Poligami itu indah jika..


"Encik Zul, saya nak buat tajuk Poligami," kata ana pada pensyarah.

"Awat hang tak sabar nak poligami dah ke?" tanya pensyarah pada ana.

Erk..terkena ana.Tapi, Alhamdulillah usul pembentangan ana diterima. InsyAllah minggu depan ana akan buat pembentangan mengenai tajuk POLYGAMY : SHARI'AH OR DESIRE.

Pening cari tajuk

Pening kepala ana memikirkan tajuk yang hendak dibentang untuk kali ke-2 ini. Dalam nada bergurau pada kawan ana, ana katakan ingin membuat usul mengenai tajuk poligami. Kawan ana menyambut baik cadangan tersebut. Alhamdulillah akhirnya diterima.

Mungkin tajuk yang ana bawa ini agak berat pengisiannya. Perlu berhujah dengan fakta, bukan auta!

Hujung minggu lalu ana balik ke kampung. Membelek-belek buku di rak, lantas ana terjumpa buku mengenai poligami. Alhamdulillah, langkah kanan ana. Buku itu ana hadam dalam masa 2 hari. Mencari ilham apa yang ingin ana bentangkan nanti.

Poligami : Syariah atau Kehendak

Dewasa kini tidak ramai lelaki yang memikirkan berpoligami hanya kerana agama semata. tetapi lebih kepada kehendak. Ingatlah, jika kalian tahu bahawa betapa beratnya tangunggjawab yang perlu dipikul jika ingin berpoligami.

Poligami menjadi isu fikah yang paling kontroversi. Dengan laungan membela hak kaum wanita, adanya persatuan yang menolak perlunya poligami. Poligami datangya dari hukum Allah, jika kita menentang hukum Allah..Astaghfirullah..bertaubatlah segera...

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(an-nisa : 3)

Ana seorang perempuan juga. Ana tahu apa perasaannya bila seorang wanita di madukan. Tapi bermadu itu ada manisnya, kalau tidak takkan dipanggil ber"madu". Sang suami perlu bersikap adil terhadap isterinya. Justeru, perlunya ilmu agama bagi sang suami untuk mengemudi 2 bahtera dalam satu masa.

Ana begitu jengkel dengan sikap sesetengah lelaki yagn mahu berpoligami atas alasan mampu semata. Perlu kalian ingat, apa sebenarnya yang di tafsir mampu itu.Bukan sekadar mampu dari segi harta sahaja. Mampu mendidik isteri menjadi solehah, mampu menberi keadilan kepada si isteri. Nah..jika ini semua kalian dapat penuhi, silalah bina masjid lagi satu, ana tidak menghalang..

Jika di kata hanya Islam sahaja yang membawa poligami, sungguh kalian tertipu. Malahan agama-agama lain juga sudah lama membawa perihal poligami ini, malahan zaman beribu tahun dahulu. Sebagai contoh poligami pada zama Maharaja Hamurabi, masyarakat Yunani dan Mesir purba, arab jahiliah dan sebagainya. Justeru, ini membuktikan bukan hanya Islam yang membenarkan poligami.

Seruan bagi menolak poligami

Satu kenyataan yang menyedihkan, wujudnya kelompok yang cenderung kepada Barat di negara-negara Arab. Mereka memanfaatkan data daripada sebahagian orang Islam yang menyalahgunakan poligami sebagai modal bagi memperjuangkan keinginan mereka. Ia secara tidak langsung menutup pintu berpoligami secara mutlak. Mereka bekerja pagi dan petang serta terus menerus mempropagandakan keburukan poligami.

Pada masa yang sama, mereka diam seribu bahasa pada keburukan zina yang mereka lakukan dan dibolehkan oleh hukum internasional Barat yang juga berlaku secara defacto di negara-negara Islam saat ini.

Beberapa media massa memainkan peranan aktif khususnya filem-filem dan drama bersiri bagi menanam kebencian pada poligami terutama di kalangan kaum wanita. Ini menyebabkan sebahagian wanita lebih rela jika suaminya terjebak dengan zina daripada poligami.

Berfikir sebelum bertindak

Oleh hal itu, berfikir lah wahai sang suami sebelum bertindak .Fikirkan sebab dan akibat kalau anda bertindak sebegitu. Jika kerana agama, ana percaya pasti sang isteri merelakannya.

Kalian, doakan ana membuat pembentangan tajuk ini dengan baik minggu depan..InsyAllah..


Comments

awangdasuki said…
tahu takpa...
ak kena wat sex education...
pening kepala ak nak pikir ni...
nak kena letak gambar lg... hihihi
SuhaNa said…
hahaa..mana ntah nak cari gambar tu..gamba budak belajar dalam kelas je lar awang..huhuh
blurryhanis said…
xsabar tgh awang present hihi
SuhaNa said…
to blurryhanis :

Fanatik awang ke?huu~

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2