Posts

Indahnya nikmat bersaudara..

Image
"Akak,azura danish tu siapa?" "Alahai,azuralah.Kakak wani,yang duduk dekat dengan rumah kita tu,"balas kakak ku. "Oh,ingatkan siapa lah.Tiba-tiba je tanya aku belajar kat mana,sekarang buat apa,padahal kalau aku balik rumah tak pernah aku tegur pula." "Itulah,orang yang sekampung,kalau jumpa kat mana-mana mesti saling kenal punya padahal sebelum ini,nak tegur pun susah.Itulah namanya kalau dah bersaudara takkan kemana,"ujar kakak ku. Benar apa yang diperkatakan oleh kakak ana.Hal ini sudah lama ana menyedarinya. Kalau kita berada di luar lingkungan kampung,jumpa orang sekampung pasti kita tegur walaupun di kampung, nak tegur-menegur pun cukup susah. Apatah lagi kalau kita dalam keadaan merantau, siapa lagi yang diharap lagi ketika itu kalau bukan kawan-kawan juga.Kalau jumpa orang sekampung,kecoh dibuatnya.Teruja, gembira semua rasa bercampur dalam satu jiwa. Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka ...

Cuba rasakan..

Image
Cuba rasakan nikmat kesedihan Rasa itu apa..?? Tak bisa diungkapkan dengan beribu kosa kata.. Tak bisa dituliskan dengan tinta sebelanga.. Rasa itu dimana..?? Tak terlihat, tak terdengar dan tak tersentuh.. Mungkin jika bicara rasa, akan ditemui banyak perbedaan dari kita mendefinisikannya.Tapi sebenarnya semua perbedaan itu bermuara pada satu..iaitu HATI.. Terkadang rasa itu terluka.Berdiri di atas keterpurukan.Seakan tak sanggup bertahan.Bahkan melangkah kedepan. Tapi,cuba kita lihat persoalan itu dengan hati yang lebih terbuka.Dan bertanya pada diri, " Bukankah itu adalah kenikmatan?". Ya,disaat itula hkita lebih bisa mengambil banyak pelajaran.Merasakan kehidupan yang sebenarnya.Tanamkan bahawa bukan hanya bahagia yang ada di dunia,Tapi juga ada duka. Dua hal itu yang akan selalu berjalan beriringan dalam perjalanan hidup kita.Dengan keihklasan hati,mengajar erti kesabaran dan terlatihlah kedewasaan. Rasakan setiap kenikmatan nyata pad adiri kita.. Semua, istimewa dari Al...

Hebatnya perancangan Allah..

Image
Firman Allah s.w.t yang bermaksud “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Ali-Imran:185) Seperti yang dirancang oleh Naqibah, pagi Ahad ini kami merancang untuk menjalankan aktiviti gotong royong di sebuah kawasan perkuburan di Klang.Sepatutnya rancangan ini dijalankan pada pagi Sabtu tapi ditunda akibat hujan.Risau dengan keadaan tanah kubur yang berlecak katanya. Motor honda EX5 itu menderu laju di atas jalan raya membelah kabus pagi.Terasa nyaman hingga ke pundak kepala rasanya menikmati udara pagi yang penuh segar.Walaupun cermin mataku kabur kerana dipenuhi wap kabus tapi menikmati nikmat pagi ini tetap takkan disi-siakan.Perjalananku menuju ke kawasan kediaman kawan, kerana mereka tidak tahu jalan ke kawasan perkuburan. Tepat pukul 7.30 pagi kami sampai di kawasan perkuburan.Alhamdulillah jumpa juga sebab ana inga-ingat lupa jalan nak menuju ke arah Hospital Besar.Naqibah sedia menanti kehadiran kami. Tanpa melengahkan masa kami menjalankan aktiviti.Kawasan di bahagi kepada 4.An...

Jangan tergelincir dari landasan iman..

Image
Artikel ini ana dapat dari seorang teman melalui emel : Na'uzubillah.... PENTING! Pengakuan Ikhlas Seorang Umat Islam KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!! Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya...

Ku pilih jalan mujahadah...

Image
"Ya Allah,janganlah Engkau hinakan aku.Biarlah seluruh manusia menyisihkan aku.Aku tidak peduli,tetapi sesaat Engkau berpaling daripadaku,pasti aku akan kecundang. Ya Allah,tetapkan imanku.Hidupkan aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam keadaan beriman.Berikan kejayaan kepadaku dunia dan akhirat." "Sesungguhnya Engkau adalah benar,NabiMu adalah benar,KitabMu adalah benar,janjiMu adalah benar,syurgaMu adalah benar,nerakaMu adalah benar,segala apa daripadaMu adalah benar.Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hidup ini.Bantulah aku dalam menghadapi mereka yang ku anggap musuh,orang yang membenci ku, orang yang memfitnahkan ku dan orang orang yang menzalimi ku.Tiada daya dan upaya melainkan hanya denganMu.Engkaulah Maha segala-galanya.Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin." Ku mula bicara ini dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Setiap manusia itu tiada yang sempurna dan semaksum Nabi. Tetapi perjuangan untuk agama tetap akan berterusan hingga saat keha...

Kita diserang!!! (2)

Image
Dengan nama Mu ya Allah.. Ini adalah sambungan bagi artikel sebelum ini.Telah ana huraikan mengenai 5F.Mari kita lihat pula apakah pula 4S tersebut. 6. SMOKING (merokok) Perlu di ketahui bahawa rokok adalah salah satu medium paling berkesan dalam ghazwul fikri ini selain dari hiburan dan sebagainya.Berapa ramai bilangan yang mati hanya kerana penyakit puncanya dari rokok?Berapa ramai yang ketagih kerana rokok?Biar harga rokok naik pun mereka tidak kisah. Ana pernah berkata kepada ayah ana.Kalau lah duit yang diguna untuk membeli rokok itu disimpan, sudah tentu ayah ana salah seorang jutawan Malaysia sekarang ini, mungkin boleh duduk sebaris dengan Syed Bukhari. Agak sukar menerima,apakah yang best sangat tentang rokok ini.Ana pun tak tahu.Terhidu bau asap pun ana sudah sesak nafas.Menghisap dan ketagihan hanyalah satu masalah.Ingatlah,berapa banyak duit yang kalian sumbangkan hanya pada sekotak rokok? 7. SPORT (sukan) Mungkin kalian tidak pernah terfikir bahawa sukan juga salah satu da...