Itulah qada' dan qadar....


Hari ini agak kepenatan, bila sampai kelas subjek Geoteknik, pensyarah memulangkan kembali kertas ujian 1.

Puan memandang muka ana tanda tidak percaya, " Apa yang awak tulis ni?"

"Erk,saya cuai puan,kesalahan fatal,dah memang agak jadi macam ni punya."

Ana menjawab sambil melihat markah yang tertera. Merah ( memang merah pun sebab tanda guna pen merah), ana gagal untuk subjek Geoteknik ujian 1 ni. Nak buat macam mana, menangis? Tidak sama sekali. Berlapang dada, semuanya silap sendiri. Itu lah qada' dan qadar.

Mungkin pensyarah ana agak terkejut dengan markah yang ana terima. Mana tidaknya, setiap latihan yang di beri,ana orang pertama yang siap dahulu. Ketika belajar berkumpulan, ana mengajar apa yang ana faham.Itulah yang ana ingin katakan, qada' dan qadar.

Bersedih? Tipulah kalau ana kata ana tidak ada rasa sedih langsung, tapi itu semua jauh di dalam hati,tidak ada kesan pun sangat pada diri. Kala merenung kertas jawapan ujian itu, ana terima mesej dari kawan ana.

"Ujian Allah merupakan nikmat paling berharga, mungkin kita teralpa seketika, banyakkan bersabar dan terus berusaha kerana Allah memandang usaha untuk ganjaran pahala, natijahnya, takdirnya Allah jua yang mengetahui..gigih berusaha dan betulkan niat.Kalau kita tida kjatuh, manakan kita tahu untuk bangun semula."

Syukran jazilan sahabatku..

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2