Posts

Showing posts from July, 2011

Allah mahu kita jadi baik..

Image
Setiap orang punya potensi untuk menjadi baik. Kerna mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia. “Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk antum baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah jua yang menggerakkan hati-hati antum. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang Sister pada sesi sharing. Kita mahu menjadi baik. Tapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu? Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan? Err..baik itu macam mana sebenarnya? Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain. Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan. Jawapan saya,tidak cukup baik. Kerna anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim. Apa tu hak sesama muslim??? Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ...

Dalam usrah kita suburkan ukhwah..

Image
Ada satu perkara yang membuatkan saya sentiasa gembira dan teruja. Tatkala saya menghadiri usrah. Rasanya berbeza dengan pergi ke kuliah. Mungkin suasana dikelilingi dengan orang-orang yang mahu mengejar redha Allah,menjadikan saya insan yang begitu menguja. Ramai yang bertanya,bukan sedikit. Energi apa yang membuatkan saya jadi begini. Lantas saya tersenyum, dan mengatakan. Inilah Sinergi Iman. Mujur cuti semester yang panjang ini saya masih punya ruang untuk menghadiri usrah. Berjumpa dengan orang-orang yang tidak saya kenali, membuatkan kadang-kadang diri rasa tidak betah. Tapi itu tidak lama, tidak sampai seminit dua, kemesraan dan ukhwah itu terjalin secara automatik. Seperti ada tenaga asing yang menggerakkan kami untuk bermesra, bercoletah dan berkongsi ilmu dan rasa. Ya,itulah tenaga Iman. Kenapa perlu usrah? Satu jawapan jelas yakni untuk meneruskan survival dan menstabilkan iman. Segala-galanya berputar tentang iman. Kerana iman adalah paksi untuk sega...

Bersenang dengan dosa,bersusah dengan neraka..

Image
Saya termotivasi oleh satu perkara! Mungkin ini biasa didengari oleh anda,tetapi bila anda memahami dan memerhati dengan lebih mendalam, ia bisa membuatkan anda melompat dari tempat duduk. Hammasah! Oh,apa perkara yang motivasi sangat tu? Bila saya memahami bahawa hidup kita ini terlalu singkat, dan segala perkara kejahatan dan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan dihitung untuk tiga alam yang lain pula. Justeru,masih ada masakah untuk saya bersenang-senang dengan dosa? Saya ada mendengar satu pepatah, Manusia ini lahirnya disambut dengan azan/iqamat dan meninggalnya manusia disambut dengan solat.Jarak antara azan/iqamat dengan solat itu alangkah singkatnya. Begitulah singkatnya masa hidup kita di dunia. Terlalu singkat, hingga saya merasakan tidak cukup nafas untuk menyatakan betapa kerisauan mula menyelebungi diri. Banyak tanggungjawab dan amanah yang masih saya tidak lakukan lagi. Masih ramai lagi orang yang perlu saya seru, masih banyak lagi ruang diri yang perlu ...

Oh Media, bebaskan dirimu!

Image
“Anak akak lapar ni,semua kedai tutup.” “Eh, puan tak tahu ke hari ni ada perhimpunan BERSIH,menyusahkan orang betul.” Anda pernah dengar dialog ini? Saya mahu mengulas panjang lebar. Namun cukup sekadar saya mencoret sesuatu agar ada generasi yang mahu melihat dan membuka hati dan fikiran. Saya tegaskan bahawa saya bersikap neutral. Tiada isu paksaan atau kepartian yang saya mahu lampirkan. Cuma keluhan dari seorang rakyat yang amat jelek dengan sikap media yang terlalu paranoid pada isu yang melibatkan parti pembangkang. Isunya adalah media! Saya tidak melihat suatu ketelusan yang ada pada media kini. Saya tekankan media adalah televisyen dan radio sahaja. Sebagai seorang anak muda yang memerhati perjalanan politik negara secara sambalewa, saya tetap kecewa. Kecewa dengan sikap mereka yang meletakkan provokasi hinggakan minda rakyat terpengaruh dengan amat hebatnya. Saya tidak nafikan, televisyen merupakan media yang paling berpengaruh untuk mengawal minda. Jika anda pe...