Tengok wayang :boleh atau tidak..


"Apa pendapat su mengenai hukum pergi ke panggung wayang, rasa-rasa boleh atau tidak?" Kak Adib bertanya pada ana.

"Hurm..wayang itu kan tempatnya gelap, bercampur perempuan dan lelaki. Bukankah di catatkan bahawa rumah-rumah syaitan adalah tempat-tempat yang gelap.Jadi saya fikir tentulah tak perlu pergi ke tempat macam tu," jawab ana.

"Walaupun pergi tengok cerita Upin dan Ipin?Pergi pula dengan satu keluarga, ataupun kawan sejenis?"

"Erk, tunggu VCD keluarlah," jawab ana.Soalan perangkap tu Kak Adib ajukan.

Pergi menonton wayang adalah salah satu hiburan yang paling di gemari anak muda kini. Bagi seorang pelajar, hari rabu adalah hari untuk menonton wayang kerana tiket dijual murah pada hari itu.

Dengan skrin besar, sound effect yang cukup hebat, di tambah dengan kelazatan pop corn dan air bergas, memang seronok rasanya. Bak kata anak muda sekarang, memang layann..

Sebelum ini juga ana gemar menonton wayang bersama kawan-kawan ana. Bukanlah kerap, jika ada cerita yang agak menarik sahaja ana pergi menonton wayang.

Kurang bersetuju

Mungkin kalian kurang bersetuju dengan apa yang ingin ana perkatakan mengenai menonton wayang ini. Tapi terpulang pada individu masing-masing untuk menilai mana yang baik atau buruk. Allah s.w.t mengurniakan akal kepada kita untuk berfikir mengenai setiap tindak tanduk kita.Jika anda bersetuju,silakan. Jika tidak bersetuju, terpulang pada kalian. Ana hanya menyampaikan apa yang ana ketahui dan belajar.

Mungkin sesetengah pendapat mengatakan, pergi menonton wayang ini jatuh hukumnya berdasarkan pada niat. Tidak ana nafikan, setiap amalan kita semuanya bergantung pada niat .Innamal a'malu binniati..Tapi adakah kita terfikir, hanya dengan sekadar niat itu kita boleh melakukan perkara yang kita kira baik di pandangan mata dan akal. Jika begitu, bagaimana pula dengan cerita Robin Hood, niatnya baik untuk menolong orang-orang susah yang ditindas oleh orang-orang kaya. Lalu dia merompak golongan kaya untuk menolong si miskin. Apakah dengan cara ini kita boleh merestui tindakan tersebut? Sungguh, MATLAMAT ITDAK MENGHALALKAN CARA.

Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi.. hukumnya harus menonton wayang selagi mana 3 syarat berikut dapat dipatuhi:

1) Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2) Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu.

3) Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat

Oleh itu sesiapa yg nak menonton wayang, penuhilah tuntutan syarat tersebut, maka ia dibolehkan..

Mari kita berfikir, untuk memenuhi syarat pertama itu pun agak sukar sekarang. Sila nyatakan filem mana yang tidak menayangkan unsur seks dan sebagainya. Malahan syarat ketiga itu pun agak berat kita lakukan kerana TIADA SATU PUN PANGGUNG WAYANG DI MALAYSIA INI YANG MEMISAHKAN TEMPAT DUDUK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.

HUKUM MENONTON WAYANG KINi DIJATUHKAN HARAM ATAS BEBERAPA SEBAB , ANTARANYA

1. KEDUDUKAN BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN

tidak kira samada pergi dengan family ke , rakan2 sejenis ke, asalkan kedudukannya bercampur,maka HARAM hukumnya!

CARA SEBENAR: tempat duduk lelaki untuk golongan lelaki sahaja , begitu juga dengan perempuan ,
lelaki hadapan perempuan di bahagian belakang.

2.TAJUK DAN ISI CERITA BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK

3.TERDAPAT PERBUATAN MAKSIAT DI DALAMNYA SEPERTI ZINA,BERCUMBU-CUMBU,DLL.

4.MENYEBABKAN IBADAH2 FARDHU TIDAK SEMPAT DILAKSANAKAN

juga sebagai tambahan MENONTON dalam keadaan gelap boleh mengundang pelbagai fitnah,

Sekiranya kita berjaya membuang semua sebab2 yang membawa kepada pengharamannya , maka bukanlah suatu perkara yang pelik jika selepas ini kita katakan bahawa menonton panggung wayang dibenarkan .

Cuba bayangkan kalau kita pergi menonton wayang, tiba-tiba tempat panggung wayang itu runtuh atau terbakar, kita mati di dalamnya.Nau'dzubillah..mohon dijauhkan. Pasti kematian kita kelak menjadi satu fitnah. Mati di dalam panggung wayang??,,hurm..Mungkin tidak enak jika di dengarkan..

Renung-renungkan dan selamat berfikir..


Comments

miro chan said…
malay muvie pon sekarang banyak adegan tak senonoh..
SuhaNa said…
itulah..dunia perfileman sekarang ni sudah menjadi satu propraganda untuk melalaikan umat Islam
blurryhanis said…
nice topic..keep movin dude
SuhaNa said…
afwan blurryhanis..
NuRKaSiH said…
Salam

entri yg sngt menarik..mmg akk nak tahu sngt apa hukum msk ke pawagam...Alhamdulillah jmpa kt cni..Tima kasih...
SuhaNa said…
afwan kak..moga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaat untuk kebaikan umat..
Anonymous said…
Thanks for sharing yang sangat bermanfaat ni. Saya nak tahu pula apa pula hukum bermain bowling if awak tahu ye? Terima kasih :)
Anonymous said…
Nk tgk boboiboy pls
Anonymous said…
LoL

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2