Posts

Showing posts from June, 2010

Anda bijak?Jauhi zina...

Image
Moga hari yang kita lalui masa ini adalah lebih baik dari semalam. “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW Ayuh kita bermuhasabah sehari-hari.Apakah amal baik yang kita mahu lakukan pada hari ini?Adakah kita bisa membiarkan hari yang kita lalui tanpa sedikit amal yang boleh memberatkan neraca kebaikan kita di padang mahsyar kelak? Ana mempunyai rasa tanggungjawab di sini,yakni untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para sahabat yang kucintai kerana Allah sekalian. Seringkali apabila membicarakan berkenaan zina,apakah yang terus menerpa pemikiran anda? Adakah terus kepada zina melalui persetubuhan?Nah, inilah silap kita. Perlu kita ketahui bahawa sesuatu perkara yang besar bermula dari yang kecil. Api yang marak membak

Misteri di sebalik URL Blogspot!

Image
Salam a'laikum sahabat-sahabatku sekalian.. Atas dasar kesedaran,mungkin kalian ada yang sudah tahu atau tidak tahu mengenai berita ini.Ana tidak mahu mengulas mengenai isu crocs yang mempunyai kalimat Allah atau sebagainya kerana ramai yang sudah mengulas hal itu di dalam blog masing-masing tetapi adakah kalian sedar atau tidak bahawa url blog ini terdapat satu kemisteriannya... Oh,apakah yang misteri itu?? Begini..jika kalian menaip alamat url blog ini http://ayam-jihad.blogspot.com , yang akan keluar adalah seperti ini.. Tetapi jika kalian menaip url blog ini http://ayam-jihad.logspot.com , yang akan keluar adalah seperti ini... Hanya menghilangkan abjad 'b' pada url blog,kita sudah dibawa ke laman dakyah agama lain pula.Jadi,sedarilah bahawa kita sememangnya semakin diasak bertubi-tubi dalam setiap inci. APA YANG PERLU DILAKUKAN Maklumat ini ana perolehi hasil makluman rakan blogger ana akh kuntet . Beliau telah menghantar mesej melalui kotak sembang di facebook.Kemud

Mencari pelangi hidup...

Image
Anak kecil itu... Resah kelihatan melalui riak wajahnya.Menghitung detik di jam dinding kelas.Memerhati kawan-kawan lain khusyuk menghadap kertas masing-masing.Anak kecil itu masih gelisah,menoleh sekejap ke kiri,kemudian ke kanan.Kertas yang hampir siap dijawab itu diramas-ramas hujungnya. Tidak perasan kawannya di sebelah asyik memerhati tingkahnya.Tersedar dia akan sesuatu,keganjilan pada anak kecil itu. Pensil warna! Ya,anak kecil itu tiada pensil warna di mejanya.Bagaimana mahu menjawab soalan di kertas tersebut?Tiada pensil warna bermakna tidak habis menjawab soalan tersebut. "Psst..pssttt..Suhana.." Anak kecil itu menoleh,melihat siapa yang berbisik memanggilnya.Oh..rakan di sebelahnya..Anggukan kepalanya menandakan dia menjawab bisikan itu.Takut tersedar oleh guru,mungkin akibatnya di tuduh meniru pula. "Kau tak ada pensil warna ke?Nah guna aku punya dulu,aku tak siap jawab soalan lagi.Nanti kau bagi aku kalau dah siap," kata kawannya menghulur sebekas pensi

Rezeki ku rupanya...

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah serta Maha Mengasihani.. Keadaan ana yang kurang sihat membuatkan ana membantutkan hasrat untuk menziarahi blog rakan-rakan.Jadi,peluang yang ada ana gunakan untuk beristirehat.Merehatkan badan bagi memberi secukup tenaga untuk terus beribadat pada Allah s.w.t dan bekerja untuk umat.. Waktu hening itu,sementara menunggu Subuh ana menziarahi blog rakan-rakan yang berkunjung.Sempat juga ana membalas kunjungan mereka.Tetapi ada satu jejak yang ana baru teringat tiba-tiba.. qamarguyz : salam ziarah..jom lihat siapa yanG kena Oh,apa yang kena ni.Ada kena-mengena?Pastilah ada..jadi ana pun meninjau blog rakan ini. Melihat entri beliau,ana baru teringat.Beberapa minggu lepas,ana ada menyertai satu contest bertajuk aksara pencorak hidupku.Syarat-syaratanya berdasarkan ulasan buku dan ana telah menyiapkan entrinya di sini .. Apa yang ana lihat?? Jeng...jeng...jeng... Ana mendapat tempat pertama untuk contest tersebut.. di sini keputusannya .Hadiah yang paling

Kasih ibu dan ayah hingga ke syurga...

Image
Mari kita bermuhasabah diri sebentar... Sering kali meniti di bibir kita bahawa kita terlalu menyayangi ibu dan ayah kita.Tetapi adakah sekadar lafaz kasih itu cukup untuk memberi bukti betapa kita kasihkan ibu dan ayah. Pernah dengar pepatah.. action louder than speak the words. . Oh,bukanlah ana membuat konklusi bahawa lafaz kasih terhadap ibu bapa itu tidak perlu,tetapi kadang-kadang tindakan kita itu juga cukup membuktikan betapa kita menyayangi mereka.Mugnkin ruang kali ini ana ingin berbicara mengenai 'tindakan' kita. Cuba kalian berada dalam situasi di mana tika itu ibu atau ayah kalian berada dalam keadaan kurang sihat. "Iskh,siapa yang muntah dekat sofa ni,penat aku kemas rumah tadi," rungut Leha melihat muntah yang bersisa di sofanya.Sudah lah penat mengemas,tiba-tiba pula majalah dan surat khabar bersepah.Angin monsun mula melanda dalam diri. "Uhuk..uhuk..erm..mak..yang termuntah tadi,tak sempat nak ke tandas," tergagap-gagap Mak Senah memberitahu

Misi melunasi hutang...

Image
Assalammua'laikum sekalian.. Alhamdulillah,diberi sedikit kesempatan dan waktu untuk melunasi sesuatu.Maaf pada pemberi award atas pemberian kalian. INI ADALAH AWARD DARI CIK ANN DAN ENCIK BLUR .. Terima kasih tidak terhingga atas anugerah blog ini.Aksara itu cukup berharga... SETERUSNYA AWARD INI DATANGNYA DARI CIK ANN JUGA.. Terima kasih cik Ann..banyak betul terima anugerah dari anda ya..Macam tak layak nak terima sebab taklah sekreatif mana dalam berkarya..hehe..apa-apa pun,bila sudah menerima,terimalah dengan tangan yang terbuka dan senyuman menggoda..eh..silap..senyuman mesra.. DAN INI AWARD DARI CIK ANN JUGA..SEKALI LAGI..HEHE Jadi ana cuba jawab tag untuk anugerah ini sekali ya (^_^) 1. Copy badge Friendship Award di bawah beserta tagline dibawahnya. * F riendship R emains A nd N ever C an E nd * 2. Jawab soalan-soalan berikut dengan jujur. Adakah anda kawan saya? Sudah tentu... Bukan musuh ya..hehe Bagaimana cara kita bertemu/berkenalan? Alahai,ana mengalami sedikit masa