Insan istimewa bernama IBU...



Jari perlahan mengetuk papan kekunci.Cuba mencari ayat terbaik untuk disusun bagi kupersembahkan pada insan istimewa dalam hidupku.

Biarlah ku hebahkan pada seisi dunia bahawa tika artikel ini ku tulis,air mataku deras mengalir laju mengingatkan insan istimewa yang cukup berjasa pada diriku ini.Tak terbalas dengan segala isi dunia jasamu itu.Hanya pada Allah ku panjat doa moga engkau sentiasa sejahtera dunia dan akhirat.

Hari yang berlalu membuatkan aku alpa,bahawa hari ini adalah bermakna bagi insan istimewa. Nasib baik kakak menjadi reminder untuk kami beradik mengingatkan hari untuk insan istimewa.Lantas ku renung jam di dinding.Angka 2.30 pagi.Hendak menelefon mungkin insan istimewa sudah tidur,kepenatan akibat kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan seharian.

Mungkin bukan tradisi keluarga ana untuk menyambut hari jadi setiap ahli keluarga.Tapi bila semakin meningkat dewasa,rasa ingin menyambut itu ada bagi menghargai diri insan itu.Bukan mengikut sesiapa tetapi ana bukanlah orang yang tahu bagaimana untuk menzahirkan rasa kasih sayang itu.Lantaran itu,ana punya keinginan untuk menyambut hari jadi insan istimewa.

Siapa insan itimewa tersebut?Dari tadi ana menyebut bukan?

Insan istimewa itu adalah ibu ana juga yang ana panggil MAK..

"Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku.Kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku semenjak kecil lagi"

Mak..

Tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia.

Dari rahimmu,kau melahirkan seorang anak yang akhirnya berguna untuk bangsa dan agama.

Mak..

Dirimu bukanlah berpendidikan tinggi seperti ibu-ibu lain.Tapi dengan hasil didikanmu,kau berjaya melahirkan anak-anak yang punya kejayaan cemerlang.Hingga menjadi bualan sekampung perihal mengenai setiap kejayaan anakmu.Menjadi contoh pada anak-anak muda lain bagi mengikut jejak kejayaan.

Masihku ingat sewaktu kecil, tika ditanya pada dirimu.Apakah cita-cita mak sebenarnya?
Lalu kau jawab bahawa cita-citamu sejak kecil ingin menjadi seorang ustazah. Tapi cita-citamu terkandas di tengah jalan akibat masalah keluarga bukan?

Mak..

Ini janjiku.Akan kusambung cita-citamu itu.Menjadi seorang ustazah yang bukan hanya punya ilmu mengenai agama ,malahan menjadi murabbi pada setiap manusia.Meskipun diri ku bukan sempurna mana, tapi doa mu menjadi penguat bagi diriku, mengembara mencari ilmu sebanyak mungkin.Untuk ku manfaatkan pada umat.

Meskipun jika bukan aku yang mampu menyambung cita-citaku,aku pasti bahawa pasti ada anak-anakmu yang lain punya rasa sebegitu.

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Mak..

Diri ini sedang mencari identiti,saat itu kau sentiasa mengawasi dan memerhati.Agarku tidak tersalah langkah.Dunia remaja sebenarnya penuh cabaran.Kadang aku tewas menempuh ujian,kau hadir memberi perangsang dan pengharapan.Agarku tidak tergelincir dari landasan keimanan.

Setiap kejayaan anak-anakmu pada hari ini tidak bererti jika tidak dikongsi bersama mu. Benar kata abang.Kejayaan itu bukanlah hak individu,tetapi kejayaan itu sebenarnya adalah hak milik tangan-tangan yang sentiasa menggilap dari belakang.

Jika trofi Piala Dunia itu dianggap paling mahal di dunia,,takkan bernilai piala itu untuk diberi pada dirimu.Sungguh ibu adalah hadiah paling istimewa yang Allah hadiahkan pada seorang anak.

Dialah teman,dialah peneman lara,dialah guru,dialah segalanya.Tidak ku kenal erti merangkak,berjalan dan berlari kalau bukan adanya insan yang bergelar ibu.Tidak ku tahu bagaimana mahu menyuap makanan,bagaimana mahu mengira,bagaimana mahu membaca kalau bukan adanya insan bergelar ibu.

Mak..

Engakulah permata hatiku.Selamat hari Lahir yang ke-44 Mak..Acik sayang mak dunia dan akhirat..

15 April 2010 Masehi / 1 Jamadil awal 1431 Hijrah


Mak yang sentiasa sabar melayan karenah anak-anaknya


Penulis bersama mak di Hari Pentauliahan abang.Lalu ku beri pangkat Leftenan pada mak atas kejayaan menjadi timbalan nakhoda berjaya mengemudi anaknya sehingga berjaya.


Meski mak tak pernah menjejak kaki ke Universiti sebagai seorang pelajar,tapi selayaknya mak memakai jubah ini sebagai tanda penganugerahan IBU PALING BAIK UNTUK KAMI SEMUA..

Comments

Kekunci Merah said…
sedih r wei..ko nye cite tu aku touching..tp lagu nasyid tu..waaaaaaa,nk tgis aku tau!!!da r aku byk dosa ngn mama aku..
SuhaNa said…
kan dah warning awal-awal tadi..jangan touching lak baca entri nih..
Anonymous said…
huhu...serasa nak balik umah dgn cepat untuk jmpa mak..mlngnya,,,,,,tak dpt pulang..ohh~
SuhaNa said…
Malangnya..aduhai..ana balik kampung hari ni..tak sabar betul..on my way..
sayda said…
Salam Suhana.

Mudah2an Suhana dan adaik beradik kekal menjadi anak yang diredhai kedua ibu bapa.. InsyaAllah.

Alhamdulillah kita semua dikurniakan Allah seorang ibu yang sanggup berkorban segala2nya.

Didoakan keselamatan, kesejahteran buatmu sekeluarga.
SuhaNa said…
Waalaikumsalam..amin.Moga dimakbulkan Allah doa kacamata tu.Syukran

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2