih dalam samar-samar lagi apa yang perlu dibuat.Menggunakan LUSAS programme untuk mengkaji LWB (Load Bearing Wall) berdasarkan slenderness ratio tersebut,itu yang ana fikirkan. Malahan tajuk ini adalah untuk bidang struktur, sepertimana yang kalian tahu ana bukanlah dari bidang ini,tetapi bidang alam sekitar.Terpaksa menadah telinga mendengar butir ceramah yang disampaikan secara ikhlas oleh Timbalan Akademik Fakulti,menjadikan ana seorang yang redha.Pada mulanya membantah juga,kerana diberi supervisor dari bidang struktur,namun akhirnya ana mengalah.Mungkin ini adalah peluang dan kelebihan yang Allah beri untuk ana. ...

ISK :Indahnya hidup bermatlamat..

Image
“Kenapa orang Melayu kalau kenduri kahwin,kena ada beri bunga telur?Mesti ada maksudnya yang tertentu.Kenapa tak beri betik ke,rambutan ke,kenapa perlu telur.Atau telur itu menjadi simbol kepada sesuatu?”tanya Laoshi ( baca pensyarah) kepada kami. Ketika itu kelas bahasa Mandarin. Beraneka jawapan dan alasan yang diterima.. Ana juga terfikir,kenapa perlu telur.Dahulu kebiasaannya begitu,namun sekarang mungkin berubah sedikit kerana harga telur semakin mahal,jadi diganti dengan pemberian gula-gula,kek bakar,dan sebagainya. Pencarian untuk persoalan pun bermula.Hasilnya berdasarkan pendapat orang-orang tua, terlu itu diberi sebagai simbol untuk mendapat zuriat yang banyak.Sebagaimana ayam,sekali bertelur,pasti mengeluarkan telur yang banyak .(Ok,agak lucu namun itu yang jawapan ana terima) Entahlah,pemikiran orang-orang dahulu,selalu berfikir luar dari kotak pemikiran.. Jadi,ana mahu mengajak pembaca sekalian menjadi seperti orang dahulu sebentar,yakni berfikir luar dari kota...

Demi dakwah ini ya Zainab al-Ghazali..

Image
“Su tahu tentang kisah Zainab al Ghazali?” tanya Kak Sha kepada ana. “Belum berkesempatan lagi untuk membaca kisahnya.Macam mana ye kisahnya?” tanya ana pula. Ketika itu kami bertiga,ana,Kak Sha dan adik berjaulah, berjalan kaki mungkin lebih kurang 10km, hampir separuh Pulau pangkor itu kami lalui ( ye kot,tak leh nak agak,jauh sangat!) . Kami baru sahaja menjalani mukhayyam di di kem Teluk Segadas, berjalan kaki pulang menuju ke checkpoint pertama semula yakni di sebuah masjid. “Kalau nak baca tentang riwayatnya ada sebuah buku,nanti Su carilah.Apa yang kak Sha boleh katakan adalah perjuangan hidupnya,bagaimana dia diseksa di dalam penjara dan seksaan itu pula seperti seksaan yang mampu ditanggung oleh lelaki sahaja.Bayangkan kudrat perempuan yang berusia menerima siksaan sebegitu,” cerita kak Sha. Sebetulnya nama srikandi ini diambil untuk nama kumpulan kami untuk program mukhayyam tersebut.Alhamdulillah, sering kumpulan kami mendapat carta pertama,kumpulan pertama di denda ...