Siapakah aku?? - Part 1




Assalam wbt.

Mungkin yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya aku, buat apa sekarang dan pelbagai persoalan dalam minda korang kan. Walaupun korang rasa, eh aku tak terfikir pun, kau je perasan..tetapi aku faham jauh di dasar hati korang, ada lintasan pemikiran tu kan..haha!

Untuk pembaca sekalian, selamat datang ke blog Musafir Ilmu.

Blog ni aku mulakan seawall tahun 2009, jadi dah 14 tahun hidupnya perkongsian cerita aku dalam blog ini. Zaman sebelum meletusnya media sosial Facebook, blog adalah tempat untuk kita membaca, berkongsi cerita dan sebagainya. Istilah seperti blog jogging, blog walking etc di kotak chat adalah perkara yang dilakukan oleh para blogger sekalian kan.

Jadi, kalau korang rajin untuk tengok diri aku dari tahun 2009 sehingga kini dari perkongsian aku di blog ini, dah berubah banyak kan? Haha..aku pun kekadang nak muhasabah diri, masuk balik ke perkongsian aku pada sedekad lepas, gituh lah..

Jadi sesiapa yang rasa tertanya, aku kongsikan siapakah aku dan kehidupan apa aku sedang lalui mutakhir kini. Mungkin sedikit panjang, tapi korang enjoy jelah sambil minum kopi tu kan.

Aku berasal dari Perak.

Sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Chepor. Jika yang maklum, sekolah aku ini melahirkan para pemain hoki yang hebat. Dalam erti kata, SKCC adalah sekolah yang selalu mendapat tumpuan di peringkat Perak selain daripada Felda Trolak Selatan. Selepas tamat UPSR, selalunya kami mendapat tawaran untuk masuk ke sekolah sukan. Begitu juga aku, dapat tawaran ke Sekolah Gunung Rapat Ipoh, tetapi abah dan mak tak bagi aku masuk asrama sebab kena jaga adik-adik aku yang masih kecil masa itu. Aku merajuk juga lah, kawan aku bila balik bulan pertama awal kemasukan Tingkatan 1 masa itu, cerita pada aku, katil sudah ada nama aku. Pengetua sebut nama aku pun aku tiada..gituh kan..sedihh..but it’s okay..merajuk tak lama sebab aku suruh Abah janji yang lepas PMR aku nak masuk asrama juga.

Jadi, aku pun masuk ke Sekolah Menengah Chemor, yang kemudian ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hj Mohd. Taib. Aku belajar bersungguh-sungguh masa itu, hoki aku dah lupakan. PMR tu aku target untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kursiah. Tahun 2003 beb masa itu, duduk di kawasan kampung, akses untuk aku tahu pergi mana selepas PMR pun aku hanya boleh dapatkan melalui cikgu atau tv, surat khabar sahaja. Jadi aku tak tahu tentang MRSM apa semua yang lain. Yang aku tahu, nak masuk ke TKC. Namun PMR aku hanya mendapat 7A 1B sahaja, aku assume aku tak layak untuk masuk TKC.

Masa itu, aku suka tengok rancangan landskap di TV. Aku pun tanya pada kakak aku, nak jadi Arkitek Landskap nak pergi sekolah mana? Kakak aku cakap, ambil Kejuruteraan Awam macam dia. Jadi kena masuk sekolah teknik? Iye..

Aku pun mohon sekolah teknik. Permohonan aku untuk masuk ke Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh diterima. Itu pun sebab abang aku yang suruh mohon ke sekolah itu. Dia pun belajar di situ juga. Abang aku kiranya super senior aku. Cuma dia ambil Kejuruteraan Elektrik, aku pula Kejuruteraan Awam seperti kakak aku.

Ye adik-adik. Umur aku 15 tahun pun aku masih tiada cita-cita tetap kan. Tak terfikir nak jadi apa, tahu belajar je lah habiskan sekolah.

Habis SPM pada tahun 2005, dengan keputusan yang tidaklah memberangsangkan. Aku cuba untuk menjadi cikgu. Itu memang aku minat dari kecil sebenarnya. Aku cuba mohon Institut Perguruan masa itu yang baru sahaja dinaik taraf daripada Maktab Perguruan. Matrikulasi, dan UPU aku isi juga. Kesudahannya, aku masuk program Diploma di UiTM Permatang Pauh pada tahun 2006. Kawan-kawan sekelas aku pun ramai juga. Jadi kami memang jadi terpaling geng masa itu..haha..

Lagipun yuran murah, makanan percuma sehingga habis belajar. Rugi lah tak masuk UiTM komeee.. Biasalah Malaysian kan suka kutuk produk UiTM sahaja, tapi percayalah, selepas aku menjadi pensyarah, aku boleh katakan soalan engineering UiTM adalah yang paling susah ye.. percaya kat aku sebab aku pembuat soalan peperiksaan..dan rujukan aku yang paling menepati piawaian selalunya UiTM mengikut kaedah Bloom’s Taxonomy dan OBE..jangan suruh aku huraikan..korang google je lah..haha

Tamat belajar diploma dengan jayanya, aku sambung degree yang sama di UiTM Shah Alam. Oh ye, aku masuk jurusan Kejuruteraan Awam, sampai kesudah aku tak jumpa exit route untuk jadi Arkitek Landskap bagi aku..hahaha..bukan apa, sebab patutnya aku perlu mendaftar di fakulti lain lah kan, tetapi entah kenapa aku rasa ah buat jelah Civil Engineering, to be an Engineer also is cool..gituhh pemikiran anak muda mentah. Aku tak suka sebenarnya pindah ke Shah Alam. Aku suka di Permatang Pauh. Tetapi begitulah takdir Tuhan. Sampai ke sudah aku tiada rezeki untuk pulang ke Penang semula..

Tamat  pengajian.

Aku sambung part 2 pula ya!

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2