Posts

Showing posts from March, 2011

Mahalnya harga sebuah keyakinan!

Image
Helaian kertas yang berisikan slide untuk persembahan tesis itu diconteng-conteng oleh supervisor. Ternyata banyak lagi isi yang perlu ditambah sebelum menghantarnya semula. Jam sudah hampir bergerak ke waktu zohor. Kerisauan saya semakin berganda. Pelbagai perkara menerpa dalam benak kepala. “Ya Allah,sempat atau tidak untuk siapkan semua kerja dan belajar ni. Esok pagi ada test ,malam ni ada program usrah pula, macam mana ni.Permudahkanlah semuanya ya Allah.” Dalam hati saya berdoa. Usai solat zuhur, saya segera melakukan penambahbaikan pada isi slide tersebut. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Tepat jam sebelum asar saya sudah dapat menyiapkan tugas tersebut. Namun, bila dibelek-belek nota yang masih belum terbaca untuk test esok hari, hati saya menjadi tak keruan. Tebal bukan main kena baca, faham dan hafal. Mengeluh lagi..hai memang manusia! “Macam tak sempat belajar je, malam ni ada program usrah. Kalau tak pergi mesti ada masa nak habiskan belajar.Iskh.. j...

Pendusta si penuntut ilmu!

Image
“Belajar tinggi-tinggi sampai universiti. Nanti boleh dapat kerja yang bagus-bagus,” nasihat si ibu pada anaknya. Nasihat sebegini sering kita dengari, agaknya sudah menjadi satu trend barangkali, apabila sudah bergelar graduan universiti, pasti dapat pekerjaan yang bagus. Jaminan rezeki pada sehelai sijil, begitukah? Bukankah sifat Allah itu Ar-Razaq..Yang Maha Memberi Rezeki. Tidak yakinkah kita pada sifat Allah ini sehinggakan kita lebih percaya, sehelai sijil yang bercop universiti itulah yang mampu mengubah nasib dan memberi pada kita rezeki yang lebih bagus. Mana keyakinan kita pada tika itu? Saya tidak menafikan, bahawa nilai akademik itu amat penting pada masa kini.Semuanya berlumba untuk mencapai status ekonomi yang bagus dalam ruang hidup yang semakin mendesak. Namun kita harus meletakkan kepercayaan yang tinggi pada Allah. Rezeki itu ada di mana-mana dengan usaha yang halal dan berkah pastinya. Ruangan ini, saya bukan mahu mempertikaikan perlu atau tidak pencapaian ...

Berubahlah meskipun payah...

Image
Sepertinya ada satu tembok penghadang di hadapan yang membuatkan kita tidak mampu bergerak ke hadapan, tidak mampu melakukan suatu perubahan ke arah kebaikan. Tembok penghadang itu adalah tembok ketakutan, yang hanya bisa dirobohkan oleh suatu keyakinan dan keazaman yang tinggi. “Dulu,sebelum aku nak pakai tudung, banyak benda aku fikir. Tapi bila aku dah pakai, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, malahan ada kawan yang turut mengikut jejak langkah aku ni,” kata seorang kawan menceritakan pengalamannya. Betapa hati saya begitu gembira apabila belakangan ini ada beberapa orang sahabat ingin berubah. Menukar etika pakaian seperti mana yang disyariatkan. Lafaz hamdalah tidak putus dari hati saya. Syukur kerana Allah menitip ruang hidayah pada sahabat-sahabat saya. “Macam mana dengan perubahan? Rasa bagus tak?” mesej saya pada sahabat. “Alhamdulillah, rasa tenang sangat. Nak solat pun senang,” balas sahabat. “ Ya kan, dan lelaki rasa lebih hormat lagi pada kita,setuju tak?”...

Anehnya perjalanan masa..

Image
Perjalanan masa cukup aneh.. Tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi, semakin hari manusia semakin meningkat bilangan umurnya dan pula mendekat pula waktu kematiannya. Kelalaian dalam menghitung waktu amatlah merugikan manusia itu sendiri. Tanpa saya sedari,sudah hampir 23 tahun saya hidup di dunia ini. Pelbagai perkara telah saya lalui, dari manusia yang penuh tercalit lumpur dosa,hingga akhirnya Allah menuntun saya melalui hidayah dan taufiknya berada dalam barisan penolong agamanya,InsyAllah. Umur adalah amanah yang dipertanggunjawabkan kepada manusia. Apakah kita memegang amanah itu dengan sebaiknya atau tidak. Adalah dungu seorang manusia itu jika mensia-siakan amanah yang diberi, umur yang ada. Bijaknya manusia apabila berjaya melaksanakan amanah itu dengan sebaiknya. Hidup jika mahu fikirkan keseronokan,sampai bilalah hingga tiada penghujung.Keseronokan gandingannya adalah kebosanan.Akhirnya anda sendiri bosan dengan keseronokan yang anda kejar dan terlalu nikmati dah...