Posts

Showing posts from May, 2010

Siapa anda suatu hari nanti...

Image
Apa yang anda mahu jadi suatu hari nanti? 1)Adakah seorang ahli muzik? 2 ) Adakah seorang penari balet? 3 ) Seorang ahli silap mata? 4 ) Adakah seorang ahli bomba? 5) Atau adakah ini?? Walau siapa anda suatu hari nanti..jadilah manusia yang bermanfaat untuk umat dan agamanya :)

Merancang perkahwinan....

Image
Salam sekalian... Ana telah di 'tag' oleh rakan ana untuk menjawab survey ni.Memandangkan ana bukanlah seorang penerima hutang,tetapi Amoi Suhana (si Ah Long) seperti yang dikata oleh Cik Sara ,jadi dengan segera ana jalankan tag nih..hihi..(Di landa kebosanan ni..nak cuba jawab) 1. How old are you? Masih muda..tak tua lagi..( Patutnya soalan ni berbunyi How young are you?) 2. Are you single? Owh..masih kepunyaan Maha Pencipta... 3. In what age do you think you’ll get married? Sekarang..ehh..( ade calon tak??oh~~) 4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now? Siapakah??huhu...tak kena..tak tahu lagi siapa orangnya~~ 5. If not, who do you want to marry? Mestilah seorang lelaki..(erk..yang berstatus tidak berkahwin lagi~~) 6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding? wow...ada tak gaya minang,gaya bebas ke...teringin nak bersanding nek roller coaster..erkk..boleh ke~~ 7. Your ideal motif? Lokomotif..huhu.. 8. Where do you plan to go on a h...

Solat hingga ke akhir nyawa..

Image
"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama,sesiapa yang meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama." Fakta! 80 peratus rakyat Malaysia tidak menyempurnakan solat 5 waktu dalam sehari.Ini kajian yang dibuat oleh Dr Fadzillah Kamsah.Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi,yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. Tambah beliau,hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima dalam sehari.Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Sedih mengenang tentang hal ini.Begitu ramai yang tidak menitik beratkan soal solat ini.Sedangkan menunaikan solat adalah tuntutan fardhu ain yang wajib kita lakukan sehari-hari.Islam terbina atas rukunnya,dan salah satu rukun Islam adalah menunaikan solat.Jika solat tidak dijaga,harus bagaimana mahu mendirikan tiang agam...

Apa ertinya perempuan,wanita dan betina...

Image
"Aku percaya kau kerana kau seorang wanita,"ujar ana. "Eeee...memang aku wanita,kau kenapa?" Alasannya mudah.Saja-saja. Opps...maaf lah kawan kalau ana sering mengungkapkan perkataan begitu.Niat ana bergurau cuma.Dalam gurauan itu,ana terfikir juga.Apa bezanya wanita dan perempuan.Apakah perbezaan cuma dari perkataan dan intonasi sebutan semata-mata atau apa. "Tak pernah ada orang panggil aku wanita,macam dewasa pula,"kata kawan ana. Ye,kata kuncinya adalah dewasa.Perkataan wanita sering kita sebut untuk kaum hawa yang berusia matang dan dewasa. Apa bezanya wanita,perempuan dan betina? Pening juga ana memikir hal begini.Lalu ana berjalan mencari informasi.Bertemu pula informasi di ruangan negara jiran.Walaupun bahasanya kurang ana faham tapi hasil melihat drama sinetron di tv3 menjadikan ana faham sedikit bahasa negara jiran. Apa yang ana jumpa?Mungkin ini adalah informasi terbaik yang ana jumpa untuk kalian baca.Hasil kajian Sudarwati D.Jupriono dalam t...

Guru oh Guru...

Image
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bere...