GrEP MARA: PART 1

Baiklah, ini permulaan cerita bagaimana korang nak uruskan borang setelah korang layak diterima untuk ditaja bagi pengajian korang.


Pertama kali, korang kena tengok senarai semak yang MARA berikan.

Tak semua senarai semak itu korang perlu sediakan.

Tengok gambar kat bawah.



Dalam butir pemohon, kalau korang bekerja kena beri surat perletakan jawatan atau pengesahan cuti dari majikan korang sekarang.

Begitu juga bagi mereka yang mengikuti pengajian luar negara, perlu sediakan IELTS yang overall kena 6.5 regardless each components! Yang penting overall lepas band 6.5 itu MARA dah accept. Tapi nak tak nak kemasukan universiti sangat pentingkan setiap komponen, kena melepasi bar minimum 6.0 dan overall band 6.5. Ini bergantung pada kursus yang korang ambil dan dari universiti mana. Kalau LAW, kena band 7, Universitiy Cambridge nak band 7.0..begitulah

Untuk surat tawaran universiti, kalau masih bersyarat, boleh ke hantar juga?

Boleh, sebab tawaran universiti tu bergantung pada syarat mereka. Kekadang letak syarat nak financial affidavit dari penaja, nak original transkrip dari kita dan sebagainya..maka proses ini memakan masa.

Jika tak sempat, hantar sahaja surat tawaran bersyarat dahulu.

Untuk butiran ibu bapa, Borang BE itu adalah borang cukai. Jika mak ayah ada bayar, sediakan. Kalau dah tamat atau bersara, tidak perlu lah.

Kalau tak ada surat tawaran universiti lagi macam mana?

Nasihat aku, hantar sahaja borang MARA yang kehendaki pada masa yang ditetapkan. Jika tidak lengkap senarai semak, tidak mengapa! Usulkan surat memberitahu lewat menghantar dan justifikasi sekali. Aku dulu pun hantar surat tawaran lambat sebab memang proses nak dapatkan surat tu lambat. Jadi aku hantar apa yang aku ada dahulu.

IELTS & PTE

Kalau korang dah ada IELTS lama, dan taknak ambil IELTS lagi boleh ke?

Untuk kes aku, tempat kerja aku kena pastikan pensyarah kena memiliki IELTS Band 7. Tetapi tempat aku mengajar, tidaklah menghantar kami ke Bristish Council untuk ambil IETLS itu. Cuma kami ambil IELTS Equivalent sahaja. Maksudnya internal IELTS dan pastinya keputusan ini tidak boleh digunakan untuk memohon universiti luar negara. Tetapi aku gunakan keputusan IELTS Equivalent aku ini dan hantar kepada MARA bersama justifikasi surat aku taknak ambil IELTS. Alhamdulillah MARA terima.

Jadi, kalau korang kena ambil IELTS kat tempat kerja tu, satu kelebihan.

Kalau sebelum ni korang ambil IELTS, ingat ia hanya sah 2 tahun sahaja! Lebih dari itu, MARA tidak terima. Kena ambil juga peperiksaan ini.

Yuran IELTS sekarang RM795. Mahal kan!

Korang boleh ambil di British Council atau di IDP, kalau nak cepat ambil ujian komputer. Keputusan dalam masa 7 hari sahaja. Berbanding ambil secara ujian bertulis, keputusan dalam masa 14 hari.

Mana lagi mudah?

Senang kata, ikut rezeki korang.

Sebab aku dah ambil dua cara ini.

Pertama, aku ambil di IDP Subang Jaya. Aku tak praktis, tapi kali ini aku teruk di bahagian writing macam biasa. Ini aku tak study langsung. Begitu yakin ye aku melangkah. Tapi aku tak berjaya.

British Council di Kuala Lumpur. Ujian lisan itu teruk ye aku kena insult dengan pemeriksa dia. Aku hampir je nak buat report. Tapi kemudian aku malas. Dan ternyata keputusan lisan aku paling teruk untuk itu. Ini aku ambil ujian komputer.

Oh aku ambil IELTS ini sebab universiti aku minta.

Lepas itu aku ambil PTE. Another test language yang diiktiraf juga. Lebih murah dari IELTS. Hanya RM600. PTE ni lebih mudah dari segi writing tapi sangat tough pada ujian lisan. Sebab speaking test kau kena cakap dengan komputer. Maka accent, lantunan suara yang kemas dan sebagainya kena pandai lah adjust. Otherwise, komputer tak dapat detect words yang kau cakap tu dan akhirnya markah kau teruk!

Ok, aku memang takda rezeki pada speaking test dekat PTE.

Akhirnya apa aku buat?

Aku tukar universiti!!

Hahahha..geram betul aku.

Pada mulanya aku memang dapat University of Warwick. Dan MARA dah keluarkan surat tawaran aku atas nama universiti ini pun. Tapi aku tak lepas IELTS mereka bagi setiap komponen tu, maka aku berusaha cari universiti lain.

Dan akhirnya aku dapat University of Edinburgh di saat akhir dan UoE terima aku tanpa perlu IELTS sebab aku dah graduated dari Australia not more than 3 years. Feww!

Kisah aku cari universiti ini berliku juga.

Next aku ceritakan pada korang bagaimana nak cari universiti dan penyelia untuk pengajian PhD pula.

Tuntasnya, korang hantar secepat mungkin borang MARA itu bersama senarai semak yang korang miliki dahulu. Jangan lupa untuk sahkan setiap salinan ye!

Dah hantar semua borang tu, korang tunggu dan chill sahaja untuk dapat email dari MARA yang akan hantar pada korang surat tawaran dan kontrak dokumen jika semua senarai semak lengkap. Kalau tak lengkap, MARA akan telefon untuk lengkapkan senarai tu.

Ok jelas semua?

Good.

Tunggu next part  aku cerita untuk tips mencari universiti dan penyelia.

 

 

 

 

Comments

19ohfour said…
Hi nak tanya, lepas dah submit borang and senarai semak dekat MARA, anggaran dalam berapa lama dia akan contact balik berdasarkan pengalaman?
Suhana said…
Hi, kebiasaannya sebulan. Bergantung nasib juga.. kalau borang semua lengkap, boleh sentiasa keep update after 2 week dengan MARA.
lana said…
Salam sis. nak tanya. if sy apply university dekat luar negara just nak apply untuk dapat offer letter boleh ke? kalau sy dah apply tapi tak dapat pergi sebab contoh tajaan tak berjaya, nak kena bayar apa2 tak?
Suhana said…
Wassalam wbt Iana. Kebanyakan universiti di UK tak perlukan bayaran apa-apa untuk permohonon, begitu juga di Australia dan New Zealand, US juga rasanya. Universiti di Eropah, Jepun, Korea, China etc ada juga yang perlu proses yuran permohonan.. Boleh tengok proses permohonan di universiti yang cik nak mohon itu.
Aisyah B. said…
Hi. Tumpang tanya. Saya ada niat nak sambung study and bila tengok requirement MARA untuk IELTS kena dapat band 6.5. So saya just nak tanya. Katakan lah permohonan MARA buka bulan April 2021. So sebelum April 2021 ke saya kena ambil IELTS ya? If tengok based on course saya di uni yg saya plan nak pergi, start belajar pada bulan 9. Pernah jugak tanya org MARA. Diorg kata IELTS ni boleh ambik selagi belum fly. Tapi mcm tak logik pulak if MARA dah approve kita tapi IELTS still tak lepas lepas?
Suhana said…
Hi Aisyah..yup, you can delay submit the IELTS result..it's ok..and for this year, GrEP 2021 dah keluar tapi akan keluar 2kali..for intake September, you have apply second intake nanti. All the best =)
Lina said…
Salam Suhana. Saya baru je notice MARA dah buka GrEP2021 harini and last date nya 19 March.. Tapi saya belum ada apa2 offer ketter (Conditional/unconditional) dari mana2 universiti. My question is, sempat ke untuk saya dapat kan surat tawaran daripada universiti luar dalam tempoh kurang daripda 2 minggu ni ? better buat sendiri or pakai agent ?
Terima kasih Suhana :)
Suhana said…
Wassalam wbt Lina,

Nak sambung universiti mana dan negara mana? Kalau tak sempat mungkin boleh tunggu second intake dari MARA dalam bulan Ogos macam tu. Macam mustahil untuk dapat surat tawaran tidak bersyarat kurang dari dua minggu.
Suhana said…
Wassalam wbt Lina,

Nak sambung universiti mana dan negara mana? Kalau tak sempat mungkin boleh tunggu second intake dari MARA dalam bulan Ogos macam tu. Macam mustahil untuk dapat surat tawaran tidak bersyarat kurang dari dua minggu.
Lina said…
Thanks Suhana for your speedy replies. Perancangan saya adalah untuk melanjutkan master di UK , France atau Australia. Boleh tak awak suggest better pilih universities dari negara mana untuk mendapatkan peluang tawaran biasiswa dan dipilih oleh pihak MARA atau sebenarnya MARA tak tengok pun negara mana as long as ada offer letter. Saya juga baru contact Miss Joanne daripada Tedvisory dan dia advise perkara yang sama mcm Suhana mentioned which is tunggu second intake. :-)
Suhana said…
Hi Lina,

You've to check at website QS World Ranking which University yang ada dalam Top 20/Top 10 seperti yang MARA nak. Senarai universiti mereka akan semak di website tersebut. Top universities based on your subject. You can check there, all the best! Mai datang Edinburgh je.. Hah!
Anonymous said…
Salam Suhana, untuk top 10 QS ranking based on subject tu, maksudnya kalau uni tu kene top 10 di negara tu atau di dunia. Contoh uni manchester nombor 18 di dunia but in the uk top 5? Terima kasih
Suhana said…
Was salam wbt.

Top 20 di UK/US, Top 10 di negara selain itu.
Salam,

Nak tanya, apa yang dimaksudnya dengan pinjaman boleh ubah untuk GrEP ni ya
Zarrif Nordin said…
Assalamualaikum,

Saya submit dekat Mara PTE, tapi harini bila saya check status, dia kata dokumen tak lengkap and saya kena submit IELTS or TOEFL. Kalau saya still adamant nak guna PTE takde masalahkan? Ataupun saya kena discuss dengan pihak Mara?

Untuk pengetahuan puan PTE sy scored 66 ataupun kalau ikut ielts 7.0, toefl dalam range 95-98. Sebab nak repeat balik untuk toefl atau ielts sgt costly.
Zarrif Nordin said…
Assalamualaikum,

Saya submit dekat Mara PTE, tapi harini bila saya check status, dia kata dokumen tak lengkap and saya kena submit IELTS or TOEFL. Kalau saya still adamant nak guna PTE takde masalahkan? Ataupun saya kena discuss dengan pihak Mara?

Untuk pengetahuan puan PTE sy scored 66 ataupun kalau ikut ielts 7.0, toefl dalam range 95-98. Sebab nak repeat balik untuk toefl atau ielts sgt costly.
Suhana said…
Wassalam wbt Zainee,

Pinjaman boleh ubah maksudnya boleh diberi pemotongan diskaun jika tamat belajar.

Suhana said…
Wassalam wbt Zarrif,

PTE tak semua terima, kena bergantung kepada institusi tersebut. MARA mungkin hanya terima IELTS atau TOEFL saja. Mungkin kena berbincang dengan MARA kalau risaukan tentang kos.
Terima kasih atas info Puan Suhana. Boleh ke saya tahu berapa percent diskaun yang diberi selepas tamat belajar ya.
Suhana said…
20% bayaran balik kepada MARA jika tamat belajar pada tempoh yang ditetapkan. Jika extend bayaran semula 50%.
Liyana said…
Hi suhana, i search u on linkedin hehee. found that u got Ts. ur profile is all civil engineering. hence, for Ts i really tot for IT. IR for engineering. can u clarify ? sorry if doesnt quite related to this post. second, u master @ australia guna GreP juga ke ye? or fully own sponsored?
Suhana said…
Hi Liyana,owh ada 23 bidang teknologi yang ada dalam MBOT. Untuk civil engineering, boleh masuk dalam bidang building and construction, itu lebih ada kaitan. Bidang lain boleh juga macam green technology, oil and gas etc bergantung kelulusan dan kepakaran dan pengalaman kerja berkaitan. Ingineur (Ir.) memang untuk kelulusan engineering sahaja dan perlu ada kelulusan kejuruteraan.

Kedua, master saya dahulu tajaan MARA juga tapi dibawah program Pascasiswazah Luar Negara. Program tu dah tak ada dan diganti nama GrEP pula.
Unknown said…
Hai miss, if Kita Master in research still boleh apply lah utk GREP under PHD punya Terima Kasih Miss.
Assalammualaikum
Suhana said…
Hi, kalau Master apply under master juga sebab kena based on offer letter the program stated.
Unknown said…
Hai miss, maaf salah soalan...
My question is, if master in research masih bolehkah kita apply utk GREP utk futher time bgi program PhD..or hanya utk master course work and mixed mode sahaja yang applicable..
Kerana syarat utama kena atleast 3.50 pada peringkat master..
Terima kasih Miss..
Suhana said…
Hai!

Oh maksudnya nak sambung PhD guna Master in Research eh? Boleh je, dekat CGPA tu just letak lulus/gagal sahaja. Sebab saya dahulu dekat Master dekat Aus takde CGPA, cuma ada WAM, jadi saya letak lulus sahaja. Mungkin boleh guna cara tu. Kalau CGPA tak lepas, it's ok, MARA akan consider pada pengalaman kerja, tak sure more than berapa tahun..ada dalam syarat GREP rasanya.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Saya ada soalan nak tanya,

Kalau belum mohon mana-mana universiti masih boleh apply untuk GREP Mara ni ke?
Maksud saya, nak mohon GREP dulu, lepas tu baru mohon universiti. Boleh ke macam tu?

Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Sepatutnya dah kena ada, tapi kalau tak ada lagi, masih boleh apply, letak universiti yang kita nak pergi dan apply nanti.
osman said…
Hello semua,
Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur ​​dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina:.........
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
4) Tempoh Pinjaman:.........
5) Negara:.........
6) Alamat Rumah:.........
7) Nombor Telefon Bimbit:.........
8) Alamat e-mel..........
9) Pendapatan Bulanan:.....................
10) Pekerjaan:..........................
11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel arabloanfirmserves@gmail.com
Anonymous said…
Salam Suhana, nak tanya. Saya dulu masters kat UK under mara guna English test PTE (graduate tahun 2014). Tahun ni Alhamdulillah permohonan GrEP saya subject to IELTS baru masuk meeting, saya rasa ni sama macam kelulusan bersyarat. Supervisor saya minta tanya MARA if MARA boleh waived English test sbb dia sokong since saya dulu study since my offer Uni is unconditional. Tapi tu la MARA sekarang terima IELTS je kalau baca guidelines tahun ni. Plus tak sampai hati nak kacau pegawai MARA. Should I just proceed untuk ambil IELTS, or awak rasa ada chances tak if saya tanya pegawai Mara?
Suhana said…
Wassalam wbt.

I have my friend further her PhD and she asked the same questio to me. I said why not just get a try? Her luck and MARA waive the IELTS (she did the IELTS back then 2014 as well). Worth to try, why not?
Anonymous said…
Hi terima kasih untuk info ini. Saya nak tanya, boleh saya dapatkan soft copy borang semak dan borang kesihatan? Boleh email saya ke nmhazim13@gmail.com
Suhana said…
Hi,

Saya tak pasti ada ke tidak lagi dalam simpanan, kalau ada saya akan emailkan ya!
Unknown said…
Hi,assalamualaikum

saya ingin bertanya berkaitan surat tawaran universiti. kalau baru ada surat tawaran bersyarat adakah blh digunakan untuk mohon grep mara dan adakah perlu dapatkan surat yang tidak bersyarat secepat mungkin?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Kalau ada unconditional offer lagi bagus. Tapi kalau ada conditional offer pun, rasanya masih boleh mohon, sebab ada universiti yang perlu bayar deposit untuk dapatkan unconditional offer.
Unknown said…
Hi saya nak tanya if saya dah ada conditional letter berapa lama pihak mara bagi untuk submit unconditional letter ? dan adakah kita perlu buat surat menyatakan belum dapat unconditional letter kepada pihak mara?. Selalunya berapa tempoh mara bagi untuk submit unconditional letter?
Suhana said…
Hi,kalau permohonan berjaya, nak hantar lepas itu pun boleh rasanya. Kalau dapat awal sebelum keputusan keluar pun boleh juga. But as I said, might be year 2023 lain skit tapi common practice macam tu je sebelum ni.
Hai said…
Hi, sebelum tu nak maklumkan, saya pernah aply mara tapi 1st aply saya tak lepas sebab masalah blacklist.selepas pemutihan, saya aply sekali lagi. Time tu saya dah pun menduduki exam yang pertama.disebabkan cgpa saya tak capai seperti yang dikehendaki oleh mara, sekali lagi saya gagal. Soalan saya, bolehkah saya mohon mara untuk universiti lain ( saya tukar universiti dan course ). Jika boleh, adakah saya perlu menyertakan cgpa lepas saya?
Terima kasih
Den Cuso said…
Assalam Suhana.

Nak tanya, saya baru submit Grep Mara, and bila saya semak, saya terlepas pandang untuk masukkan pengalaman kerja sebelum ini. Saya cuma masukkan pengalaman kerja semasa, which is 2.5 tahun (masih bekerja). MARA require 3 tahun. Adakah saya masih ada peluang? :(

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2