Keberkatan itu bermula di sini..
"Waktu test ke,kuiz ke, ada hang meniru tak?"
Soalan yang diaju oleh abang ana ketika dalam perjalanan ke rumah ibu saudara kami.
"Erk..ada la tapi masa final exam, tak pernah meniru," jawab ana.
Perbualan ini berlaku 2 tahun lalu, tapi ana masih ingat sampai sekarang. Kenapa?
Abang ana kata, tak perlu di mimpi pencapaian pointer yang bagus kalau ia datang dari hasil yang tidak diberkati Allah. Apa caranya?
Meniru ketika peperiksaan.
Ana tidak pernah meniru dalam peperiksaan sepanjang ana bergelar pelajar sekolah, yakni dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Tapi selepas bergelar seorang mahasiswi, ana terjebak dalam kancah ini. Meniru ketika kuiz ataupun test. Sungguh kalau di putar kembali masa, ana tidak mahu melakukan perkara sebegini. Meniru dalam test atau kuiz kerana ana tidak bersedia lebih awal untuk mengulangkaji pelajaran. Datang ke dewan periksa dengan otak yang kosong tapi tangan yang berisi, yakni 'toyol".
Terlewat untuk menyesal
Mungkin kalian ingin tahu mengapa ana boleh berubah untuk berpendirian supaya tidak meniru lagi ketika test ataupun kuiz. Moga cerita yang ana ingin sampaikan dapat di ambil ibrahnya oleh pembaca sekalian.
Segala-galanya bermula apabila ana sudah semester 5 dalam pengajian diploma. Bagi subjek surveying, ana cukup minat dengan sujek ini. Setiap kali test ana dapat markah penuh ( test untuk subjek ini ana tidak pernah meniru). Tapi bila kuiz, ana tidak pernah besedia untuk mengulangkaji, jadi caranya adalah meniru. Apabila keputusan peperiksaan keluar, ana begitu yakin subjek ini ana akan dapat A+, kerana carrymark ana adalah 38/40. Tapi yang berlaku, ana begitu terkejut kerana hanya mendapat B+. Dari situ ana cuba berfikir, di mana silapnya. Mungkin itulah hidayah dan taufik Allah telah tiba. Ana bermuhasabah kembali, kenapa boleh jadi sampai begini.
Bukan itu sahaja. Apa yang ana perasan selama ini, setiap kali ana meniru dalam test, markah yang ana terima hanya suam-suam kuku sahaja. Orang kata kalau nak meniru tu, biarlah sampai dapt markah penuh, tapi tidak bagi ana. Terbalik pula jadinya. Bila ana tidak pernah meniru dalam test atau kuiz, masa itulah ana boleh mendapat markah penuh atau tidak suam-suam kuku.
Hebatkan perancangan Allah...
Mula berubah
Bermula dari hal itu, ana mula berubah bila sudah berada di semester akhir pengajian diploma. Alhamdulillah, ana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Walaupun agak terkilan kerana tidak berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor, tapi ana tahu, di sebalik kejadian pasti ada hikmahnya yang ana perlu cari atau gali.
Apabila ana menyambung pengajian ijazah, ana bertekad tidak akan sesekali meniru dalam test atau kuiz.Alhamdulillah, ana pegang sampai sekarang.
Ana dapat rasakan hikmahnya apabila kita jujur dalam peperiksaan. Untuk satu subjek yang tiada kertas final, diganti dengan common test. Jujur ana katakan, ana tidak dapat menjawab langsung soalan common test tersebut. Malahan, test yang dilakukan sebelum ini pun ana tidak dapat menjawab dengan baik. Tapi bila keputusan peperiksaan keluar, ana terkejut bukan kepalang, A+ untuk subjek tersebut.SubhanAllah..Allahuakbar..
Seruan untuk kawanku
Astagfirullah..apa yang ana ingin ceritakan bukanlah untuk mengatakan diri ana ini baik atau apa-apa.Tapi ana hanya ingin mengingatkan kepada kawan-kawan ana. Keberkatan itu datang dari Allah jua. "Kun faya kun"..Bila Allah kata jadilah, maka jadilah. Ingatlah, setiap kejadian itu ada hikmahnya.
Mungkin keputusan kita tidak sehebat keputusan kawan-kawan kita. Tapi, ingatlah apa yang kita lakukan pada hari ini, kesannya adalah untuk akan datang.
Pensyarah ana pernah mengingatkan " Jika kalian meniru dalam peperiksaan, dan mendapat keputusan yang cemerlang.Keputusan itu pula kalian guna untuk meminta pekerjaan kelak.Ingatlah bahawa keputusan itu sudah terkandung ketidakberkatannya, bagaimana pula kalian hendak mencari rezeki dengan keputusan yang tiada keberkatan?"
Ya, keberkatan..Ana hanya mahu sebuah keberkatan. Ana impikan sebuah keluarga yang punya anak-anak yang solehah dan cerdas.Justeru ana perlukan sebuah rezeki yang halal dan diberkati.Dengan cara apa? Memastikan ana tidak akan meniru dalam peperiksaan, jadi keberkatan keputusan peperiksaan ana akan terjaga..InsyAllah..
Minggu depan, ana akan menghadapi 3 test..Semoga berjaya buat diri ana dan kawan-kawan ana..Moga cerita ana ini ada pengajarannya untuk kalian..
Comments