Jangan marah!




“Baiklah,keluarkan sehelai kertas, tulis nama masing-masing. Kemudian buat sedikit penjelasan mengenai solid waste,” arah pensyarah pada kelas.

Ana mengeluarkan sehelai kertas, mencoret sesuatu mengenai solid waste. Otak ligat berfikir, menulis sesuatu yang merepek pastinya. Manakan tidak,batas ilmu ketika itu cukup terhad (alasan!), dan yang berlaku hanyalah fakta yang merapu. Alahai tak ada bakat betul jadi jurutera macam ni.

“Eh,solid waste tu macam sampah sarap ke?”tanya seorang kawan untuk kepastian.

“Ye lah kot,”jawab kawan ana di sebelah.

Masa tamat! Kertas yang ditulis perlu di hantar segera. Melihat senyum pensyarah tersebut ana pasti apabila beliau sampai di bilik untuk memeriksa karangan tersebut, boleh pecah perut agaknya gelak. Apakan tidak, sudahlah tulis fakta merapu, gaya penulisan inggeris pun kalau boleh dibanding budak tadika sekarang,mereka lagi advance rasanya. Hai,nasiblah...

Oh,ana terkenang kembali kata-kata kawan tadi. Sampah sarap? Pasti dikait dengan pencemaran. Dan ana teringat kata Willard Gaylin :

Menunjukkan kemarahan merupakan satu contoh pencemaran awam

Oh, ana fikir hanya ada pencemaran air,bunyi dan alam sahaja. Rupanya ada lagi satu pencemaran yakni pencemaran awam. Apakah intipatinya? Ya..tepat sekali, dengan menunjukkan kemarahan!

Pasti anda pernah melihat orang yang sedang marah,atau anda sendiri mengalami perasaan marah itu. Jika tidak dikawal dengan baik,boleh merosakkan segala yang berada di sekeliling kita. Ibarat tsunami yang hampir menenggelamkan bumi Aceh.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai sebuah hadis masyhur ini:

“Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w : Nasihatilah aku. dijawab oleh Nabi s.a.w “Usah marah!” Orang itu berulang kali meminta supaya dirinya dinasihati namun tetap Nabi s.a.w mengatakan “Usah marah!” (Al-Bukhari)

Oh sahabatku,anda perasan akan sesuatu atau tidak mengenai hadis tersebut? Berulang kali Nabi s.a.w berpesan,jangan marah! Ibarat pengawas pemeriksa yang mengingatkan kita supaya tidak meniru dalam peperiksaan,berulang-ulang kali, kerana apa? Pasti amaran yang berulang itu mengandungi kesan yang cukup hebat bukan? Kalau kita meniru dalam peperiksaan,dan kemudian ditangkap, pasti akibatnya kita gagal dan dikenakan tindakan disiplin. Bagaimana pula dengan amaran berulang yang Nabi s.a.w pesankan, jangan marah! Pasti lebih hebat kesannya.

Mari kita renung sebentar, jika si suami dalam keadaan memarahi isterinya, pasti tidak dijangka terkeluar lafaz cerai dalam mulutnya..Astaghfirullah..bergegar arasy Allah dengan lafaz cerai itu. Kita marah akan ibu bapa kerana tidak memberi belanja..ya Allah,bukankah kita sudah menyakiti hati mereka?Tiada redha dari Allah untukmu jika ibu bapa tidak meredhaimu..begitu marahnya kita pada seorang rakan hingga sanggup memutuskan persahabatan? Memutuskan silaturrahim menyebabkan kita jauh dari syurga dan dekat dengan neraka (Al-Bukhari dan Muslim)..

MasyAllah..begitu hebat kesan marah ini. Bergetar jiwa ana memikirkannya. Segalanya melibatkan kemurkaan Allah. Anda suka jika dimurkai Allah? Tentu tidak bukan, jadi perlunya mengawal diri dari sedang marah.

Adakah anda sedang marah?

Ambillah wudhuk..

Tiada air untuk berwudhuk?

Kalau sedang berdiri duduklah,dan jika tidak hendaklah kamu berbaring.

Comments

Unknown said…
huhuh...echah mmg xleh nk sbr lau mrh:(
zikrie said…
fuhh btl sy setuju sgt..
sabar, tenang dan insyaAllah tenteram..x)
SuhaNa said…
to echah mashuri..

sabar itu indah~

to zikrie..

benar tu..insyAllah.. =)
Salam.
emm.. betul gak kan. Kadang2 bile dah marah2. macam2 perkataan yang tak patut diucap terkeluar. Pasni saye kena jadi orang yang lebih bersabar dan berhati2 dalam pertuturan.
SuhaNa said…
to Nadira Nasarauddin:

Wa'alaikumsalam.. benar tu, perlu menjadi soerang yang penyabar..berlapang dada ^_^

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2