Posts

Showing posts from 2015

Cerpen Bahagian 2

Berdiri di situ seorang lelaki memegang langsir penghadang antara Jemaah lelaki dan Jemaah perempuan. Wajahnya masih basah tanda baru usai mengambil wudhuk. Tertera nametag di atas poket bajunya, Mus’ab. “Amboih,berhoi-hoi lagi. Tak reti nak beri salam ke?” desis Anis, mencebik. Rakannya yang sedang memegang telefon tadi terus menyorokkan telefon tersebut ke dalam kocek bajunya. “Apa kamu semua buat dekat sini? Dari tadi saya dengar bunyi kecoh di luar surau tadi. Kamu nak buli orang ye?” tanya pemuda tersebut. Bahasanya mula reda. Tadi bukan main tinggi macam petir nak panah bumi. “Eh,kami tak buat apa-apa cikgu. Ini kan surau,mestilah nak beribadah. Tadi kami gurau-gurau je, ye idok?” Madihah menepuk bahu Anis. Lirikan mata diberi pada semua tanda mereka perlu segera pergi dari situ. Aqilah hanya terdiam. Tidak dipandang lelaki itu, tanda malu barangkali cikgu itu mendengar setiap butir bicara pergaduhan tadi. Dia tidak pernah tahu ada guru baru di sekolah ini. Bahka...

Cerpen Bahagian 1

Dingin subuh menjalar di setiap urat tubuhnya. Namun, perjalanan yang jauh mengenyahkan kedinginan itu. Peluh kecil keluar, rasa rimas lalu di lap dengan hujung kain baju kurungnya itu. Lampu jalan masih lagi terang, menunjukkan yang keadaan masih lagi gelap. Matahari fajar kian naik di ufuk. Makcik-makcik yang berniaga kuih dan sarapan sedang sibuk mengemas untuk jualan. Sebentar lagi ramai manusia yang keluar dari perut rumah singgah di kedai jualan ini. Suasana seperti biasa, yang dilalui saban hari olehnya. Sekolah Menengah Kebangsaan Rimba Sakti. Terpampang gah nama sekolah tersebut di papan tanda luar sekolah. Sedikit sahaja lagi langkahan dia akan sampai ke gerbang pintu sekolah tersebut. Langkahannya berat seperti di tarik sesuatu. “Aqilah, apehal kau laju sangat ni, punyalah aku menjerit dari tadi kau tak dengar. Sejak bila telinga kau tuli ni?” Aqilah menoleh ke belakang, dilihatnya Anis sedang menarik beg yang dikendongnya itu dari belakang. Kelihatan Ma...

Dua tahun itu

Image
Masa itu beredar pantas jika di isi dengan segala hal dunia sahaja.  “Bila nak menulis lagi? Aku selalu baca blog kau, sekarang ni dah tak menulis ke?” Kawan menyapa di dalam ruang sosial. Bila mana melihat status saya yang kepingin mahu menulis semula. Dua tahun bukan masa yang sekejap. Dalam masa dua tahun ini, berlaku transisi dalam kehidupan saya. Daripada seorang yang belajar, kemudian bekerja sepenuh masa. Dari seorang yang hanya menunggang motorsikal,sudah mampu memandu kereta. Dari tiada anak saudara, sudah ada 2 anak saudara, dari rumah yang kecil, sudah boleh hidup dalam rumah yang besar bersama keluarga. Dari tidak banyak hutang, sudah makin banyak beban hutang.. Banyak, terlalu banyak! Itu baru dari atmosfera kehidupan saya. Belum lagi kehidupan dunia dan seisinya. Tapi cuma satu perkara yang saya pinta dan masih mahu kekal sampai mati jika Allah izin. Walau selemah mana daya kaki melangkah dan menongkah, mohon saya masih kekal...