Thursday, July 7, 2011

Oh Media, bebaskan dirimu!


“Anak akak lapar ni,semua kedai tutup.”

“Eh, puan tak tahu ke hari ni ada perhimpunan BERSIH,menyusahkan orang betul.”

Anda pernah dengar dialog ini?

Saya mahu mengulas panjang lebar. Namun cukup sekadar saya mencoret sesuatu agar ada generasi yang mahu melihat dan membuka hati dan fikiran.

Saya tegaskan bahawa saya bersikap neutral. Tiada isu paksaan atau kepartian yang saya mahu lampirkan. Cuma keluhan dari seorang rakyat yang amat jelek dengan sikap media yang terlalu paranoid pada isu yang melibatkan parti pembangkang.

Isunya adalah media!

Saya tidak melihat suatu ketelusan yang ada pada media kini. Saya tekankan media adalah televisyen dan radio sahaja. Sebagai seorang anak muda yang memerhati perjalanan politik negara secara sambalewa, saya tetap kecewa. Kecewa dengan sikap mereka yang meletakkan provokasi hinggakan minda rakyat terpengaruh dengan amat hebatnya.

Saya tidak nafikan, televisyen merupakan media yang paling berpengaruh untuk mengawal minda. Jika anda pernah menonton The Arrival, isu ini telah dijelaskan di bawah tajuk “Mind Control”.

Seperti kata MatLutfi90, “Siapa yang kata Fahrin Ahmad tu handsome”..”Media”..

Nah, terbukti pengaruh media itu amat besar sekali kepada kita. Masalahnya adalah apabila media bersikap tidak telus, hanya mengambil cerita dari satu pihak sahaja. Sedangkan pihak yang lain tidak terbela. Akhirnya meninggalkan persepsi buruk kepada kita. Makanya saya meletakkan frasa ZALIM dan TIDAK ADIL kepada media kini.

Terlalu terikat dan penuh dengan cengkaman.

Anda mungkin boleh melihat dari filem “Phir Bil Di Hai Hindustani” lakonan Shah Rukh Khan dahulu. Saya berkesempatan menontonnnya, mengenai bagaimana media untuk mengejar menjadi “I’m the Best”, mereka tidak mengira berita itu benar atau tidak. Polis yang sentiasa mewah dengan rasuah. Rakyat miskin tidak terbela.Namun, langkah berani si Hero, membongkar suatu kebenaran mengenai ahli politik yang difitnah begitu hebat oleh kerajaan India, menyebabkan rakyat bangkit menentang. Filem ini cukup sinis pastinya buat mana-mana negara yang berkeadaan sedemikian rupa. Hinggakan kolumnis hiburan, Mama Juwie menulis komen filem ini adalah tidak bagus! Oh, apa maksudmu itu?

Belakangan ini dapat kita lihat betapa media diguna-gunakan dengan begitu hebat sekali. Bahkan video seks ditayang di berita perdana! Disiar gambarnya di laman muka utama! Bukankah ini satu sikap yang meranapkan disiplin institusi media. Saya kira, biarlah institusi media perlu bersikap lebih telus dalam menyampai maklumat, terlalu pro-partisan menyebabkan rakyat sendiri menyampah dan tertawa terbahak-bahak dengan mesej yang ingin disampaikan.

Saya kira, bukan sekadar tuntutan pilihanraya yang BERSIH, malahan perlu kita menuntut keBERSIHan media arus perdana kini. Mereka masih tidak mahu mengambil iktibar atas pilihanraya umum yang lalu. Bagaimana kebanyakan rakyat tidak bergantung hanya kepada televisyen, akhbar dan radio semata, malahan blog adalah merupakan satu punca kepada penyumbangan penafian 2/3 kerusi kerajaan di Parlimen. Fikirkan!

Sudah lama kita merdeka, negara juga sudah memacu mengikut arus teknologi, makanya rakyat sukar untuk ditipu lagi. Cuma kita kena bersikap memilih dengan bijak menggunakan akal yang diberi dan sudah tentu bersandarkan wahyu dan sunnah.

Para pengamal media di luar sana, bersikap teluslah. Jangan melenyapkan hak dan mengagungkan kebatilan. Dan jangan cuba untuk bersikap zalim! Kerna azab Allah itu amat besar untuk orang-orang yang zalim.

Rasulullah SAW bersabda : Zalim ada tiga jenis : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ; Zalim yang Allah akan ampunkan ; Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan. Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik. Allah berfirman : Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar (Luqman : 13) ; Adapun zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya ; Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) – ( HR Al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan – Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )

4 comments:

GR on July 7, 2011 at 9:53 PM said...

kita BERSIHKAN media sekali. kita rombak media, jangan hanya berpihak pada sebelah pihak saja.

kita perlukan media yang telus, masalahnya media itu sendiri dikawal. jadi, bagaimana media ini ingin menjadi telus?

SuhaNa on July 8, 2011 at 12:04 PM said...

to GR:

Rakyat perlu bangun,terutama anak muda. Sejarah sudah tercatit di indonesia bagaimana lumpuhnya kerajaan di sana akibat suara media dan faktanya media kebanyakan dipelopori anak muda!

'Bagus' pun media terlalu pro-partisan, ni pun menyumbang kepada menyampahnya kita pada ketidakadilan..Yakin, yang Haq pasti akan melenyap kebatilan

qamarguyz on July 9, 2011 at 10:40 AM said...

salam ziarah..
as usual, agreed with u sis..
kerna itu keadilan dan kebebasan media juga menjadi salah satu tuntutan bersih..

Flotilla Gaza?
yesss..kita gagal kerna peranan media juga..hendak menggunakan pengaruh media dalam mendapatkan sokongan, rupanya kita lupa bahawa Israel telah lama mendominasi media seluruh benua!

SuhaNa on July 12, 2011 at 12:10 PM said...

to qamarguyz:

Apa lagi yang mahu dikata.. Kita jalankan tanggungjawab hai anak muda Islam~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers