Monday, June 20, 2011

Heyy Si Budak Dekan!!


“Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, tengok keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat business sekarang, dulu kerja dekat Tanjung Malim,” ujar mak saya.

Teh yang masih berwap panas itu saya hirup sedikit. Berita di televisyen saya lihat dengan pandangan kosong. Mungkin otak ligat memahami maksud tersirat di hati mak.

“Mak rasa kejayaan yang sebenar apa dia?” saya bertanya pula kepada mak.

Mak diam. Berfikir mungkin dengan soalan saya.

“Kita ni selalu pandang kejayaan material je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya jadi insan yang beragama, itu kejayaan maknawi. Mana yang mak nak? Anak berjaya rumah besar, kaya tapi culas solat, tak hormat ibu bapa, cucu pula tak reti solat semua atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak mewah macam kita sekarang tapi isi rumahnya beragama?” saya bersoal lagi.

“Iskh, mestilah mak nak yang hormat mak ayah, beragama semua. Tak nak anak yang kaya rupa tu.”

“Nah, mak sendiri dah tahu pilihan mak apa dia, tapi orang masih memandang yang rupa dari isi.”

Mak diam lagi. Pandangannya mungkin tembus ke televisyen.

Ini adalah pemikiran masyarakat yang saya rata-rata berfikiran sedemikian rupa. Mengukur kejayaan dari harta dan kekayaan yang diperolehi. Entah, saya sendiri tidak tahu di mana silapnya. Jika ada anak yang punya akhlak baik, beragama walau kurang berjaya dalam akademik, tidak pula mahu dipandang dan dikatakan berjaya.

Jika ditanya kepada saya, apakah erti kejayaan yang sebenar? Maka wajib bagi saya menjawab bahawa kejayaan itu adalah apabila kita mampu menjadi manusia rabbani, yang beragama. Apabila kita merasakan segala perbuatan itu bermatlamatkan Allah, maka automatik segala suis akan dihidupkan untuk memacu diri mencapai kejayaan dari pelbagai sudut dunia dan akhirat.

Sahabat sekalian..

Mungkin bagi pelajar UiTM, masih berada di mood mendapat keputusan peperiksaan, ada yang gembira tak terkata, kecewa tidak terhingga, tersenyum puas, atau memandang bersahaja.

Tidak terkecuali juga saya. Alhamdulillah, diberi kecemerlangan tidak disangka. Namun dalam pada masa yang sama, saya takut andai ujian ini membuatkan saya jauh dari Allah malah mengundang pula kemurkaannya. Maka saya bermuhasabah..

Saya mahu membawa anda bermuhasabah bersama. Ayuh kita.. buat para penerima anugerah dekan ini pesanan khusus untuk anda..

Sering saya melihat dan mendengar sok sek sok sek dari rakan-rakan. Berbaur nada tidak puas hati, cemburu atau apa- apa sahaja.

“ Harap je dapat anugerah dekan, tapi meniru juga, bawa toyol masa test.”

Mungkin anda juga pernah mendengarnya, bahkan mungkin juga sebenarnya itu adalah diri anda!!

Inilah yang saya katakan, kejayaan yang bukan maknawi. Kita berjaya tapi kita tidak mampu menjadi orang beragama.

Kita berjaya tapi kita masih lagi sombong dengan Allah.

Culas untuk solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, mulut masih tidak reti dijaga, pentingkan diri sendiri, dengan ibu bapa tidak pula kita hormat dan meninggi diri, masih lagi meniru dan banyak lagi lahhh..

Ini cuma sebahagian sahaja.

Muhasabah sahabat... Muhasabah para pemegang dekan sekalian..

Ini bukan artikel bernada cemburu! Tapi ini peringatan untuk diri saya dan anda..

Jika diri masih tidak sedar, maka awaslah bahawa hati anda sudah mula ada penyakit!

Berdoalah wahai diri, mintalah kepada Allah agar kejayaan atau kegagalan yang diperolehi ini mampu membawa kita dekat dengan Allah, mampu memberikan kita tenaga untuk menjadi penegak kalimah Allah.

Jalan Allah untuk mentarbiyah hambanya cukup cantik dan sempurna..

“Kak Suhana,tiba-tiba mahu kata-kata motivasi untuk diri ini, rasa down sikit dengan result exam.”

Saya mendapat kiriman di facebook.

“Adikku, tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa.Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.”

Saya membalas kiriman tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih Kak Suhana atas kata motivasi, bermakna sangat buat saya. Hampir saya terlupa bahawa Allah beri ni ada sebabnya, kena tampal lubang-lubang usaha yang bocor.”

Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, maka ada kejayaan besar yang menanti.

Berjaya atau gagal,kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik, kerna Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.

11 comments:

ukhti syikin on June 20, 2011 at 8:52 AM said...

tepat sekali :) .. syikin setuju dengan suhana :)

SuhaNa on June 20, 2011 at 9:08 AM said...

to ukhti syikin:

Alhamdulillah,semua dari Allah ukht =)

Latifah on June 20, 2011 at 9:57 AM said...

kejayaan sebenar dinilai dengan cara bagaimana kita menghadapai setiap kegagalan dalam kehidupan :)

Lumrah hidup menjadi pelajar, tiru meniru di dalam test dan exam seperti sudah sebati dalam diri pelajar. Memang susah nak ubah kan bila dah terbiasa sangat...

eh, lupa, tahniah di atas kecemerlangan dalam exam.

toblerone on June 20, 2011 at 10:20 AM said...

setiap kesukaran akan terselit kesenangan .. :)

SuhaNa on June 20, 2011 at 10:20 AM said...

to Latifah :

Setuju dengan pandangan ukhti..tapi bukankah biasa itu bahaya? Dan semestinya kena berkeras untuk berubah ke arah yang lebih baik dan indah..

terima kasih ukhti, dari Allah kepada Allah ^_^

SuhaNa on June 20, 2011 at 10:24 AM said...

to toblerone :

ye sis, mengambil ibrah dari Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Insyirah : Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..

AINI CHE DIN on June 20, 2011 at 11:39 AM said...

subhanaallah..terfikir sejenak...

SuhaNa on June 20, 2011 at 12:30 PM said...

to AINI CHE DIN:

Mari kita bermuhasabah ^_^

GR on June 20, 2011 at 12:31 PM said...

entri yang baik. kejayaan, kegagalan dalam sesuatu usaha semuanya adalah ujian dari tuham. kejayaan tak semestinya terbaik untuk kita, malah kegagalan juga bukan semestinya sesuatu yang terburuk untuk kita.

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. terima kasih untuk entri ini :)

SuhaNa on June 20, 2011 at 1:02 PM said...

to GR :

Allah always now the best for us.. kembali pada Allah setiap saat dan detik.. by right, tahniah untuk kau juga atas keputusan peperiksaan.. only 1 semester before going to be an engineer~

siskahaidan on August 23, 2015 at 7:23 PM said...

Thanks kak suhana. Sgt bermakna buat sy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers