Hebatnya perancangan Allah..


Firman Allah s.w.t yang bermaksud “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Ali-Imran:185)


Seperti yang dirancang oleh Naqibah, pagi Ahad ini kami merancang untuk menjalankan aktiviti gotong royong di sebuah kawasan perkuburan di Klang.Sepatutnya rancangan ini dijalankan pada pagi Sabtu tapi ditunda akibat hujan.Risau dengan keadaan tanah kubur yang berlecak katanya.

Motor honda EX5 itu menderu laju di atas jalan raya membelah kabus pagi.Terasa nyaman hingga ke pundak kepala rasanya menikmati udara pagi yang penuh segar.Walaupun cermin mataku kabur kerana dipenuhi wap kabus tapi menikmati nikmat pagi ini tetap takkan disi-siakan.Perjalananku menuju ke kawasan kediaman kawan, kerana mereka tidak tahu jalan ke kawasan perkuburan.

Tepat pukul 7.30 pagi kami sampai di kawasan perkuburan.Alhamdulillah jumpa juga sebab ana inga-ingat lupa jalan nak menuju ke arah Hospital Besar.Naqibah sedia menanti kehadiran kami.

Tanpa melengahkan masa kami menjalankan aktiviti.Kawasan di bahagi kepada 4.Ana mendapat kawasan di hujung.Terasa segar dengan bauan dari pohon seroja, mengingatkan ana kepada sebuah lagu.."Mari menyusun seroja bunga seroja..ahaha..hiasan sangul remaja putri remaja"..
Nak pakai di sanggul macam mana,bertudung.

UJIAN YANG TIDAK TERDUGA

Usai aktiviti ana kembali ke kereta.Terdengar jeritan kecil dari kawan ana memanggil Naqibah.

"Kak Adib!"

Rupanya kunci kereta tertinggal di dalam kereta yang sudah berkunci.Alahai..Nasib diri..Nasib kami agak baik kerana ada seorang pakcik yang sanggup membantu kami.Setelah dicuba tidak mahu.Lalu dengan bantuan seorang makcik, ana dan Naqibah menuju ke sebuah kedai aksesori kereta,memanggil seorang mekanik untuk membuka kunci kereta tersebut.

Alhamdulillah,setelah dicuba dengan hanya 2 cubaan, kereta berjaya dibuka dengan selamat tanpa ada sebarang kerosakan.Ana ingatkan tak perlu bayaran, rupanya ada cas servis dikenakan.

Dalam kekalutan itu,ada seorang makcik menghulur bantuan dengan menolong kami membayar cas servis tersebut.Niat di hati kami ingin membalas jasa makcik tersebut dengan belanja beliau makan.

Tapi yang terjadi sebaliknya pula.Makcik itu mengajak kami makan bersamanya.

"Makcik,terima kasih sebab tolong bayarkan tadi,sebenarnya memang kami takda duit pun."

"Ishk,takpa, takda masalah pun."

"Err..makcik,jomlah kami belanja makcik makan," ujar Kak Adib.

"Ha,memang makcik nak ajak kamu semua pergi makan pun,jom kita makan,ada kedai dekat kawasan sini."

"Eh,takpe,makcik.Biarlah kami belanja makcik."

"Takpe,biar makcik yang belanja." ( Berbasa-basi pula)

Betul rezeki turun dari langit ni.Sudahlah menolong kami membayar cas servis kereta, dibelanja pula kami makan.Syukur atas nikmatMu.

JANGAN PANGGIL MAKCIK!

Lalu kami menuju ke sebuah kedai.Sambil itu kami berbual-bual dengan makcik.

"Boleh tak kamu semua jangan panggil makcik,panggil ibu ye."

"Erk..baik ibuuuu."

Ibu menceritakan mengenai kisah kehidupannya.Dia sering berkunjung di kawasan perkuburan itu setiap hujung minggu.Sama ada jumaat,sabtu atau ahad.Mungkin rezeki kami untuk bertemu dengan ibu pada pagi Ahad ini.

Ana terkesima apabila ibu menceritakan mengenai anak sulungnya yang meninggal ketika berusia 14 tahun.Anak sulungnya lelaki,meninggal kerana demam panas barangkali.Ibu sangat menyayangi anak sulungnya itu.Ibu kata arwah sangat menyenangkan.Sebelum pergi sekolah,pasti hidangan sudah tersedia untuk ibu bila pulang dari kerja.Kasih ibu yang teramat sangat pada anaknya dapat dirasa terpancar pada wajah ibu yang kelihatan mendung tika itu.

Selain itu,anak perempuan ibu juga meninggal kerana disantau oleh orang yang hasad dengan ibu.Ingin di hantar santau pada ibu tapi terkena anak perempuan ibu pula.Namu redha seorang ibu atas pemergian anak-anaknya itu yang paling utama.

Setelah makanan di hadam hingga sempurna,kami bergerak untuk pulang.Peristiwa pagi Ahad ini betul-betul meninggalkan kesan pada diri ana.Alhamdulillah.

Kisah ini ana ceritakan untuk memberi ruang kalian berfikir bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan niat ikhlas pasti dibalas oleh Allah s.w.t tidak kira cepat atau lambat.Ana dapat rasakan hikmahnya apabila tujuan kami hanyalah untuk membersihkan kawasan perkuburan tetapi kami di uji dengan kunci tertinggal di dalam kereta malahan duit pun tiada.Lalu Allah menhadirkan seseorang untuk membantu kami,malahan berganda pula apabila kami turut dipelawa makan bersama.Malahan rancangan kami sudah beberapa kali tertunda hanya pagi Ahad ini baru tertunai.Hebatnya perancangan Allah..SubhanAllah..

Moga ada pengajaran untuk diri dan pembaca sekalian.Kisah ini ana tulis bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan, niat ana yang paling utama adalah untuk berkongsi pengajaran sesama kita.

Memori terindah di pagi Ahad..11 April 2010 Masehi/ 26 Rabiulakhir 1431 Hijrah..


Mengingatkan penulis pada sebuah kematian yang pasti



Bersama kak Adib dan Jannah menikmati nasi lemak Sri Sarawak (Ibu belanja)



Bersama dengan ibu



Muka ceria setelah berjaya membuka pintu kereta



Kak Adib cuba menunjukkan kepakaran walau sebenarnya tak pakar langsung..hihii..Ditimpa masalah pun boleh ceria lagi budak-budak ni..



Penulis dan kawan sedang berusaha membuka kunci kereta dengan cara profesional :p

Comments

fuyooooo...rajin tol bersih kubur..awat xajak...dh lame xbuat xtivity cmnie...buat pun time hari raye...xpun mak2 sedara bising..heee
SuhaNa said…
ni aktiviti kami sepasukan lah..sambil bergotong-royong sambil mengingatkan diri yang masih hidup ni bahawa kita juga akan kembali seperti mereka di kubur nanti..
Mesintaip: said…
Pernah juga mengalami peristiwa bantuan Allah yang tidak diduga-duga. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi.
SuhaNa said…
akhi..setiap perkara yang dilakukan atas redha Allah,cepat benar di balas meski di dunia kan..

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2