Kita diserang!!! (2)
Dengan nama Mu ya Allah..
Ini adalah sambungan bagi artikel sebelum ini.Telah ana huraikan mengenai 5F.Mari kita lihat pula apakah pula 4S tersebut.
6. SMOKING (merokok)
Perlu di ketahui bahawa rokok adalah salah satu medium paling berkesan dalam ghazwul fikri ini selain dari hiburan dan sebagainya.Berapa ramai bilangan yang mati hanya kerana penyakit puncanya dari rokok?Berapa ramai yang ketagih kerana rokok?Biar harga rokok naik pun mereka tidak kisah.
Ana pernah berkata kepada ayah ana.Kalau lah duit yang diguna untuk membeli rokok itu disimpan, sudah tentu ayah ana salah seorang jutawan Malaysia sekarang ini, mungkin boleh duduk sebaris dengan Syed Bukhari.
Agak sukar menerima,apakah yang best sangat tentang rokok ini.Ana pun tak tahu.Terhidu bau asap pun ana sudah sesak nafas.Menghisap dan ketagihan hanyalah satu masalah.Ingatlah,berapa banyak duit yang kalian sumbangkan hanya pada sekotak rokok?
7. SPORT (sukan)
Mungkin kalian tidak pernah terfikir bahawa sukan juga salah satu daripada serangan pemikirang terhadap umat Islam.Apa kaitannya?
Mari kita fikirkan.Islam tidak menghalang umatnya untuk bersukan.Malahan bersukan amat digalakkan untuk menyihatkan badan.Malahan salah satu ciri dari 10 ciri Muslim terbaik adalah mempunyai jasmani yang cergas.Tetapi jangan sampai bersukan itu boleh melalaikan kita. Lalai dari tanggungjawab sebagai muslim.Bermain sehingga lupa solat, tidak menutup aurat dengan sempurna ketika bersukan dan sebagainya.
8. SONG (nyanyian)
Cuba kita renungkan.Hari ini berapa ramai umat yang menghafal ayat-ayat suci al-quran lebih dari menghafal lirik lagu?Berapa ramai umat yang berjaya menjadi penghafaz al-quran dari menjadi seorang penyanyi? Berapa banyak program yang dianjurkan adalah program berbentuk keagamaan dari program berbentuk nyanyian? Hitunglah berapa ramai yang menjejak kaki ke majlis tilawah atau sebagainya berbanding dengan program konsert dan sebagainya.
Tepuk dada tanyalah iman,jawablah secara jujur.Diri kita berada di golongan yang mana sebenarnya?
9. SEX (seks)
Perhubungan seks bebas semakin menjadi-jadi sekarang ini.Di Malaysia saja hampir 17 000 ribu anak luar nikah di daftarkan di Malaysia.Lihatlah betapa bahayanya perkara ini jika dibiar begitu sahaja. Zina dan maksiat merata-rata tidak kira tempat.Asal mahu terus buat.Akal diberi tidak diguna sebaiknya.
Daripada Ummul Mukminah, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam."(Hadits Riwayat Ahmad dan Tabran)
Saudaraku sekalian..
Berpeganglah pada Al-quran dan Sunnah. Sedarlah bahawa kita makin di desak dari pelbagai sudut.Bertahanlah dan yakinlah bahawa pertolongan dari Allah itu akan tiba juga seperti mana yang dijanjikan.
jika hendak hidup beriman
serta mulia di sisi Tuhan
marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman
Wajiblah kita menjaga diri
cabaran hidup banyak sekali
janganlah kita lupakan diri
hidup ini menuju mati
bila melihat mungkar yang nyata
maka janganlah hendak mengata
tapi bangkitlah menabur jasa
membimbing umat jadi pelita
umat Islam perlu di dakwah
nasihat baik serta berhikmah
dengan semangat serta ukkhuwah
hubungan kita tambah meriah
Comments
ayuh, bangkitkan jihad!