Friday, January 1, 2010

Ujian ini


Entah mengapa belakangan ini bertimpa-timpa ujian melanda diri. Tersirat di sebalik ujian ini, ana yakin pasti ada kesalahan yang ana lakukan tanpa di sedari. Pelajaran pertama yang ana dapat adalah redha. Redha pada segala ujian yang di terima. Bermula dengan kehilangan telefon tangan ana ketika ana berada di stesen monorail Imbi.

" Dik,tutup zip beg tu," ujar pengawal di situ.

Bila pengawal menegur tentang zip beg ana yang terbuka, lantas ana sedar pasti ada yang hilang di dalam beg. Bila diperiksa semula, sah, memang telefon tangan ana di curi. Tapi yang peliknya kenapa pencuri tak ambil sekali kitab tafsir yang ana letak sekali dalam poket beg tu.

" Pencuri takkan nak curi kitab kau, dah nama pun pencuri," kata kawan ana.

Ana fikir dua buah telefon tangan ana dicuri. Jadi,ana berpatah balik ke Plaza Low Yat, beli telefon baru ( second-hand jer). Bila ana buka zip beg lagi satu, ana ternampak satu lagi telefon ana dalam tu. Subhanallah,rupanya ana letak lagi satu telefon dalam zip lain.Memang bernasib baik. Telefon lagi satu nak buat apa? hmm.. dah terbeli guna je lah.

Dua hari kemudian, ana tidur di rumah kawan ana. Mungkin disebabkan keletihan,jadi masing-masing tak sedar apa yang berlaku, Bila bangun dari tidur, kawan ana mencari telefon tangan dia. Kawan ana lagi seorang pun kehilangan telefon juga. Bila ditelefon nombor tersebut, tidak dijawab. Perasaan hairan mula menyelubungi diri.

"Aih,takkan dua-dua handset takde bateri kot."

Ana pun periksalah beg duit ana yang diletak di ruang tamu. Bila diperiksa memang sah rumah dimasuki pencuri sebab kad pengenalan,duit,lesen dan kad bank ana dah takde. Yang tinggal hanya kad pelajar, nasib baik tak diambil sekali. Kami pun periksalah satu rumah. Laptop, kamera dan jam tangan pun dicuri.Laporan polis pun dibuat. Memang ujian betul ni.Nasib baik ana dan kawan ana tidak diapa-apakan, kitorang terlupa nak kunci pintu bilik masa nak tidur. Pengajaran tu. Sekarang pencuri tu masih tidak dapat ditangkap lagi.

Keesokan harinya, ana pergilah buat kad pengenalan,lesen dan kad bank. setelah selesai semua urusan, ana dan kawan teringin nak tengok bas Sani Ekpress yang terlibat dalam kemalangan beberapa hari lepas. Dapatlah tengok keadaan bas tu macam mana.Dalam perjalanan balik ke rumah,ada pula kemalangan berlaku. Ana dan kawan pun berpatah balik ke tempat kemalangan ( mana tau ada yang dapat ditolong), bila kitorang patah balik ( dengan selamba ana langgar lampu merah) ana dan kawan berlanggar dengan sebuah motor ( pakcik tu pun langgar lampu merah ). Tersepit jugalah jari ana, bengkak tak terkata. Pengajaran lagi tu. Kesalahan sendiri. Cari penyakit betul kan.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers