Posts

Showing posts from December, 2009

Debat dan aku

Image
Bismillah..Sudah lama rasanya ana tidak mengasah bakat ana dalam dunia perdebatan. Sebenarnya ana memang berminat dalam arena debat tetapi atas sebab tertentu ana terpaksa meninggalkan arena ini. Kini ana mula mengorak langkah untuk mula memupuk minat menulis pula. Blog adalah salah satu medium untuk ana mengasah bakat. Sewaktu zaman sekolah, ana aktif dalam debat,forum,pidato dan sebagainya. Teringat lagi,kali pertama ana mewakili sekolah, pasukan ana berjaya mendapat naib johan di peringkat daerah.Bila di peringkat universiti,ana cuma aktif di tahun pertama sahaja. Persekitaran membuatkan ana tidak berasa selesa untuk terus dalam bidang ini. Mungkin orang keliling kata ini adalah cabaran. Menghadapi cabaran adalah lebih baik dari melarikan diri. Tapi ana tidak ada kekuatan untuk meneruskan perjuangan.InsyaAllah mungkin suatu hari nanti ana akan kembali dalam arena ini tetapi dengan penuh ilmu di dada. Debat berjaya menjadikan ana seorang yang berani untuk berhujah tetapi berasas deng...

Pohon hijau itu

Image
Pohon hijau itu berdiri kaku Pohon hijau itu berdiri kaku Megahnya di celah pohonan Ibarat lukisan hidup Tetap tegak dan kaku Pohon hijau itu tetap kaku Lantas desiran kedengaran Amat sayup dan sayu Ia mula bergerak Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi Beralun mengikut tarian bayu Pohon hijau itu melambai-lambai Beralun mengukir kehijauan Begitulah diibaratkan Dunia dengan kehidupan Bermulanya di daratan Kini menuju ke tengah lautan Angin yang menderu Datang tak menentu Ombak memukul pelayaran Apakan tergoyang keimanan Untukmu teman bajailah hidupmu Sirami hatimu dengan ketaqwaan Dalam mencari keredhaan Tuhan Hati-hati teman Meniti salju kehidupan Nan rapuh bisa cair dan runtuh Bersama angin lalu kutitipkan harapan Agar terus tabah hadapi cabaran Pohon hijau itu yang dulu kaku Kini mengikut tarian bayu Pohon hijau itu melambai-lambai Beralun mengukir kehijauan Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi Beralun mengikut tarian bayu Pohon hijau itu melambai-lambai Beralun mengukir kehijauan Bila ...

Jatuh cinta lagi: dengan siapa?

Image
Alhamdullilah, ana berkesempatan untuk pergi ke toko buku di pusat membeli belah petang Isnin lepas. Mencari buku-buku terbaru di pasaran adalah hobi ana. Kawan-kawan ana agaknya dah faham dengan sikap ana, kalau pusat membeli-belah jer,mesti ke toko buku. Almaklumlah, ana pun bukan nak buat apa pun. Sekadar 'window shopping' tu, bolehlah. Ketika ana membelek-belek buku yang best di toko buku tersebut,ada satu buku yang menarik minat ana, harga dalam promosi, RM10.00 saja. Ana pun belilah.Balik di rumah, ana buka dan baca.Isi yang menarik kerana lebih berkisar mengenai kehidupan masyarakat sekeliling.Membuatkan ana jatuh cinta lagi untuk membaca buku pengarang ini.Nak tahu buku siapa dan siapa pengarangnya? Buku yang ana beli itu sebenarnya sebuah buku motivasi,karangan motivator Dr HM Tuah. Sebelum ni,ana ada juga membaca novel dan buku motivasi lain hasil dari karangan motivator tersebut,tapi takdelah sampai ada perasaan nak teringin beli buku motivator ni. Tapi,Allah telah m...

Perniagaan gaya pos: Hukum dari segi Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, entri ini ana ambil dari laman ustaz Zaharuddin mengenai hukum perniagaan gaya pos ini. Ana mula-mula mendapat tahu mengenai perniagaan ini melalui kawan ana, perniagaan ini juga lebih dikenali dengan ta'awun. Modus operandinya seperti perniagaan lain, mencari orang bawahan, tapi beroperasi menggunakan wang pos, kawan ana kata seperti main kutu lah gayanya. Menarik, itu yang ana fikirkan, tetapi apa-apa pun,ana perlu cari juga mengenai hukum perniagaan seperti ini. Bukankah Allah mengurniakan akal untuk berfikir? Justeru, ana mula mencari mengenai hukum perniagaan ini.Alhamdullilah, ana jumpa juga apa yang ana cari. Syukran ustaz kerana mengulas isu ini. Buat kalian, terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, anda dikurnia akal, gunakanlah sebaik mungkin untuk menimbang tara mengenai hal ini. SOALAN Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Car...

Berdakwah melalui filem

Image
Sebelum kita pergi kepada dakwah melalui filem, mari kita ketahui dulu apa hukum drama, filem, panggung wayang, dan televisyen. Setelah membaca 2 fatwa berkenaan hal ini: Fatwa Yusuf al Qardhawi Fatwa Sheikh Ahmad Ash Sharabaasi Saya dapat menyimpulkan bahawa kesemua drama, filem, panggung wayang dan televisyen boleh menjadi baik dan boleh menjadi buruk bergantung kepada manusia yang menggunakannya, dan tentu sekali bergantung kepada jenis bikinan drama atau filem tersebut juga. Jika drama atau filem porno sudah tentu haram hukumnya. Jadi, bagaimana mahu menggunakan drama, filem, panggung wayang dan televisyen ke arah kebaikan, tentulah perlu menyemak akan hal-hal berikut sekurang-kurangnya: Tidak beserta maksiat drama atau filem tidak menayangkan apa-apa adegan yang melanggari syarak, seperti aurat wanita, aksi ghairah, keburukan masyarakat dan sebagainya. menonton televisyen dan panggung wayang juga tidak beserta maksiat seperti minum arak, bercampur lelaki perempuan bukan mah...

Syabab

Image
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH yg jiwanya penuh penghayatan terhadap ISLAM yg sentiasa dahaga dengan pahala yg solatnya adalah maruah dirinya yg tidak pernah takut untuk berkata benar yg tidak pernah gentar melawan hawa nafsu yg sentiasa bersama kumpulan orang2 yg berjuang di jalan ALLAH Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menjaga tutur katanya yg tidak pernah menitiskan airmata saya yg tidak pernah bermegah dengan ilmu yg dimilikinya yg tidak bermagah dengan harta dunia yg dicarinya yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang yg m'punyai ramai kawan&tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menghormati ibunya yg sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya yg bakal menjaga kerukunan rumahtangga yg akan mendidik isteri dan anak2 mendalami ISLAM yg mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara me...

Kesempatan dan Pilihan

Image
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada waktu yang tepat, itulah KESEMPATAN. Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuat kita tertarik, itu bukan PILIHAN, itu KESEMPATAN. Bertemu dalam satu peristiwa bukanlah pilihan, itu juga adalah KESEMPATAN. Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan KESEMPATAN, itu adalah PILIHAN. Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walau apapun yang terjadi, itu adalah PILIHAN. Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan kita tetap memilih untuk mencintainya, itulah PILIHAN! Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang bagai kesempatan kepada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan. Berbicara tentang pasangan jiwa, ada satu ungkapan yang mungkin tepat; ''Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap ber...