Kejayaan melalui kegagalan..
Alangkah manisnya nikmat kejayaan setelah melalui fasa kegagalan.
"Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,..... anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa."
Benar,ana dapat merasa kebahagiaan itu.Buat kali ke-2 ana gagal dalam ujian 1.Tetapi kali ini bagi subjek Rekabentuk Konkrit.Kecewa itu tidaklah sangat kerana soalan yang dijawab bukan main susahnya.Mujur ada soalan teori yang banyak membantu.
Sukar benar hati untuk menerima, tapi apakan daya kerana ini adalah salah satu subjek wajib bagi kursus yang ana ambil.Sabarlah suhana kerana sabar itu indah!
Untuk ujian 2, soalan yang dibuat tidak sesukar soalan ujian 1,tetapi kecewa tetap beraja di hati kerana ana fikir tidak dapat menjawab dengan baik soalan tersebut.Hanya pada Allah bertawakal.
"Wah,kau dapat markah paling tinggi test ni," ujar kawan ana.
"Kau biar benar,tipulah,"kata ana pula.
Lalu kertas jawapan dihulur kepada ana.
SubhanAllah..Alhamdulillah..
Syukur pada Ilahi kerana memberi ana lulus dalam ujian 2 kali ini.Mendapat bonus sekali apabila mendapat markah paling tinggi dalam kelas.Tetapi bukan itu yang ana fikir,cukup sekadar lulus sudah menggembirakan ana.
Sebelum ini ana begitu lesu untuk ulangkaji subjek ini.Sekarang sudah ada harapan baru,sinar baru unutk ana mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam subjek ini,insyAllah..
"Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu."
26hb April ini adalah peperiksaan untuk subjek ini.Ana doakan moga dipermudahkan segala urusan dan menjawab dengan tenang untuk sahabat-sahabat sekalian.
SALAM IMTIHAN
Comments
Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan. Allahumma Amiin.
amin..doakan kejayaan ye!
design ker??