Servis diri dengan taubat..
Ana mula bicara pagi ini dengan lafaz bismillah...
Lewat petang semalam,ana ke kedai motor,mahu maintenance motorsikal.Usai subuh ana akan bermusafir pula.Kuliah akan bermula isnin ini.Kembara ke bumi Shah Alam tercinta setelah berkampung di Ipoh selama dua bulan.
Niat di hati mahu menukar minyak enjin dan break shoe sahaja.Tetapi setelah dibuka satu persatu komponen tersebut,banyak pula kerosakan yang berlaku.
"Adik,ini getah sudah teruk,disk rantai pun sudah teruk,mau tukar ka?"tanya uncle kedai pada ana.
"Aiyoh,rosak juga ke?Tukar lah uncle."
Biarlah berhabis duit dahulu dari kerosakan semakin teruk pula.Sebenarnya,sudah lama ana tidak maintenance motor.Bila mahu bermusafir jauh,baru ana maintenance,agar tidak berlaku perkara tidak di ingini pula sepanjang perjalanan. Justeru,bila sudah lama tidak servis, ana ingatkan selama ini motor ini baik sahaja,tidak sangka banyak kerosakan di dalamnya.
SERVIS DIRI SENDIRI
Melihat kejadian yang berlaku,ana berfikir.Bagaimana jika manusia yang tidak 'servis' dirinya pula.Barangkali kita fikir selama ini,kita baik-baik sahaja.Setelah dihantar ke 'bengkel servis' baru disedari rupanya banyak yang perlu diperbaiki dalam diri.
Sedar atau tidak,setiap manusia perlu memperbaiki diri setiap hari,agar kerosakan yang berlaku dalam diri tidak makin melarat teruknya.Bertangguh dalam hal bertaubat,dan sebagainya perlu kita perbaiki dan insafi.
Justeru,itulah kita diharuskan bermuhasabah diri setiap hari.Menilai kembali amal sehari-hari. Solat taubat perlu di iringi sentiasa kerna kita manusia yang tak pernah lari dari silap dosa dan noda.
Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).
Sabda Rasulullah s.a.w : Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat. (Riwayat Tirmizi).
Sungguh dengan bertaubat akan menjadikan jiwa lebih tenang,tidak mudah gusar dan melahirkan keimanan yang tinggi.Apabila bertaubat dengan sebenar-sebenarnya,Allah akan mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berharap kepadaNya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).
p/s : Doakan moga ana selamat sampai ke destinasi yang dituju.Mohon maaf pada pembaca sekalian kerana selepas ini ana akan kurang dalam menjenguk blog kerana ana ada misi lain yang perlu difokus sepenuhnya.Mungkin sekali seminggu sahaja ana dapat berziarah blog teman-teman.Maafkan ana andai selama ana menulis di blog ini,ada yang terasa hati barangkali. Tiada daya melainkan memohon pertolongan dengan kekuasaanNya.. wallahua'lam~
Comments
takecare k
servis diiri...
betul tu..memnag free,tak perlu dibayar untuk servis ini =)
to NOOR FATIN...
terima kasih ya =)
terima kasih..mari kita sama-sama servis diri =)
thnx for sharing sis
sesungguhnya kita semua manusia hina yg byk melakukan dosa
semoga kita semua diampunkan Allah
afwan =)
semoga ada kebaikan utk semua..
"jika seseorang itu sibuk mengejar dunia, maka sibukanlah kita mengejar akhirat.Jika seseorang itu sibuk hiaskan diri dengan kecantikan maka sibukah kita hiaskan hati kita dengan keimanan."
salam perjuangan.
klu sudi, jemput la ke blog sy dan lihat lah post2 dari label mymind.
salam..x)
syukran akh =)