Siapakah aku?? - Part 2

 


Baiklah, tamat pengajian, aku tak jadi Jurutera pun. Masa itu, aku dah mula ikut usrah dan cuba berubah menjadi muslim yang lebih baik. Aku khuatir nanti duduk di site, aku nak pakai apa kan, masa itu t-shirt muslimah ya Tuhan mahal ye harga. Aku tak mampu. Jadi aku fikir, ah nak sambung buat Master lah kan. Sementara buat master itu, aku kerjalah sebagai guru sebab kerja pendek je. Waaaa..naif ye kau Suhana. Sebelum tamat belajar lagi aku dah diterima menjadi guru di Integrated Islamic School Shah Alam pada December 2011. Tinggal satu lagi final exam aku masa itu, jadi aku minta masuk bulan Februari tapi diorang tak bagi. Jadi masa final exam tu, aku ambil cuti je lah. Lagipun paper senang je..gituh confident..hahaha..

Aku kerja sehingga tahun 2013 tu aku rasa eh rugi lah aku tak jadi Engineer, sampai bila aku nak jadi cikgu kat sini je kan. Aku memang tak buat master pun, sebab kerja cikgu ni rupanya 24jam ye..hahaha..penat tapi aku happy je. Jadi aku pun cari kerja. Sehingga aku dapat tawaran sebagai Jurutera Awam di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Aku pun terimalah, seronok juga kan kerja engineer kat masjid. Aku happy, Facility Manager aku baik..tapi ada satu benda yang aku rasa tak best. Aku penat ulang-alik Putrajaya ke Shah Alam dan kegiatan usrah aku pun sedikit terganggu. Jadi masa itu aku fikir nak kerja di Shah Alam sahaja. Bila pengarah sekolah aku bekerja dahulu tahu aku nak cari kerja di Shah Alam, mereka wujudkan position untuk aku. Semasa itu, mereka nak buat bangunan sekolah baru, jadi aku pun ditawarkan untuk bantu mereka hal-hal teknikal ini.

2014, aku kembali bekerja di sekolah tetapi bukan sebagai guru, sebagai Insfrastructure and Maintenance Executive. Ditakdirkan oleh Allah SWT juga, semasa kerja di Putrajaya, aku memang mencari biasiswa untuk aku sambung belajar. Masih tidak lupa ye hasrat untuk sambung Master. Bila ada permohonan pascasiswazah MARA pada tahun 2014, aku cuba buat permohonan. Aku galakkan rakan serumah aku untuk ambil juga. Aku saja-saja test market kan.

Selepas permohonan, kena ada peperiksaan secara online. Alhamdulillah aku berjaya lepas dan perlu melalui peringkat temuduga pula. Ketika itu, aku memilih untuk temuduga di Kolej Mara Manjung, sebab Abang aku berada di kem Lumut. Mudah sikit. Bulan Mei, masa tengah daurah, aku tengah baca dalam facebook ramai tanya keputusan MARA. Jadi aku yang takde lah harapan sangat nak dapat, cubalah tengok keputusan. Rupanya aku calon yang berjaya! Terkejut bukan kepalang masa itu. Dalam kepala aku, okey Auckland!!!! Tetapi tak layak ye untuk aku masuk ke Auckland.

Akhirnya aku pergi ke University of Wollongong, Australia untuk pengajian master selama dua tahun. Itupun selepas beberapa siri drama yang dilalui, Allah izin untuk aku pertama kali menjejak kaki di luar negara. Bagi aku, susunan Allah SWT beri pada aku sangat menarik. Aku sentiasa bermuhabasah, jalan yang aku hendak tak semestinya itu yang terbaik untuk aku. Allah SWT beri pilihan, aku memilih dan pilihan itu ada masanya sukar dan tepu, namun jangan dilupa matlamat sebenar kita di dunia adalah untuk apa.

Seronok ye pengalaman aku di Australia. Sampai sekarang jika ada rezeki aku nak kembali semula bekerja di sana.

Tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Dua bulan selepas itu aku mula bekerja sebagai pensyarah di Linton University College, Mantin. Aku dalam dilema ketika ini, untuk terima tawaran sebagai pensyarah atau jurutera? Tapi ada sedetik dalam hati nak sambung PhD nanti, maka aku teruskan sahaja jadi Pensyarah.

Rezeki aku juga, bila dapat mengajar di China kerana koloborasi kolej di China dengan IPT aku mengajar ini. Aku dihantar mengajar selama satu semester pada tahun 2018 di Fujian Chuanzheng Communication College, Fuzhou. Mengajar dekat luar negara pula, bukanlah satu perkara yang ada dalam list aku. Ia hanya impian semata-mata. Tapi tak sangka kan?

Back to the story, tahun 2019 dibuka semula permohonan MARA atas nama GrEP. Aku ajak kawan aku sambung PhD di Australia. Yes, aku memang nak sambung di Wollongong sebab aku dah ada supervisor yang baik giler. Tapi itulah.. ringkasnya, aku tak ada rezeki, kawan aku yang pergi ke Monash University di Melbourne, dan aku masih dalam pencarian universiti masa itu sehingga aku mendapat rezeki menyambung pengajian di Edinburgh. Double rezeki bila aku dapat penyelia yang mashaAllah sangat supportive dan baik hati. Aku rasa macam tak layak untuk jadi student dia sebab ye lah, aku kan pemalas..hahaha..

Jadi itulah sedikit ringkas cerita siapakah aku.

Takde lah ringkas mana pun kan..haha

Sekarang aku di pengajian akhir PhD..korang doakan aku berjaya tamat dengan baiknye ye!

Lepas PhD, aku aim untuk dapatkan Ir. pula..

Tapi sebenarnya, aku nak kerja jual ayam gunting je ataupun berkebun..hahaha..penatlah otak belajar..tiberr kan!

 

Comments

Ree said…
Assalamualaikum,

kalau tidak keberatan saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai menyambung pengajian peringkat PhD di luar negara. Boleh kah saya menghubungi Puan? Saya berminat untuk menyambung pengajian tetapi tidak mengetahui langkah-langkah yang patut saya ambil. Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt Ree.

Boleh je, if you want, we can schedule a meeting or you can email to me.

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2