Posts

Showing posts from March, 2010

Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul...

Image
by : Abu Umair “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”. “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”. Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat. Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’. Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau t

Kalau Allah itu Maha Baik,Mengapa Buat Neraka?

Image
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di P

Seputar mengenai purdah...

Image
Mungkin agak berat untuk ana memperihalkan mengenai isu ini. Tapi, atas permintaan sahabat ana, ana cuba lunasi juga. PURDAH..bila kita membicarakan mengenai hal ini di Malaysia, mungkin pandangan masyarakat terhadap kita agak ekstremis.Maksud ana, masyarakat memandang orang yang berpurdah ini lagaknya seperti "teroris"..Astaghfirullah..ana tidak bermaksud sebegitu tetapi itu yang ana dapat rasakan dari pandangan mata masyarakat yang melihat golongan seperti ini.Lagaknya seperti melihat makhluk asing yang baru sampai ke bumi. Saudaraku sekalian.. Jujur ana bukanlah seorang yang sempurna dan punya banyak ilmu untuk membicarakan mengenai isu ini. Tapi sedaya-upaya ana cuba untuk mengkaji dan menteliti. Berfikirlah secara rasional apabila membaca artikel ana ini. Mohon jika ada kesilapan diperbetulkan segera, ana berlapang dada untuk menerima. Dalam membincangkan hukum memakai purdah, kita perlu melihat perbicangan ulama terhadap wajah wanita, adakah aurat ataupun tidak. Mazhab

Lobak, telur dan kopi...

Image
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat

Hanya ini yang beriman..

Image
Assalamualaikum.... Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa. Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyar dgn pakaian hitam.. tak nampak apa *****a dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SE

Couple itu indah?....(2)

Image
Apakah keuntungan bercouple? Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi. Penulis fikir jawapan ini memang ada benarnya. Tapi realiti menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabila bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan.remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing sudah stress dan tertekan, ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman penulis, orang bercouple lebih banyak konflik jiwa berbanding orang yang single. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian. Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya menganggu fokus pada pengajian. Jadi elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi. Jadi...berhati-hati dalam percintaan.Kelak masa depan kita juga yang merana. Jawapan 2 : Cepat matang dan bijak

Couple itu indah?....(1)

Image
Apa tujuan bercouple? Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat. Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis, ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan pasangan bercinta teruna dan dara. Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya terjamin? Ini belum tentu terjamin lagi! Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tunang ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi sepatutnya kita perlu banyak berdoa. Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumah

Before and After married..

Image
Before marriage.. I die for you. After marriage..You die, up to you. Lagi lama married.. You die I help you! Before marriage...You go anywhere..I follow you. After marriage... You go anywhere..up to you. Lagi lama married...You go anywhere...better get lost!! Before wedding - "you are my heart, you are my love" After wedding - "you get on my nerves." Before wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella" After wedding - "you are worse than godzila." Before wedding - She looks like Anita Sarawak After wedding - Don't know whether katak or biawak Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill After wedding - Furthest you go is Gasing Hill Before wedding - He opens the car door After wedding - He opens his mouth and snores Before wedding - She / he was your ideal After wedding - She / he becomes your ordeal So beware of the consequences Just For Fun (",) SUMBER : HALAQAH.NET

Aku mahu saham akhirat itu..

Image
"Ishk, kau tengok ni, pendapatan peminta sedekah pun boleh capai sehingga 4 angka. Ayah aku kerja guard pun tak banyak gaji macam ni," kata sahabat ana di suatu petang. "Wah, itu tandanya orang Malaysia ni pemurah, amalan menderma itu masih wujud. Alhamdulillah, masih ada kesedaran pada diri kita ini," ujar ana pula pada sahabat. "Kalau macam tu, senanglah para penganggur, tak perlu bekerja, hanya meminta sedekah sahaja. dah boleh hidup mewah." Ana terdiam sebentar.Memikirkan mengenai hal ini. "Kak, saya ada soalan.Bagaimana kalau kita nak beri sedekah padahal kita tahu yang itu sebenarnya hanyalah sindiket, perlu atau tidak kita bersedekah?" tanya sahabat pada Naqibah. "Mengenai hal ini, kawan akak ada kata. Tidak perlu kita fikirkan ke mana duit sedekah itu akan pergi, yang penting kita ikhlas untuk menderma. Niat kita hanyalah untuk menderma, tak perlu runsing kalau duit itu di guna untuk apa selepas itu. Itu sudah menjadi hal antara si