Posts

Jawi yang kian pupus.جاوي يڠ کين ڤوڤوس

Image
بسم الله الرحمن الرحيم.. باڠونکن جاوي اونتوق بڠسا.هاري اين انا تراس ايڠين منوليس جاوي ڤولا.راماي سبنرڽ يڠ ماسيه بوتا جاوي اين.هيڠݢکن انق-انق ماسيه تيدق تاهو باݢايمانا ماهو ممباچ جاوي. کاليان،جاڠن جاديکن بهاس ملايو کيت ڤولا دڤندڠ سڤي سباݢايمان جاوي کيني تراسيڠ. !!!!ايڠتله..بهاس جيوا بڠسا

Terima kasih cikgu atas hukuman itu...

Image
Pangggg.... Terasa pedih dan merah pipi ditampar oleh cikgu Sejarah.tidak cukup sekadar itu,telinga ana dipulas-pulas pula. Malu bukan kepalang tika itu.Nasib baik ada juga kawan yang senasib dengan ana.Rasa malu itu kurang lah juga. Pagi itu,hari kedua sesi persekolahan bermula.Selepas perjumpaan pengawas sekolah,ana pulang ke kelas.Sudah menjadi kebiasaan bagi kami bila,minggu pertama sesi persekolahan,pasti guru-guru tidak mengajar sangat,lebih kepada sesi pengenalan diri.Tapi tidak pada cikgu Sejarah ini,baru pertama kali mengajar di kelas kami,tidak ada sesi pengenalan diri,terus mengajar pula. Kami terpinga-pinga pula,nasib ana memang tidak baik pula tika itu. "Siapa yang tak bawa buku teks sila berdiri." "Hah,kamu yang baru masuk kelas,bawa buku teks ke tidak?"aju cikgu pada ana yang baru masuk ke kelas. "Errr..tak bawa cikgu." Lalu ana menerima habuannya.Ditampar dan telinga dipulas. Sudah 8 tahun peristiwa itu berlaku,namun takkan ana lupa sampai ...

Kaki ampu yang munafik..

Image
Ana ada sebuah kisah yang banyak pengajarannya.Ayuh kita baca apa kisahnya... Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat. Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya. Akhirnya sampailah kepada giliran...

Terima kasih pakcik...

Image
Ibarat seperti membuang duri di jalanan.. Tika ana terbaca kisah sahabat ana ini,meresap dalam diri ana suatu perasaan bagaimana hanya sekecil-kecil perkara itu boleh membawa kepada natijah yang besar. Pengajarannya ana ambil hingga sekarang ana cuba menjadi seperti pakcik dalam kisah itu. "Cool," rakan ana berkata bila ana mengutip tin di tepi laluan lalu membuangnya ke dalam tong sampah. "Bukan apa,aku takut nanti ada yang tersepak ke,terpijak ke,kan susah,"ujar ana. Kisahnya yang ana baca dari sahabat ana begini... Satu pagi macam biasa aku aku keluar ke tempat kerja...dah lewat dah 7.05 pagi..apa lagi pecut lah aku... Sampai saja di satu simpang utama di sebuah pekan kecil, dikenali pekan Penanti...masyaAllah kereta punya la banyak. Arrggh...merah lagi la aku jawabnya...Namun Alhamdullillah aku berada didepan sekali simpang jalan. Di depan keretaku penuh dengan pembonceng-pembonceng motorsikal yang sama kalut untuk menuju ke destinasi masing-masing.. Tiba-tiba ...

Nasihatilah aku...

Image
"Ah,kau pun sama.Lebih kurang je,nak bagi nasihat kat aku!" tempelak seorang rakan. "Aku tak kata aku sempurna,tapi aku cuba memberi nasihat untuk peringatan aku dan kau, takkan nak tunggu aku jadi betul-betul sempurna baru boleh menasihati?" Menerima nasihat seseorang itu bukan mudah.Barangkali mungkin kalian fikir itu menundukkan ego masing-masing.Tapi apa gunanya ada ego kalau apa yang dibuat itu salah? Memberi nasihat adalah asas kepada Islam! Tamim bin Aus melaporkan,beliau sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad berkata,"Asas agama Islam itu adalah saudara memberi nasihat." Kami bertanya,"Nasihat berkenaaan apa dan bagi siapa?"Nabi Muhammad menjawab,"Nasihat berkenaan Allah,kitab Allah dan utusan Allah,bagi para pemimpin dan setiap orang Islam." (Hadith Riwayat Muslim) Agama itu adalah nasihat.Nasihat yang berisi penerangan,dorongan , yang membuat seseorang jelas akan sesuatu masalah,membuat semangat, redho dan gembira. Memberi nas...

Ana bukan ustazah...

Image
"Nah,ambil balik kertas ni ustazah,"ujar pensyarah ana. Gara-gara ana membentangkan tajuk mengenai Poligami,ana digelar ustazah oleh pensyarah ana. Bukan ana menghina gelaran tersebut,jauh sekali tidak terlintas di sudut hati ini.Namun, bagi ana,gelaran ini terlalu berat dan sangatlah tidak layak untuk diri ana ini. Mana mungkin ana digelar ustazah jika ilmu yang ada cuma secebis sahaja.Apa yang ana tahu dan faham,itu ana cuba sampaikan. Ustazah! Tercatat pula di status facebook ana.Harus bagaimana ana mahu terangkan pada kalian bahawa diri ana ini bukan seorang ustazah. Diri ini masih bermusafir mencari ilmu.Ana hanya insan biasa yang setiap hari pasti akan melakukan kesalahan. Sungguh ana tidak mahu merosakkan sendiri nilai suci dalam erti ustazah itu.Tanggungjawab,amanah dan kewajiban kita sebagai seorang muslim adalah menyampaikan ilmu yang kita perolehi.Jika kerana ana sering berbicara tentang agama,itu bukan titik nilai untuk kalian mengatakan ana seorang ustazah kerana...

Cinta islamik??

Image
Saat melayari laman sesawang kegemaran ana,ana terbaca satu kisah ini.Menarik.. Ana ingin kongsikan bersama pembaca kalian.Moga ada pengajarannya untuk kita semua.. (teks sebenar sudah di ubah mengikut kesesuaian bahasa dan cerita) Pada suatu petang yang damai,di sebuah stesen bas.. "Hai,boleh saya kenal.Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak,dah lama saya perhati awak.Awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak.Saya harap kita boleh berkenalan.Ukhwah fillah eh orang kata.Saya tak pandai sangat arab.." Setelah dicuba beberapa kali untuk berkenalan,akhirnya.. "Terima kasih menerima saya,saya akan cuba sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat.Saya tahu,saya bukan baik,tapi saya sentiasa cuba menjadi terbaik untuk awak.." Setelah seminggu berkenalan.. "Ingat tau,keluar jaga aurat.Jangan bagi orang nampak.Keluar dengan kawan-kawan tau.Balik contact,saya doakan awak." Dua minggu kemudian.. "Awak,kenapa tak contact saya.Saya rindu awa...