Kenduri kahwin..
Alhamdulillah..hari ni ada 2 jemputan untuk kenduri kahwin di kawasan rumah ana. Bersama kawan ana, kami pergi memenuhi jemputan. Terasa janggal pulak sebab selalu kalau kenduri kahwin, ana pergi bersama keluarga. Tapi itu kan dah fardhu kifayah, penuhi saja lah..
Menerima jemputan jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap yang di jemput kecuali ada suatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya kerana sakit atau sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila kamu di jemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya." ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam perjalanan tu, ana ternampak papan tanda untuk ke rumah pengantin. Terkejut jugak ana sebab nama pengantin sama dengan nama kawan ana. Jadi ana pun tangkap gambar papan tanda, dan siarkan di facebook..Hihihiii..kenangan nama kawan, bukan selalu tu..betul tak Imah..
Comments