GrEP 2023 dah dibuka!!
Salam wbt.
Lama aku tak update dalam blog ni. Tapi sesiapa yang komen
di post GrEP aku tu, aku balas je. Jangan risau inshaAllah. Ada beberapa orang
pembaca juga yang jadikan blog aku ini sebagai rujukan mereka untuk buat
permohonan. Jangan tak percaya, aku ada jumpa di Edinburgh dan yang di Glasgow
juga..dia macam, eh ni kakak blog yang GrEP tu kan? Haha..gituh
Ye lah selalunya aku banyak berkongsi di Facebook sahaja.
Oh ye, permohonan untuk GrEP 2023 dah dibuka ye kawan-kawan!
Untuk permohonan PhD Luar Negara bagi 2023 ni, hanya tajaan
kepada bidang medical science sahaja. No engineering, no science..no no no no!
Tahun lepas aku dengar juga berita yang PhD Mara tak hantar
ke luar negara, rupanya betul lah tu. Barangkali untuk bajet yang perlu
diselaraskan semula, yelah banyak backdated kan untuk tambahan
elaun..hahaha..bersyukurlah walau sekecil-kecil perkara.
Aku tinggal lagi sebulan je terima elaun MARA, kemudian
pepandailah macam mana nak hidup.
Oh pada siapa yang tak tahu, sekarang aku berada di tahun
ke-4 PhD, aku extend pengajian aku lagi setahun sebab COVID kan. Cumanya, bila
extend ni, MARA pun hanya beri tambahan enam bulan sahaja elaun. Lagi enam
bulan pepandailah hang hidup, begitu kekdah..haha..
Apa-apa pun hidup kena teruskan. Begitu juga pengajian aku
nak habiskan juga tak kisah apa pun.
Aku berdoa semoga kawan-kawan yang sedang dalam fasa
pembelajaran PhD ni, dapat bergraduasi dengan kedoktoran inshaAllah. Kalau nak
cerita jerit perih buat PhD ni, aku pun tak tahu nak mulakan bagaimana aku
harung. Sekarang pun masih dalam keadaan yang ‘push my body’ sahaja untuk
teruskan hingga garisan penamat. Gagal atau Lulus, itu perkara kedua. Pertama
sekali adalah, tepuk bahu sendiri untuk kepada yang berani mengharung proses
ini.
Belajar PhD ni, mungkin tak ada masalah jika orang tu
berminat dalam bidang research. Minat ni, bukan sekadar kau suka tau, tapi kau
minat dan mahir. Tapi kemahiran itu boleh diusahakan. Untuk minat itu, bukan
benda mudah.
Kalau tanya aku, kenapa buat PhD ni, aku harap bila dah
berjaya genggam ijazah kedoktoran nanti, aku dapat jawapan yang solid untuk
itu. Buat masa sekarang, kalau orang tanya aku, kenapa buat PhD, jawapan aku
adalah malas kerja. Jika malas kerja, aku kena rajin belajar..haha..
Kalau korang, apa jawapan bila korang nak buat PhD ni?
Kalau rajin cer komen..gituhh..
Comments
Kalau lecturer ada geran, cuba tanya cover untuk fees dan elaun hidup tak? Kalau nak apply GrEP dalam negara, tak banyak pun elaun rasanya. Dalam RM800++, tapi tak pasti kalau dah naik juga.. Kalau elaun geran lagi banyak dan cover yuran sekali, better guna geran. You can't apply kalau dah ada funding, but yeah.. Adalah loophole nya di mana-mana begitu..
Saya dapat tawaran sambung masters di Edinburgh University September tahun ni dan tengah apply untuk GrEP. Saya nak tanya, akak cadangkan duduk di rumah sewa atau student accomodation? saya sorang je pergi takde tanggungan.