Monday, July 25, 2011

Dalam usrah kita suburkan ukhwah..


Ada satu perkara yang membuatkan saya sentiasa gembira dan teruja.

Tatkala saya menghadiri usrah.

Rasanya berbeza dengan pergi ke kuliah.

Mungkin suasana dikelilingi dengan orang-orang yang mahu mengejar redha Allah,menjadikan saya insan yang begitu menguja.

Ramai yang bertanya,bukan sedikit. Energi apa yang membuatkan saya jadi begini.

Lantas saya tersenyum, dan mengatakan.

Inilah Sinergi Iman.

Mujur cuti semester yang panjang ini saya masih punya ruang untuk menghadiri usrah. Berjumpa dengan orang-orang yang tidak saya kenali, membuatkan kadang-kadang diri rasa tidak betah. Tapi itu tidak lama, tidak sampai seminit dua, kemesraan dan ukhwah itu terjalin secara automatik. Seperti ada tenaga asing yang menggerakkan kami untuk bermesra, bercoletah dan berkongsi ilmu dan rasa.

Ya,itulah tenaga Iman.

Kenapa perlu usrah?

Satu jawapan jelas yakni untuk meneruskan survival dan menstabilkan iman.

Segala-galanya berputar tentang iman.

Kerana iman adalah paksi untuk segala perkara.

Ruangan ini saya hanya mahu menyentuh satu perkara yang saya perolehi melalui usrah. Yakni perkara bernama UKHWAH.

Di dalam usrah, saya mengenal ukhwah. Yakni hubungan sesama manusia yang dibina berpaksikan iman bermatlamatkan Allah. Saya tidak mengenal mereka, bahkan tidak pernah bersua muka. Tetapi yang menjadikan kami istimewa adalah datangnya kami dari pelbagai latar namun bertemu atas matlamat yang sama.

Dari naqibah, saya belajar sesuatu yang sangat berguna.

“Kak Adib, maaf lewat. Tak terjaga kunci jam tadi.”

Saya risau dimarahi. Janji jam 7.30 pagi tetapi saya terlewat hampir sejam. Salah saya kerana tidur lambat menyiapkan kerja.

Tersenyum naqibah saya. Tanda kemarahan tidak bersarang di dalam dirinya.

“Tak mengapa. Mungkin tidak disengajakan.Ana tidur pukul berapa malam tadi?” bertanya tanda mengambil berat.

“Pukul 2 pagi kak.Siapkan kerja sedikit.”

“Oh,akak tidur pukul 4 pagi semalam, siapkan kerja untuk dihantar pada sekolah.”

Mungkin jawapannya tidak bermaksud apa-apa. Tetapi membuatkan saya malu sendiri.

Serahkan saja alasan kamu itu pada Allah!

Namun,ada suatu perkara yang saya belajar dari Naqibah pada hari itu. Walau dia berulang-alik mengambil kami dari tempat program, ditambahi dengan anak buahnya yang kelewatan (oh sayalah tu!), tapi senyuman tidak pernah lekang. Wajahnya sentiasa tenang dan tiada riak penat. Tidak marah-marah. Saya tahu tanggungjawab dia sangat berat, tapi energi apa yang membuatkan naqibah saya menjadi sedemikian rupa?

Saya menjawab sendiri.

Itulah energi Iman.

Usrah Adibah a.k.a UA.

Itulah nama halaqah cinta kami semester lepas.

Mengambil nama sempena nama naqibah kami. Menguruskan anak-anak buah yang bermacam perangai,itu bukan suatu perkara mudah.

Hidayah, Suhailla, Atiqah Mazlan, Atiqah KZ, Athifah, Farah Najwa, Safura dan Aishah Pauzi. Mereka inilah saudara saya. Punya pelbagai kerenah.

Hidayah dan Farah Najwa, sudah saya kenali seawal tamrin dahulu. Tidak disangka, satu kumpulan tamrin kini menjadi satu usrah dan menjadi adik beradik saya. Daripada mereka saya belajar banyak perkara.

Atiqah KZ, Safura,Athifah dan Aishah Pauzi adalah adik-adik kami. Mereka sebaya. Namun itu tidak bermakna mereka kurang ilmunya. Apabila berhujah mampu membuatkan kami tersenyum. Daripada adik-adik ini,saya belajar banyak perkara juga. Salah satunya, kurangkan membuli mereka..Nanti kamu akan terkena..Haha

Atiqah Mazlan dan Suhailla adalah usrahmate saya yang lama. Kami berjumpa semula. Jadi kemesraan kami memang sudah tidak kekok.

Saat ini, saya rindukan wajah-wajah pencinta agama ini.

Tidak puas lagi rasanya untuk kami taaruf dan saling mengenal. Namun, peperiksaan akhir menjengah dan cuti semester pula menyapa. Tapi itu tidak bermakna kami terputus begitu sahaja. Sedaya upaya saya melangsungkan hubungan kami kekal tidak terputus. Sering bertanya khabar dan saling menasihati. Mujur ada lama sosial seperti facebook yang dikunjungi ramai. Kami gunakan sehabis mungkin untuk ukhwah dan jalan dakwah ini.

Persahabatan kami istimewa.

Kerana kami bertemu di dalam halaqah cinta. Masing-masing punya misi yang sama. Atas titik kesamaan itu kami membina rasa. Rasa tanggungjawab terhadap ummah dan agama.

Ya Allah, kekalkan hubungan kami hingga ke syurga.

Andai kami jatuh ke neraka, biarlah salah seorang dari kami yang terjun bersama untuk menyelamatkan membawa ke syurga.

Kasih sayang yang diberi ini cukup membuatkan aku rasa berdosa.

Berdosa andai aku tidak pandai mensyukuri dan menghargainya.

Ya Allah, saksikanlah..

Aku rindu dan cinta pada mereka hanya kerana Allah.

UKHWAH TERAS KEGEMILANGAN~

PS: Gatal tangan rasanya mahu menulis cerpen mengenai kisah kita. InsyaAllah kalau ada masa saya akan realitikannya..Rabbuna yusahhil..

7 comments:

Syauqah Mujahidah on July 25, 2011 at 9:27 AM said...

Wah!Tersentuh baca.>_<
Kita selalu rindukan kasih dan sayang,untuk hiasi taman hati sebagai kekuatan kita untuk melalui perjalanan suci ini.Dan andai kita mahu bersama-mahu menuju arah Tuhan,kita perlu tetap tujuan kita. Barulah kelak berseri ukhuwah dipupuk kasih antara kita.

Aishah on July 25, 2011 at 9:47 AM said...

rindunya kat kamu semua..bila nak jumpa ni uwaaa...moga Allah berkati kehidupan kak ana, bonda, kak dayah dan yang lain..

SuhaNa on July 25, 2011 at 10:59 AM said...

to Syauqah Mujahidah :

Yess..Kasih sayang itu adalah kekuatan..apatah lagi dengan kasih sayang berpaksikan keimanan kepada Tuhan ^^


to Aishah :

Allahumma amin..rindu kamu juga dik..rindduuuuu sangatttt pukul 3 pagi..Cerita Murtabak megi kamu ^^

GR on July 25, 2011 at 8:05 PM said...

insyaAllah. hubungan yang baik akan sentiasa dipelihara Allah. seronoknya ada rakan :)

SuhaNa on July 25, 2011 at 9:43 PM said...

to GR:

Bersahabat hingga ke syurga..BUkan keseronokan yang dikerjar,tetapi redha Allah menjadi pilihan..Di dalam keredhaan itu,kami ketemu keseronokan itu..Moga Allah memandu kamu ke arah itu juga.

Ana DhoiF on August 1, 2011 at 1:26 PM said...

Assalamualaik ya ukhty han! kenal ana?hehe :P Subhanaallah..walaupn kta tidak pernah bersua rasanya mcm dh lme kenal..wink99..haha coretan qalbu ukhty myentuh qalbu ana..jazakillah khair! salam ramadhan ;)

SuhaNa on August 2, 2011 at 12:55 PM said...

to Ana DhoiF:

'alaikumusalam dik.Allahu, manakan tak kenal, kamu sorang je panggil akak panggilan tu. Ye, benar tu, kerna Iman dan Fikrah kita yang menjadikan kita rapat sebegini rupa.

Afwan.Salam Ramadhan Kareem dik ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers