Friday, January 22, 2010

KEMBARA SEORANG AKU


2 minggu cuti semester lalu ana lalui dengan pengalaman baru. Menjalani praktikal di tapak pembinaan di Pahang ( projek ni kena rahsiakan atas arahan senior). Pelbagai perkara baru ana perolehi. Dari menjadi seorang penakut menjadi seorang yang berani.

Ana mengikuti kawan ana menjalani praktikal di sana kerana permintaan ayahnya. Mula-mula teruja juga, tapi segalanya berubah apabila ana sampai di sana. Mungkin terkejut sedikit dengan suasana di sana. Apa yang ada? Hanya kedai runcit sahaja. Mahu ke bank mengirim duit atau teringin makan KFC atau ingin membeli belah? Lupakan sahaja. Sejam perjalanan baru sampai ke bandar.

2 minggu yang tiada apa-apa. Mahu melayari internet, broadband kena potong pula sebab tak bayar bil. Dalam erti kata lain, runsing eden. Tapi memandangkan kawan ana ni seorang yang kaki jalan, Berjaya juga kami sampai ke Kuantan yang jaraknya adalah 208km dari tempat kami. Bertukar status musafir kami. Kami ke Kuantan kerana nak makan di kedai MokNa je. Tak sia-sia juga kami ke Kuantan sebab cikgu ana yang mengajar di sekolah dulu pun ada. Sempat berjumpa dengan cikgu dan mendapat bisnes baru (saja cuba-cuba).

Itu pengalaman ana yang tak dapat di lupa. Tapi yang seronoknya sebab boleh jadi bos, mengarah sana-sini ( jadi bos kat orang indon). Terpaksa panjat roof beam yang tinggi tu sebab nak inspect. Hari pertama kerja memang gayat,hari seterusnya dah jadi biasa dan rasa seronok pula panjat memanjat ni.

Lagi? Ya, ana kena siapkan report untuk praktikal ni. Tapi tak siap lagi. Semoga berjaya menyiapkan report Suhana!!!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers