Thursday, May 20, 2010

Siapa anda suatu hari nanti...


Apa yang anda mahu jadi suatu hari nanti?

1)Adakah seorang ahli muzik?




2 ) Adakah seorang penari balet?





3 ) Seorang ahli silap mata?



4 ) Adakah seorang ahli bomba?



5) Atau adakah ini??



Walau siapa anda suatu hari nanti..jadilah manusia yang bermanfaat untuk umat dan agamanya :)

Wednesday, May 19, 2010

Merancang perkahwinan....


Salam sekalian...

Ana telah di 'tag' oleh rakan ana untuk menjawab survey ni.Memandangkan ana bukanlah seorang penerima hutang,tetapi Amoi Suhana (si Ah Long) seperti yang dikata oleh Cik Sara,jadi dengan segera ana jalankan tag nih..hihi..(Di landa kebosanan ni..nak cuba jawab)


1. How old are you?
Masih muda..tak tua lagi..(Patutnya soalan ni berbunyi How young are you?)

2. Are you single?
Owh..masih kepunyaan Maha Pencipta...

3. In what age do you think you’ll get married?
Sekarang..ehh..(ade calon tak??oh~~)

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Siapakah??huhu...tak kena..tak tahu lagi siapa orangnya~~

5. If not, who do you want to marry?
Mestilah seorang lelaki..(erk..yang berstatus tidak berkahwin lagi~~)

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
wow...ada tak gaya minang,gaya bebas ke...teringin nak bersanding nek roller coaster..erkk..boleh ke~~

7. Your ideal motif?
Lokomotif..huhu..

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
Of course bulan! (mampu ke bawa pergi bulan?..huu)

9. How many guests do you think you’ll invite?
muslimin dan muslimat sekalian..jemput ye datang...

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Simple plan..makan bihun je ok tak???

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?
Hurm...ni tak tahu nak jawab apa

12. How many layers of cake do you want to have?
Kek lapis apollo tu...bagi sorang satu..hihihi~~

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
simple place..dekat rumah baru best..(bukan reban ayam ye)

14. When do you want to get married, evening or morning?
Waktu siang bulan Ramadhan..erkk~~

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
iskh2...inwindow ok kot~~

16. Do you like a grand entrance for your groom?
tak perlu kot...huhu..kan nak simple je...hihi

17. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
For the rest of my life..Barakallahu lakuma...(pasang 2 lagu ni je.bior sampai tetamu leh hafal..hihihi)
eh...pasang ayat-ayat Quran tu jangan dilupa...

18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
Malas nak jawab soalan ni..huhu..next~~

19. What age do you want to get married?
Tengok jodoh..oh...sekarang kot..huhuhu

20. Describe your ideal husband/wife
Apa peribadikuku..itu peribadi suamiku..wahh~~

21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Makan guna tangan...hidupkan sunnah nabi~~

22. Champagne or red wine?
ewww...next~~

23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Owh..tengok bajet...huhu

24. Money or household item?
Barang rumah..malas nak pergi shopping beli perabot..huhuhu~~

25. Who will pay for the bills?
Tentulah saya bayar..guna duit suami..ok :)

26. Are you ready for married life?
Kawan-kawan kata dah boleh jadi isteri orang..ye lah tu kot..lebih 40 kali depa dok hingaq tu je~~

27. Will u always be true to your wife/husband
Absolutely...

28. How many kids do you like to have?
Satu team badminton piala Thomas..oppsss~~

29. A new house for a newly wed or an old one?
Oh..rumah atas pokok pun dah ok~~

30. Will you celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
Iskh2..next lah~~

31. What kind of cuisine would you like for your wedding?
Wah...masakan kampung..kasik sambal tempoyak sikit..eh..lupa..bihun goreng cukup ok!

32. Will u record your honeymoon in a cd or dvd?
Rekod dalam otak je..ram lagi besar~~

33. Whose wedding plans would you like to know next? Choose 5 person.

Selamat menjawab soalan ini dengan gembira ye =)

Saturday, May 15, 2010

Solat hingga ke akhir nyawa..



"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama,sesiapa yang meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama."

Fakta!

80 peratus rakyat Malaysia tidak menyempurnakan solat 5 waktu dalam sehari.Ini kajian yang dibuat oleh Dr Fadzillah Kamsah.Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi,yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

Tambah beliau,hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima dalam sehari.Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

Sedih mengenang tentang hal ini.Begitu ramai yang tidak menitik beratkan soal solat ini.Sedangkan menunaikan solat adalah tuntutan fardhu ain yang wajib kita lakukan sehari-hari.Islam terbina atas rukunnya,dan salah satu rukun Islam adalah menunaikan solat.Jika solat tidak dijaga,harus bagaimana mahu mendirikan tiang agama.

Tiada alasan untuk meninggalkan solat sehingga kamu masuk ke liang lahad!

Ya,sesukar mana pun kondisi kita,solat wajib dilakukan.Dalam keadaan perang, sakit waima berada di angkasa lepas sekali pun,solat tetap solat!Tiada alasan untuk kita meninggalkan solat.Hakikatnya pahit namun harus ditelan juga,betapa ramainya masyarakat kita yang masih jahil tentang ilmu solat ini.

"Eh,kau sakit kaki ni,berbalut ni,kau solat tak?"kawan ana bertanya pada seorang rakan.

"Errr..tak,aku tak boleh..errr...kaki aku sakit lagi,macam mana nak ambil wudhu,"jawab beliau.

"Alahai,kawan serumah kau takkan tak ajar ke cara solat duduk?Kenapa tak boleh solat pula?"

"Errr...aku tak tau nak solat duduk macam mana."

Ya,itu salah satu realiti.Ramai sebenarnya yang masih tidak mengetahui sedalam-dalamnya ilmu solat ini,mahu bertanya soalan yang dianggap remeh,malu pula diejek rakan.Wahai kawanku,apakah kau letakkan malu itu dalam keadaaan yang betul?Sungguh itu satu kezaliman pada diri sendiri.tidak salah kalau sudah berumur,belajarlah lagi cara solat yang betul.Malu untuk apa kalau perkara yang kita buat itu adalah perkara yang tidak sia-sia.


SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN



“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Jelas sekali firman Allah tersebut.Solat bisa menjadi dinding kepada kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

"Jadi,bagaimana pula kalau orang yang solat,tapi dia masih tidak menutup aurat?"

Persoalan sama ada solat kita diterima oleh Allah s.w.t bukan kerja kita.Begitu juga dalam penerimaan hidayah.Ramai yang solat tetapi auratnya,perlakuannya masih tidak sempurna.Solat cukup 5 waktu,tetapi masih melakukan perkara -perkara mungkar.

Nah,jika perkara sebegitu terjadi pada diri kita,ayuh kita bermuhasabah kembali.Apakah selama kita solat seumur hidup ini,kita betul-betul solat atau kita lalai.Apakah niat kita solat kerana Allah s.w.t atau kerana niat lainnya.Apakah kita mengerti kenapa perlu kita solat?Itu persoalan pokok yang mesti dijawab secara jujur.Bermuhasabahlah kembali.Pasti ada kecacatan dalam solat kita selama ini.

MELENGAHKAN WAKTU SOLAT

Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerima secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa,zakat,haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril.Ini menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah.

Oleh itu,sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat,adalah golongan yang sesat.Allah berfirman yang bermaksud :

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

Abdullah bin Abbas berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan daripada waktunya. Misalnya seseorang yang menunaikan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu maghrib, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta solat Subuh dilaksanakan selepas terbit matahari.

Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumbankan ke sebuah lembah bernama al-Ghai’a dalam neraka dan diberikan makanan amat jijik. Jika mengerjakan solat fardu di luar waktu sudah sebegini hukumannya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa orang yang tidak menunaikan solat fardu sama sekali.

Justeru, melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, marilah kita mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat supaya kehidupan seharian sentiasa tenang dan dapat menghindarkan daripada melakukan mungkar.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda kesyukuran).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2).


SOLAT KHUSYUK JIWA TENANG..ITU UBATNYA



Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)

Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.

“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya.

Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.

“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”


Apa ertinya perempuan,wanita dan betina...


"Aku percaya kau kerana kau seorang wanita,"ujar ana.

"Eeee...memang aku wanita,kau kenapa?"

Alasannya mudah.Saja-saja.

Opps...maaf lah kawan kalau ana sering mengungkapkan perkataan begitu.Niat ana bergurau cuma.Dalam gurauan itu,ana terfikir juga.Apa bezanya wanita dan perempuan.Apakah perbezaan cuma dari perkataan dan intonasi sebutan semata-mata atau apa.

"Tak pernah ada orang panggil aku wanita,macam dewasa pula,"kata kawan ana.

Ye,kata kuncinya adalah dewasa.Perkataan wanita sering kita sebut untuk kaum hawa yang berusia matang dan dewasa.

Apa bezanya wanita,perempuan dan betina?

Pening juga ana memikir hal begini.Lalu ana berjalan mencari informasi.Bertemu pula informasi di ruangan negara jiran.Walaupun bahasanya kurang ana faham tapi hasil melihat drama sinetron di tv3 menjadikan ana faham sedikit bahasa negara jiran.

Apa yang ana jumpa?Mungkin ini adalah informasi terbaik yang ana jumpa untuk kalian baca.Hasil kajian Sudarwati D.Jupriono dalam tajuk Betina,Wanita,Perempuan:Telaah Semantik Leksikal,Semantik Historis,Pragmatik.


APA ERTINYA BETINA?

Kata betina datang dari perkataan batina ( bahasa Sanskrit).Menurut kamus dewan erti betina adalah antonim kepada jantan.Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang atau benda yang tidak hidup.Contohnya embun betina,singa betina.

Jika perkataan ini diguna pakai dalam untuk manusia,ia akan memberi maksud yang negatif.Contohnya dalam wacana ini "Kamu ini kenapa cerewet sangat,urus saja diri sendiri.Kenapa nak sibuk hal orang pula.Dasar betina!"

Konklusinya makna bagi betina adalah jenis gender binatang dan cerewet.

APA ERTINYA WANITA?

Dalam kamus dewan,wanita diertikan sebagai perempuan dewasa.Kewanitaan pula adalah hasil dari perkataan wanita yang bermaksud sifat-sifat khas wanita seperti lemah lembut,sabar,halus,tunduk dan sebagainya.Justeru,perkataan wanita ini diguna pakai hanya untuk golongan manusia (perempuan) bukan lelaki,haiwan atau sebagainya.

Berdasarkan etimologi rakyat Jawa,kata wanita bererti tunduk kepada suami.Dalam hal ini nilai wanita itu akan lebih mulia bila dia patuh pada sang suami.Selalu ada ungkapan "Swargo nunut,neraka katut ( suami masuk syurga aku numpang,suami masuk neraka aku terbawa."

Asal kata WANITA: Vani (bhs Sansekerta) -> Vanita / Desire = Keinginan --> Wanita = Mengandung makna sesuatu yang selalu diinginkan. Arti konotasi dari kata ini ialah wanita adalah objek seks, selalu diinginkan (Sanskrit – English Dictionary ; Sir Monier Williams, Delhi Varanasi, Motilal Banarsidas, 1981)

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa ertinya wanita adalah manusia yang bersikap halus,mengabdi setia pada tugas-tugas suami.Suka atau tidak,inilah tugas atau lelakon yang harus dijalankan oleh wanita.Apakah memang demikian?

APA ERTINYA PEREMPUAN?

Dalam kamus dewan perempuan bererti wanita,lawan lelaki dan isteri.

Dalam etimologinya begini:

EMPU --> Ibu --> Mulia --> Dihormati --> Membimbing --> Mengasuh

Menurut definisi kamus bahasa Indonesia,disebutkan perempuan itu adalah orang(manusia) yang mempunyai vagina,dapat menstruasi dan hamil,melahirkan anak dan menyusuinya.

Bila pula diguna pakai perkataan perempuan ini.Ya,fungsinya rendah sedikit dari wanita yakni selalunya perkataan rasmi diguna pakai seperti Kementerian Pembangunan Wanita, kita tidak menggunakan Kementerian Pembangunan Perempan bukan?

Secara tuntasnya,perempuan adalah sesuai diguna pakai untuk masalah yang berkaitan keisterian dan rumah tangga.Dalam hal ini,meski tidak rendah tetapi kata ini jelas menunjuk perempuan sebagai 'penunggu rumah'.


KERANA WANITA ITU ISTIMEWA

Walau apa pun perbahasannya,seharusnya kita perlu tahu dan sedar bahawa Islam sangat menghargai kedudukan wanita itu.Lihat sahaja zaman jahiliyyah dahulu,bagaimana kaum hawa diperlakukan.Datangnya Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w mengangkat kembali martabat wanita itu.

Wanita itu dijadikan indah.Sungguh seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Alloh-lah tempat kembali yang baik (surga).” (QS. Ali Imran:14)

Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien (agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Guru oh Guru...



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Friday, May 14, 2010

Jawi yang kian pupus.جاوي يڠ کين ڤوڤوس


بسم الله الرحمن الرحيم..

باڠونکن جاوي اونتوق بڠسا.هاري اين انا تراس ايڠين منوليس جاوي ڤولا.راماي سبنرڽ يڠ ماسيه بوتا جاوي اين.هيڠݢکن انق-انق ماسيه تيدق تاهو باݢايمانا ماهو ممباچ جاوي.

کاليان،جاڠن جاديکن بهاس ملايو کيت ڤولا دڤندڠ سڤي سباݢايمان جاوي کيني تراسيڠ.

!!!!ايڠتله..بهاس جيوا بڠسا

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers