Posts

Showing posts from August, 2011

Contest "Andai Ku tahu ini Ramadan terakhir"

Image
Bismillah wa hamdalillah. Mengambil semangat Badar, dengan penuh kesyukuran saya dengan rendah hati menganjurkan satu contest untuk para pembaca. Tajuk cerpen yang telah ditetapkan adalah “Andai ku tahu ini ramadan terakhir”. Anda bebas untuk menulis apa-apa tema sama ada, kemanusiaan, dakwah, cinta, atau sebagainya. Sebagai penilai, saya akan meneliti karya anda berdasarkan tahap kreatif serta mesej yang mahu disampaikan. Jika cerpen ini sesuai untuk dibaca pada semua genre, itu adalah satu kelebihan untuk anda. Wah, dah bagi satu hint ni! Syukran ala kulli hal buat sahabat baik saya yang sudi menaja semua hadiah pemenang. Ini adalah satu penghargaan buat saya yang terlalu kerdil dalam bidang blog dan penulisan ini. Ayuh, sertai! Saya amat meraikan penulisan anda. Tarikh tutup bagi penyertaan contest ini adalah pada 30 Syawal 1432H / 28 September 2011M . Syarat-Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (tidak diwajibkan untuk menjadi fo...

Contest Aku Berpuisi- Sang Penyeru Gagap

Image
Angin debu menampar wajah duka Menghirup udara rimba Segarnya angin tidak mampu membunuh keluh resah di jiwa Kamulah si pendosa Yang mencabar kerajaan Sang Pencipta Layaknya kamu ini cuma hamba yang hina Tapi lakonmu seperti Firaun yang dihidupkan semula Kedatanganku ibarat Musa yang tidak ada mukjizatnya Namun atas rasa berjiwa hamba Aku bangkit untuk berkata Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta Aku tiada tongkatnya si Musa Waima mampu mengeluarkan sinar putih bercahaya Yang aku ada hanya al-Quran dan Sunnah sahaja Itu sudah cukup bagi aku berani berkata Kepada kamu si pendosa Kembalilah kepada Yang Maha Mencipta Hey manusia yang tergagap tutur bicara Usulmu tidak aku ketahui dari mana Sialan mulutmu berkata aku Firaun yang dihidupkan semula Akan ku humban kau ke neraka Pencipta yang dikata Kelak baru kau tahu siapa Tuhan yang sebenarnya! Angin debu menampar lagi wajah duka Alam rimba ini menjadi peneduhku buat seketika Menjadi saksi Sang Pencipta itu Maha Berkuasa Neraka ya...

Sedekah di Hentian Tapah..

Image
Saya,kakak dan ayah, berjaulah hari itu ke Shah Alam. Berehat sebentar menunaikan solat jamak di hentian rehat Tapah. Usai solat, pergi menemani kakak yang kelaparan. Saya memerhati sekeliling sementara menunggu kakak membeli makanan. Ramai orang yang singgah untuk makan. Menariknya melihat keluarga Cina yang makan rendang dan ketupat palas, memang jiwa malaysia ni.Tapi bukan itu yang menarik pandangan saya, dari kejauhan memerhati susuk tubuh si kecil. Memegang sesuatu di tangannya, pergi dari meja ke meja. Saya tahu akhirnya pasti si kecil ini ke meja saya juga. Dan.. “Kak, ni saya ada jual benda ni, duit derma untuk anak-anak yatim. Kalau akak taknak beli pun takpe, derma seikhlas yang akak nak beri,” ujar si kecil itu. Saya menjangka dia masih bersekolah lagi.Mungkin dalam lingkungan 12-13 tahun. Saya tersenyum. “Takpe dik, terima kasih ye.” Lalu kakak menegur,” Baru nak cakap, kenapa tak bagi je duit.Dah tadi dia kata derma je seikhlas yang nak diberi.” “Bukan ...

Ya Allah,siapalah saya ini..

Image
S aya tidak menyangka. Ketika karya saya dikeluarkan di web Iluvislam, ramai yang bertandang ke blog saya, malahan menjadi rakan di facebook dan ada juga yang menghantar emel untuk bertanyakan pendapat dan masalah. Ya Allah, tatkala ini saya bermuhasabah. Siapalah saya ini. Saya tidak layak untuk berbangga. Semuanya ini adalah ujian untuk saya. Adakah menulis keranaNya atau kerana nama. Apa yang saya ada cuba untuk saya berkongsi rasa. Hinggakan orang menjadikan saya sebagai tempat rujukan, itu dan ini bertanya. Itu kerana mereka punya rasa percaya yang tinggi kepada saya. Rasa kepercayaan itu mendorong mereka untuk bertanya. Anda percaya kepada saya walau tidak mengenal secara realitinya. Bukanlah saya mengatakan saya ini hanya berpura-pura, tetapi sedaya upaya saya mahu menjadi kuli Allah yang terbaik. Saya ini bukanlah seorang yang sempurna hingga orang lain menganggap saya ini punya kehidupan yang baik. SAYA DAN SEKOLAH! Saya juga punya masalah. Hingga saya pernah jat...

Inilah bekal yang terbaik!

Image
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, [Al Baqarah:183] “Rasanya, apa pesediaan yang paling penting sebelum kita menyambut Ramadhan yang pertama nanti?” saya menyoal ahli usrah ketika sesi tazkirah. Jawapannya pelbagai. Ada juga yang diam bersahaja. Lalu saya tersenyum dan bersuara. “Persediaan yang paling utama adalah kita memohon taubat dan keampunan yang sebanyak dan sesungguhnya kepada Allah. Supaya hati kita yang kotor dan hitam ini dapat dibersihkan dengan siraman taubat.Ingatlah, hati yang bersih, mampu meresapi semangat ramadhan.Inilah motivasi kita.” Setelah sebelas bulan kita menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi, diri kita yang tercedera semasa sebelas bulan ini dengan serangan jahiliyyah dan kaum Api, maka Allah menghadirkan kita satu bulan yang penuh rahmah dan barakah. Bulan yang mana kita berpesta dengan ibadah yang sebanyaknya. Tiada hasutan dari kaum Api. Jika ...