Sehelai kertas kumal..


Ana pernah terfikir, jika ada setiap insan yang menerima bahan cetakan berupa bentuk tazkirah, peringatan, atau sebagainya, seterusnya kemana di simpan kertas cetakan itu? Diselitkan di celah buku kah? Ditampal di dinding bilik untuk peringatan? Di buang ke tong sampah? Ditinggal begitu sahaja di atas meja? Dijadikan pembalut kertas nasi lemak? Atau ada yang menyimpannya di dalam sebuah fail untuk dijadikan koleksi rujukan dan peringatan?

Agaknya kalian berada dalam situasi yang mana?

Hati ana sedih,kerana ana begitu mencintai ilmu hatta diconteng di kertas kumal sekalipun. Tetapi kertas yang berisi tazkirah begitu dipandang sepi dan diperlakukan begitu,apakan daya ana. AnaSaya begitu terkesan dengan inisiatif pertubuhan yang disertai sahabat ana. Kertas yang berisi tazkirah itu berwarna penuh, jika dikira kosnya pasti mahal. Apatah lagi isinya terkandung hadis dan ayat al-Quran yang berbentuk peringatan. Bertungkus lumus sahabat ana mengedarkan risalah tazkirah ini. Alhamdulillah, ramai yang mengambilnya, tetapi berapa ramai yang kemudiannya menyepahkan kertas itu begitu sahaja. Di tinggalkan di meja kuliah, kadang-kadang terjumpa di atas lantai pula. Masya Allah...tidak dihargai!

Mahal atau murah kos pembuatan, ana tidak mahu bicarakan di sini, tetapi tidakkah kalian terfikir bahawa ilmu yang terdapat di dalam kertas cetakan itu cukup berharga. Timely reminder! Kita sendiri mengakui sering sibuk dan tidak punya banyak waktu untuk kegiatan lain apatah lagi jika melibatkan hal urusan agama, justeru hadirnya bahan cetakan berisi tazkirah ini yang menjadi pengingat kepada kita. Definisi insan itu sendiri adalah lupa, jadi perlunya kita sentiasa diperingatkan agar tidak tersasar dalam matlamat kehidupan kita di dunia ini.

KISAH SEHELAI KERTAS BIRU

AnaSaya ada kisah mengenai hal ini. Moga diambil pengajarannya bersama..

Pagi jumaat itu, seperti biasa setiap pelajar mula bergerak untuk ke kuliah masing-masing. Yang tidak mempunyai kuliah pagi, mereka bergerak untuk ke kafe menikmati sarapan pagi.

Sumayyah bergerak pantas menghampiri rakan-rakannya yang sedang menunggu untuk ke kuliah bersama. Ada sedikit rasa mengantuk tetapi tetap ditahannya.

Sampai sahaja tiba di pintu lif untuk ke bilik kuliah,hatinya tertarik untuk mengambil risalah berwarna biru itu yang diletak di atas kaunter pengawal keselamatan. Oh,terlupa sebentar dia. Bukankah hari ini hari Jumaat, kebiasaannya ada risalah berisi tazkirah yang diedarkan. Hatinya tertarik untuk membaca pengisian tazkirah minggu ini. Untung-untung boleh dibuat modal untuk bercerita dengan rakan-rakan nanti.

“Betul,saya tidak berzina..”sebut Sumayyah perlahan membaca tajuk besar tazkirah tersebut. Kertas berisi tazkirah itu menarik hatinya untuk terus membaca tetapi segera disimpan kerana pensyarah sudah tiba. Hajatnya mahu menyambung bacaan di bilik nanti.

Usai kelas, melaju langkah Sumayyah untuk terus balik ke bilik,menyambung bacaannya mengenai isi tazkirah di helaian kertas biru itu. Ada sesuatu yang membuatkannya rasa tidak sedap hati mengenai penulisan penulis itu.

“Ya Allah, berdosanya aku, ampunkan aku Ya Allah..astaghfirullah,” laju air mata mengalir di pipi Sumayyah usai membaca tazkirah tersebut. Tidak disangka selama ini perkara yang difikirkannya betul, ternyata salah sama sekali.

Dia nekad!

Lalu dicapai handphone di sisinya,menaip pesanan yang pastinya bakal merubah hidupnya seratus peratus selepas ini. Isi di helaian kertas biru itu dibacanya berulang kali. Kemudian Sumayyah bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk,solat taubat perlu disegerakan setelah hati merasa menyesal!

Apa agaknya isi di dalam tazkirah tersebut? Yang pasti isi tazkirah itu adalah mengenai hal pelajar-pelajar yang berpacaran, alasannya mereka tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi jika sering berbual,bermain mesej, keluar bersama dan sebagainya, semua itu adalah jalan kearah zina. Malahan zina hati,zina mata dan sebagainya sudah berlaku.

Jika begitu,mengapa Sumayyah begitu menyesali tingkahnya?

Sumayyah baru sahaja mengenali seorang pemuda, cukup baik dan warak barangkali. Sering ke surau menunaikan solat lima waktu, mempunyai latar belakang keluarga yang baik, sering mengingatkannya mengenai perkara-perkara agama, justeru kerana jatuh cinta,mereka berpacaran.

Wanita mana yang tidak jatuh hati jika pemuda itu seorang yang begitu menjaga solatnya? Begitu lah yang difikir oleh Sumayyah. Tetapi ternyata langkahnya salah, nafsunya sendiri mengenepikan peranan akal. Meski tidak pernah berdating, bertemu dua mata, kerana difikir menjaga adab dalam bercinta, maka SMS dan panggilan telefon menjadi penghubung.

Zina hati sering mengingatkan sang kekasih,itu yang dirasakan oleh Sumayyah, kerana itu dia menangis semahunya kerana rupanya apa yang dia lakukan ini adalah suatu dosa,besar sekali dosa itu yakni menghampiri zina!

SubhanAllah..ana begitu terkesan sekali dengan cerita ini. Hanya sehelai kertas yang berisi peringatan, dapat menyelamatkan seorang insan dari terus hanyut dalam tipuan duniawi. Besar sekali pahala yang diterima sang penulis itu.

Justeru,ana mahu menjadi seperti penulis itu. Memberi peringatan demi peringatan sesama kita yang sering alpa ini,kerana ana percaya di dalam sejuta orang yang membaca penulisan ana ini, insyAllah pasti ada yang terkesan juga barangkali,dengan izinNya juga.

Jadi,hargai setiap helaian tazkirah itu,kerana mungkin di dalamnya terkandung hidayah yang kita sendiri tidak ketahui.

Percayalah, hidayah Allah itu ada dimana-mana waima di helaian kertas yang sudah kumal pun.

Menulis itu amanah,menulis itu satu medan dakwah!

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2