Posts

Showing posts from October, 2010

Melakar cinta Allah..

Image
“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada ana. “Mencintaimu kerana Allah.” Ringkas jawapan ana. Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan ana. Riak muka tidak puas hati lagaknya. “Memanglah,itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya,Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,”luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan. Terhenti seketika kerja yang ana sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi. “Cemburu dalam berukhwah? Ana setuju,bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja.Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat...

Demi cinta ini...

Image
Tengah hari itu ana serta kawan merancang untuk memasak. Alang-alang sudah berziarah,apa salahnya memasak bersama. Menu kami tidak susah mana,telur dadar bersama sos cili dan mayonis, sayur bayam dimasak goreng dan sardin berperisa tomato. Hidup sebagai pelajar, kalau masakan tidak seringkas begini bukan pelajarlah namanya. (Alasan!) Apa yang dimakan bukan menjadi persoalan,sedap atau tidak bukan juga pokok bicaranya,tetapi bagi kami bertiga memasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi keseronokan ketika makan bersama. Rasa puas dan bahagia. Fizikal kenyang,rohani bertambah-tambah kenyang. Kalian cuba fikirkan,kenapa setiap kali berada di perantauan,berkelana ke mana sahaja kerana tuntutan ilmu atau sebagainya,pasti kalian merindui masakan ibu. Padahal jika difikirkan juga, masakan ibu bukanlah setaraf chef terkemuka,tetapi masakan merekalah yang paling kita idamkan. Waima telur goreng dan nasi putih berlaukkan kicap pun boleh lahap dibuatnya gara-gara ibu...

Didiklah hati dengan berjiwa besar...

Image
Berfikir... Sejenak ana terdiam,bungkam tanpa reaksi biasa.Sepi tanpa bicara.Melakukan sesuatu itu tanpa dipandu akal yang waras malahan ditujah dengan nafsu yang menggila,membuatkan diri menjadi alpa. Benar,manusia tidak sempurna.Tetapi sekurang-kurangnya ciptalah sesuatu yang mampu menjadikan kamu seorang tauladan dan sempadan. Setiap detik dan saat diri diperhati. Pantang ada salah dan silap dan diri,mulalah suara-suara umpat dan keji. Jika tiada kekuatan spritiual yang hadir kala itu,pasti diri rebah,tersungkur di perdu dosa. Namun, bukanlah dinamakan manusia jika tiada kesalahan yang dilakukan. Maudhuk utamanya adalah memberi kemaafan dan melupakan segala kesalahan. Benar,diri sakit atas penderitaan hati dan jiwa,tapi siapalah kita untuk menghukum mereka sewenang-wenangnya. Kerna kerja berhukum adalah urusan Allah sahaja. “Kalau macam tu,kita kena terima je lah apa orang buat kat kita?Macam ditindas je,macam insan yang lemah,”bersuara seorang teman. “Kita kena berlapang ...

Air mata takwa..

Image
Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43) Menangislah kalau itu mampu menjadi penawar hati. Menangis bukan bermakna kita lemah. Menangis bukan bererti kita kalah. Tetapi menangis itu menjadi tanda kepada hati-hati yang terpelihara. Tangisan jenis apakah ini yang cuba kau sampaikan Suhana? Yakni,tangisan takwa... Seumur hidup kita, tipulah kalau ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah menangis. Sebaik sahaja kita lahir ke dunia,perkara pertama yang kita lakukan adalah menangis! Dahulu,tangisan kita bergema kerana lapar, dahaga dan sebagainya. Namun,semakin menginjak dewasa, bertukar tujuan tangisan kita.Ada yang menangis kerana ditinggalkan kekasih,menangis kerana ditipu kekasih,menangis di dera perasaan jiwa dan hati. Kita senang mengalir air mata kerana mengenang ibu dan ayah di kampung. Mudah menangis melihat drama di televisyen, tetapi adakah kita mudah untuk meng...

Memberi dengan sepenuh hati..

Image
Memberilah sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.. Ayat-ayat ini menjadikan ana terdiam seketika. Terpegun barangkali. Menusuk jauh ke dasar hati. Memikirkan tentang diri adakah menjadi si penerima atau pemberi. Muhasabah diri membawa ana larut dalam tangisan rahmat dan kesyukuran. Jika difikirkan, Allah itu sifatnya Maha Pengasih, terlalu banyak yang diberi kepada makhluknya. Namun berapa banyak pula penerimaan terima kasih dan syukur dari makhluknya pula? Biar sedikit dari hamba-hambanya yang bersyukur, Allah tidak pernah mengurangi apa yang diberi. Bahkan lebih mencukupi. Ya Allah..hambaMu ini penuh dosa kerana kurangnya syukur padaMu..janganlah Kau jadikan aku dari golongan orang yang kufur akan nikmatMu.. "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." (Surah an-Nahl, ayat 144) Atas sebab ini juga,ana menanam tekad untuk mengubah sesuatu dalam diri. Mahu menjadi insan yang banyak memberi dari banyak menerima. ...