GrEP MARA: PART 4


Hi korang!

Lama pula aku tak update dekat sini. Almaklumlah buat buat busy macam nilah..haha

Sekarang musim sejuk di sini, Edinburgh turun salji lebat tahun ni. Jadi tahap hibernasi aku sangat tinggi ye sekarang. Dah lah tidur tu memang kerja hakiki aku, bertambah waktu sejuk begini, lagilah tahap kemalasan aku tu meninggi betul.

Ok, jom sambung cerita seterusnya.

Untuk kali ini, aku nak cerita macam mana korang nak buat VISA?

Maaf lah kalau musim pandemik ni cara buat VISA dah berlainan, tapi ni aku kongsi semasa aku buat Januari 2020. Aku fly ke UK hujung Februari 2020.

Anyway, aku ucapkan tahniah pada korang yang dah berjaya selesaikan urusan dokumen perjanjian dengan MARA, tunggu duit 6 bulan pertama masuk ke bank anda..keceng keceng..gituhh..

Sebelum korang nak buat VISA ni, pastikan korang dah dapat CAS Number dari pihak universiti. Korang akan dapat setelah korang peroleh Surat Tawaran Tidak Bersyarat (Unconditional Offer) dari pihak universiti, dalam 14 hari selepas itu, korang akan dapat CAS Number. Mungkin kurang dari itu, sebab masa itu aku minta pihak admin fakulti buat kerja cepat sikit..kurang 10 hari selepas aku dapat Unconditional Offer Letter.

Korang kena faham kenapa nak dapat CAS Number ni penting dan kena awal!

Sebab proses nak dapatkan VISA sangat lamaaa dan bergantung pada rezeki masing-masing.

Baiklah, ada dua cara untuk kau mohon VISA belajar ini.

Pertama, melalui ejen.

Jangan risau, pilih ejen pendidikan yang memang legit. Diorang takkan tipu inshaAllah. Korang akan dapat free kalau dari awal proses minta surat tawaran korang dah minta pihak ejen carikan (tiada yuran untuk proses permohonan dengan ejen).

Kedua, kalau korang buat proses permohonan secara sendiri, tapi masa buat VISA nak minta ejen buatkan dan FREE! Pastikan universiti korang tu affiliate dengan ejen pendidikan tersebut. Maksudnya, mereka ni wakil sah universiti tersebut. Macam contoh, kalau di University of Edinburgh, ejen sah mereka adalah MABEC atau AUG sahaja. So, korang boleh minta tolong diorang. Boleh jadi mudah atau susah, bergantung. Boleh jadi kena bayar juga sebab pada awal tak proses dengan diorang. Otherwise, korang kena bayar untuk perkhidmatan ejen pendidikan seperti AUG, IDP, etc ni untuk mohon VISA. Aku tak pasti berapa bayaran sebab dah lupa, ada mereka yang beritahu. Dalam ratus juga rasanya.

Ok, masa itu aku malas nak tambah kos.

Hence, ada kawan aku yang buat permohonan VISA sendiri, jadi aku ada rujukan lah kiranya.

Cara ketiga ni lah, buat sendiri!

Haha..dia sedikit renyah sebab nak jawab soalan tu, tapi korang chill sahaja buat tu sambil minum kopi. Kalau tak faham nak isi maklumat apa, korang pastikan ada orang yang korang boleh rujuk masa itu juga.

Permohonan VISA ini secara online.

Korang boleh pergi ke website government UK untuk pilih student visa.

Ada beberapa pilihan, kalau korang masa tu kat Malaysia, maka pilih lah “Apply Outside the UK”..

Alamak panjang pulak nak cerita pasal isi permohonan ini, tapi nanti korang fikir lah sendiri..

Ok, lepas dah siap isi permohonan tu semua, korang kena bayar NHS!

NHS stand for National Health Service, means untuk insurans kesihatan korang. Yurannya adalah £470 setahun. Bergantung pada berapa lama kau study, nanti tambahlah berapa tahun dengan yuran tu. Kalau aku buat PhD ni, 4.5years keyh kena bayar! Adalah dalam RM11,000 masa tu untuk bayar insurans kesihatan sahaja..huhu.. Bayaran guna debit card, korang jangan risau! Hanya cuma pastikan korang setting sesiap debit card tu untuk tujuan pembayaran berapa puluh ribu.. Lepas bayar NHS, baru korang boleh bayar untuk VISA pula sebanyak £348, dalam RM2000 camtu. Kalau keluar dalam dollar, jangan risau, lebih kurang je harga.

Ok, nak cerita pasal VISA dan NHS ni boleh claim dengan MARA nanti.

Cuma..

Cuma..

Korang takkan dapat claim penuh ye. Dalam erti kata, banyaklah yang short juga..haha..nasiblah noks..gituh reda kan!

Boleh claim untuk pasangan juga ke?

MARA hanya taja pelajar sahaja, bukan spouse. Maka, tanggungan sendiri jika nak bawa pasangan dan anak. Kawan aku berhabis jugalah dalam RM44,000 hanya untuk buat VISA ni.

Oleh sebab suami aku pun tak cukup duit untuk ikut aku, makanya aku hanya pergi sendirian sahaja.

Oh ye, kalau nak buat VISA untuk pasangan, perkara paling penting korang kena ingat adalah, mereka kena ada Bank Statement yang mana, kena lampirkan penyata bank yang sekurangnya pasangan ada simpanan sebanyak £680 sebulan di luar London atau £845 sebulan di London, jumlah selama 9 bulan. Jadi korang darablah tu semua dengan 9 bulan ye! Berhuhuhu lah kekdahnya nak ada lebih kurang RM33,000 dalam bank kan??

Jadi kalau korang tak boleh provide duit sebanyak itu, macam kawan aku, dia minta adik beradik, kekawan,sesapalah yang boleh letak sekejap duit dalam bank korang, nanti VISA dah setel, dia transfer balik duit yang ditumpangkan itu. Begitulah kekdah nak bend the law..

Alhamdulillah jika semua dah settle, korang aka nada appointment dengan tempat buat visa namanya VFS Global yang terletak dekat Wisma MCA, Ampang tu. Nanti korang akan dapat email dari mereka, jam berapa dan dokumen apa yang korang kena sediakan.

Lepas selesai urusan di VFS tu, korang kena tunggu email seterusnya dari mereka untuk ambil passport yang dah siap dengan VISA.

Berapa lama nak tunggu?

Aku masa ini buat bulan Februari, jadi bukan waktu peak sangat, aku bayar yuran proses normal dan dapat dalam masa 7 hari je. Tapi kalau korang pergi waktu peak, macam Ogos, September tu, memang makan masa juga lah. Ini semua bergantung kepada rezeki, ada kawan aku dapat dalam masa 3 hari je. Banyakkan berdoa keh!

Selepas selesai urusan VISA ni, korang kena buat salinan dan hantar pada pihak MARA. Selalu diorang tak minta, tapi tahun 2020 tu tak tahu kenapa kena hantar pula. Jadi, sebenarnya, lepas korang hantar salinan VISA ini lah baru…MARA akan bagi duit elaun 6 bulan tu ke dalam bank. Tak lama, kurang 2 minggu je. Lepas dah dapat duit elaun tu, baru aku tempat tiket penerbangan.

Oh, mengenai tiket penerbangan ini, korang boleh je minta MARA belikan atau beli sendiri kemudian korang claim.

Masa aku belajar Master dulu, aku minta MARA belikan, tapi kali ni sebab aku nak pergi dengan kawan aku, maka aku beli tiket sendiri sahaja.

Aku guna satu agensi ni, murah juga tiket kapal terbang dia. Transit di Istanbul selama 9 jam (aku sengaja ambil lama sebab nak tour Istanbul percuma), kemudian baru aku ambil penerbangan ke Edinburgh.

KL-Istanbul-Edinburgh sehala dalam RM2300 sahaja dan 40kg luggage.

Hmm..apa lagi eh?

Itu je lah cara nak uruskan VISA, tiket kapal terbang, claim..

Ramai tanya macam mana nak claim dengan MARA?

Korang kena isi form atau korang bagi surat rasmi tuntutan beserta resit yang ada sahaja. Jangan lupa bagi nombor akaun bank korang sekali. Kalau nak tuntut dengan MARA KL, maka bagi nombor akaun Malaysia, nak claim dalam matawang negara korang belajar, nanti jangan lupa bagi nombor akaun bank korang di negara tersebut keyh!

Ok..itu je setakat ini.

Korang nak tahu lagi tak lepas selesai semua ni nak buat apa? Dah sampai kat negara orang nak buat apa? Macam mana nak cari penginapan? Sewa sendiri atau guna kediaman universiti??

Say yeaayyy untuk sambungan seterusnya.

Kalau korang nak lah..hahaha..!



Dekat Wisma MCA untuk hantar dokumen VISA




Masa ini keluarga abang je takde, 29 Februari 2020, KLIA. Penerbangan aku waktu malam, tapi macam biasa, aku jam 5 petang dah ada dekat KLIA sebab luggage aku terlebih 16kg ye!! hahaha...




Ni transit di Istanbul. Kalau naik Turkish Airlines, mereka akan beri perkhidmatan percuma untuk tour di Istanbul bagi mereka yang transit lebih 7 jam tak silap aku. Muka kelaparan sebab tak makan lagi, nasib ada roti gardenia Naemah..eh rindunya roti gardeniaaa!!!




Ini Naemah, kami sebaya keyh! Best betul jumpa geng sebaya ini. Naemah buat PhD in Chemical dekat University of Warwick, yang sepatutnya aku pun pergi belajar dekat Warwick tapi nampaknya rezeki Allah beri aku belajar di Edinburgh. Masa nak tukar flight, Naemah turun di Birmingham, aku ke Edinburgh, sedih keyh! Sedih pasaipa tak tau..hahaha...perjalanan lonely bermula..gituhhh syahdu betul.



 

 

 

Comments

Anonymous said…
Salam Cik Suhana, maaf ingin bertanya. Mara ada tetapkan Bank apa-apa ke untuk Permohonan yang diluluskan. Terima kasih ya :) Stay safe!
Suhana said…
Wassalam Wbt..

Untuk kemasukan elaun 6 bulan pertama, MARA prefer akaun Maybank. Tapi kalau ada CIMB pun masih boleh juga. Untuk luar negara, tiada tetapan bank. Ikut pilihan pelajar sendiri.
Sunflower said…
Salam kak. Saya nak tnye, jika pointer kurang daripada syarat yg mara tetapkan, tapi ada more than 5 years utk pengalaman kerja, lepas tak nak apply GREP? Saya nak apply MBA kat Edin, baru je apply course ni, tapi belum dapat jawapan daripada pihak uni.
Suhana said…
Salam wbt..Yup boleh inshaAllah! kalau tak lepas cgpa, working experience boleh dipertimbangkan.. Jom jom datang Edinburgh =)
Anonymous said…
Salam kak suhana, jika saya masih menanti document sokongan pengesahan dari university. Saya hantar dokumen yang lain dahulu takpe kan, maksudnya hantar yang dah lengkap dulu dan cuma ada satu lagi belum dihantar sekali. Huhu risau. Pihak mereka akan telefon ke sekiranya Dokumen belum cukup? Dan perlu hantar by hand atau boleh email? harap membantu.. kerisauan sebab saya selesaikan dokumen lain cukup dan baru selesai hantar, cuma satu sahaja lagi :(
Suhana said…
Salam wbt.

Yup, in fact dulu ada je dokumen yang tak lengkap lagi tapi hantar sahaja based on due date apa yang ada. Masa tu tak ada result IELTS (minta ganti guna medium English lain) dan offer letter dari university, pihak MARA accepted dan kena hantar smeua dokumen tu lepas dah dapat. I practised to attached with official letter stated any circumstances kalau tak dapat hantar dokumen dalam masa yang ditetapkan. Kalau ada yang tak lengkap, tak layak etc pihak MARA akan telefon.. kalau terlalu senyap tanya tanyalah khabar kat diorang ><
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Oh Kak suhana hantar dokumen yang tak lengkap melalui email sahaja atau pos semula? Terima kasih ye sangat membantu :)
Suhana said…
Hantar by hand semua. Kalau jauh, pos je pun ok.
Sunflower said…
InsyaAllah, doakan saya sampai Edin lagi 2 tahun. Btw kak, saya pon ambil civil masa degree, tapi sekarang dah beralih bidang. Tabik lah akak boleh ambil phd.
Suhana said…
Mungkin sebab tak ada keberanian nak beralih ke bidang lain barangkali...huhu
Anonymous said…
Assalamualaikum puan, saya buat pinjaman GREP mara utk phd di UTM. cuma musykil sbb bayar yuran 1st sem pada bln september... surat tawaran pada bulan nov 2020 . adakah yuran yg kita dahulukan duit sndiri akan dibayar balik oleh MARA? cuba call pihak mara byk kali tp xberangkat...
Anonymous said…
Salam, Kak Suhana. Selepas kita dah pos borang perjanjian berapa lama masa yg diambil untuk pihak MARA bank in duit.
Anonymous said…
Salam kak suhana, sekiranya kita sudah mendapat surat tawaran perjanjian dan telah menyelesaikan semua dokumen dianggap berjaya ya? Dan bila tempoh anggaran seterusnya utk mara contact kita atau mara teruskan masukkan duit? Mohon penjelasan yang berpengalaman terima kasih.
Anonymous said…
Salam kak suhana, saya nak minta tolong share mcm mana kak suhana approach SV tu boleh tak? macam kita tak kenal so macam mana cara yang polite nak email diorang tu.. please ajar

thank you so much
Anonymous said…
Yeayyyy tolong buat sambungan lagi Cik Suhana. Terima kasih.
Suhana said…
Salam wbt Anonymous..

Berkenaan tuntutan bayaran untuk semester 1 tu saya tak pasti, tapi kalau ada ditulis mengikut surat tawaran atau dalam perjanjian jika boleh dituntut bayaran semasa semester 1, maka mungkin boleh. Jika tidak, maka ia mungkin menaja mengikut tarikh surat tawaran ketika itu. Apa-apa pun boleh dapatkan kepastian dengan semakan pihak MARA dan semak dokumen perjanjian.
Suhana said…
Berkenaan hal duit selepas dihantar segala dokumen, bergantung pada keadaan ketika itu. Kebiasaannya dua minggu selepas itu sudah masuk duit, tetapi pada pelajar lokal, saya tidak pasti akan proses berapa lama.
Suhana said…
Yup, jika sudah dapat surat tawaran dan selesaikan semua dokumen perjanjian, tanpa ada masalah, tunggu sahaja duit akan dimasukkan. Sama seperti diatas, anggaran dalam dua minggu, tapi kalau untuk lokal saya tak tahu berapa lama prosesnya akan dapat.
Suhana said…
Saya ada kongsikan berkenaan approach SV itu pada post GrEP Part 2..boleh tengok pada post tersebut.
Suhana said…
InshaAllah kalau ada masa nanti akan ada cuba buat sambungan..huhu..
Anonymous said…
Assalam kak. Kalau bekerja tapi alhamdulillah berjaya dapat surat tawaran MARA ni kena buat apa iya kak? Kerja sbb baru skrg berjaya dpt surat tawaran. dah masuk sem 2 baru dpt. Kena buat mcm mana ya kak kalau kerja? Adakah MARA benarkan? dan kalau tak berhenti kerja tak apa ke?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Kalau ikutkan MARA nak surat dari majikan sama ada dah berhenti kerja atau cuti belajar. Tapi kalau mode full time study, should be ok kot..mungkin kena contact MARA semula, ni dalam negara kan?
Anonymous said…
Assalam kak.

sy nak tny berkenaan elaun..sy ada di Glasgow ni..untuk elaun sara hidup bulan ke tujuh, kita akan dpat pada hjung bulan ke enam atau dalam bulan ke tujuh ye? terima kasih
Suhana said…
Wassalam wbt,

Elaun akan dapat hujung bulan ke enam selalunya.
Anonymous said…
Salam,

Berkenaan nak claim balik visa, NHS & ielts, kak suhana kata MARA takkan bayar full kan? Tak bayar full tu dalam berapa % saaja MARA akan bayar balik ye?
Suhana said…
Salam wbt.

Depends on your Lampiran A. Semua claim reflect to how Lampiran A. From there, you can compare the actual price and claim that you can make.
Anonymous said…
Asalam kak. Allowance Mara berapa sebulan?
Suhana said…
Wassalam wbt..

Depends on country your are pursue..UK outside London £1012, London £1200, Australia catchment A, AUD 1380..lokal RM800 tak silap..etc
Anonymous said…
Alright kak terima kasih :)
Anonymous said…
Salam Kak. Nak tanya, jika nak apply for Masters dkt UK tapi CGPA kurang dari syarat dan pengalaman kerja Cuma 1 tahun Boleh ke?
Suhana said…
Wassalam wbt,

MARA memang strict with the requirement especially working experience. But worth to try, if rejected try to appeal.
pipol said…
salam, saya ada satu pertanyaan , saya telah memohon pinjaman mara program grep. saya telah mendapat tawaran dan telah pun menghantar dokumen penerimaan. persoalaan saya berapa lamakah akan diambil untuk saya boleh memperoleh wang pinjaman tersebut, kerana saya ada yuran yang perlu dijelaskan untuk final exam yang sudah hampir.
Suhana said…
Wassalam wbt..Kalau di dalam negara, saya tak pasti..kalau luar negara, kebiasaannya dalam sebulan lebih. My opinion, you can use the offer letter from MARA untuk bayar yuran tersebut sebab once any uni fees, we are not dealing with that, MARA liase directly with uni.
Hai, hadir suport blog.TQ banyak info kat sini,btw jika ada perlukan bantuan utk kajian research ,saya RA sedia membantu:seperti mencari jurnal,kajian LR ,nak buat spss atau apa sahaja berkaitan thesis MBA ke boleh wsp saya 0166371460 (NURSING AREA JUGA BOLEH DAN SAYA JUGA MENULIS UNTUK BUKU CERITA DAN NOVEL .JIKA NAK UPAH BOLEH WSP YA)..SEMOGA TUAN RUMAH DIMURAHKAN REZKI SELALU.
Anonymous said…
Assalamualaikum Kak Suhana,

Kenapa pinjaman GREP belum dimasukkan ke dalam akaun saya walau dah lebih sebuan. Last sekali masuk sebulan lepas sebanyak 1 sen untuk pengesahan akaun. Kebiasaannya berapa lama tempoh yang diambil MARA?
Suhana said…
Wassalam wbt. Kena email pihak MARA, terkadang mereka tak update even ktia dah hantar borang sampai ke tempat belajar. Hopefully you dah dapat lah elaun kan, lambat pula saya reply..huhu

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2