Graduate Excellence Programme (GrEP) 2020

Fuh, dah lama aku tak update blog aku ni.

Memandangkan pelbagai soalan aku terima dari media sosial aku berkenaan GrEP ini, maka lebih baiklah aku ceritakan secara terperinci dalam blog aku ini.

Tahniah pada korang yang jumpa blog aku ni..haha

Aku bukan staf MARA, tapi aku pelajar tajaan MARA bagi GrEP 2019.

Sekarang aku belajar di University of Edinburgh, UK untuk pengajian PhD (Civil Engineering). Doakan aku untuk tamat dengan cemerlang dan masa yang ditetapkan keh!

Aku juga dapat tajaan MARA untuk program Pascasiswazah MARA 2014/2015 bagi pengajian Master dan masa tu aku diterima belajar di University of Wollongong, Australia.

Jadi, eloklah kiranya aku berkongsi proses untuk korang selesaikan apa yang patut.

Yang tak layak jangan bersedih, korang ada harapan untuk buat rayuan juga.

Untuk pengetahuan korang, aku adalah pelajar terakhir yang fly..haha..banyak sangat rintangan aku. Nanti aku ceritakan juga kenapa dan bagaimana akhirnya aku sampai kat UK tanpa aku pinta. Wah gitu!

Stay tuned.

Feel free to comment, harap aku ada masa untuk reply mesej korang ye!

Ok sambung next untuk proses GrEP ini.

Anyway, ada lagi satu program tajaan MARA namanya World Top Universities (WTU). Korang mesti baru habis buat ujian psikometrik hari tu kan? Jadi tips aku ni berguna juga untuk korang yang bakal terima tajaan untuk program WTU tu.

Selamat menguruskan dokumen korang!

Comments

Chira Ariana said…
Babe...aku pon sama ni tgah apply tp grep 2020 dlm negara...dah lpas dah soalan psikometric ke ape tu kan...ni die suh upload2 dah ni...doakan dpt gak weyh...
Suhana said…
InshaAllah dapat dah tu. Tinggal submit borang, dapat official offer letter, siapkan kontrak je lagi.
Anonymous said…
Salam. Kalau dah sampai stage submit borang lepas psykometric tu maksudnya kita dh berjaya dpt pinjaman ke? Sbb takde ckp "anda berjaya" bila check haritu. Risau gak ni
Suhana said…
Memang dah berjaya cuma bersyarat, dan kena lepas syarat. Kalau tidak MARA akan minta kita lengkapkan perkara yang tertinggal dalam borang semakan. Paling penting, university ranking dalam list, IELTS lepas dan penjamin tidak blacklist dengan MARA. InshaAllah semua ok sahaja.. Tahun lepas ada kes terlepas tidak lepas syarat tapi ditawarkan, but they managed to get rayuan from MARA sebab tinggal nak fly je lagi, tengok-tengok kata tak layak. Not on their fault, so buat rayuan and alhamdulillah lepas.
Nura said…
sis, tumpang tanya. takpe ke ye agak2 kalau terlupa letak "ipt dlm negara" dan nama uni yg kita akan sambung? before submit tu dah check tapi bila kat slip pengesahan tak keluar pulak. seram ni huhu bila nervous ni sekecil2 benda tersilap pun jadi takut :')
Unknown said…
Assalamua'laikum,sis.nk tnye pendapat sis (1) berbaloi x kita apply GREP utk lanjutkn pelajaran kita? (2) Selepas tamat pengajian, berapakah yg akan kita byr balik semula atau ada possibility jadi penajaan penuh? Maaf bertanya soalan mcm ni...tgh dlm dilema..
aydanini said…
hi sis. Nak tanya dkt borang permohonan MARA ad bahagian pengesahan pengajian (dalam negara sahaja). Siapa yg perlu sahkan ya?
atiqah syahirah said…
hi salam, nak tanya kalau ambik grep/wtu lepas da habis study tu mmg dia full scholarship atau still kne bayar? berapa percent ye kene bayar?
Suhana said…
Salam wbt..

Maaf lambat balas, sepatutnya letak sebab itu salah satu syarat untuk diterima berdasarkan IPT kita, tapi untuk dalam negara mungkin ada kelonggaran sedikit. Dah diterima ke?
Suhana said…
Wassalam wbt.

1- Kalau ada perancangan untuk pergi belajar ke luar negara, ianya berbaloi. Tapi perlu ada perancangan untuk apa seterusnya kalau kita dah habis belajar. Ini juga peluang terbaik kalau nak merasa pengalaman bekerja di luar negara. Bergantung pada keadaan dan perancangan saudara/saudari.

2. Selepas pengajian perlu bayar balik 20% dari jumlah tajaan. Tiada possibility untuk penajaan penuh bagi pelajar pascasiswazah.

Semoga Allah bantu saudara/saudari dilorongkan jalan terbaik untuk memilih.
Suhana said…
Pegawai atasan gred A untuk kerja kerajaan. Dalam erti kata, sesiapa yang boleh beri pengesahan sijil juga.
Suhana said…
Hi and salam.

20% dari jumlah tajaan kalau lulus. Kalau gagal perlu bayar semula 100%. Kalau ada extension 50% dari itu.
Syaza said…
This comment has been removed by the author.
Syaza said…
Assalam sis, nak tanya. Lepas dah hantar borang semua lama tak untuk dpt offical contract tu semua ? Sbb application sy dah complete and hantar tu semua utk di semak tapi senyap je since november haritu . Sesei pengajian dah nak habis utk sem 1 ni huhuu..
Suhana said…
Wassalam wbt Syaza.. Untuk pengajian dalam negara ke? Kalau boleh follow up, buatlah demikian..sebab selalunya lepas tu sebulan atau dua bulan proses.. kalau rajin untuk follow up silakan.. =)
Natasya said…
Hi Suhana, nak tanya.. Time buat buat Masters dulu dekat Australia u under Mara juga yea? Since application this year belum buka (taktau akan ada or not since Covid pun makin teruk), patut ke i apply uni in UK/Aus siap2 and buat IELTS since my IELTS dah expired more than 2 yrs.
Suhana said…
Hi Natasya!

Yup, masa Masters dulu dekat Aussie and under program MARA (Pascasiswazah MARA 2014). It depends on you, if you have extra money to spend untuk buat IELTS sesiap pun ok. But my suggestion, hold IELTS dulu (ni untuk MARA), if you graduated from abroad, boleh guna kelayakan tersebut untuk dapat unconditional offer letter. Kena semak syarat English university tersebut, ada yang bagi tempoh 2 tahun dari graduated etc..In fact, kalau graduate local pun, you can provide surat from your faculty and stated your degree program taught in fully English. Kalau UK, boleh guna result SPM (cambridge cert)..banyak cara untuk tak perlu ambil IELTS semula just untuk dapatkan offer letter from university. Kalau MARA ada buka tajaan lepas tu, boleh lah prepare untuk IELTS after that. Harap membantu and good luck =)
Anonymous said…
Hi! Seronoknya sambung belajar di luar negara. Saya bercadang nak sambung masters di Australia. Harap Suhana boleh sharekan pengalaman sambung belajar di Australia dan cara Suhana apply loan MARA untuk sambung pengajian kat sana :-)
Suhana said…
Hi! Saya ada cerita di facebook saya sebanyak 9 siri, ingat nak bukukan sebab ada lagi 3 siri tak cerita..ingat nak masukkan perkongsian facebook tu kat blog tapi tak sampai seru rajin tu lagi..huhu
Unknown said…
Hai akak.
Saya nk tanya sbb kurang jelas.
Grep 2021 baru buka, tapi saya takde offer letter phd lagi. Sebab baru nk apply juga.
Utk kes ni macam mana ya ? Sebab mara kata kalau dokumen tak lengkap, dorg tak layan.


soalan kedua,
mcm mana nak tengok top 10 universiti yg mara bagi sambung ?

Terima kasih
Suhana said…
Hi!..

Kena pastikan dapat offer letter PhD dahulu, kali ni mungkin sangat strict sebab MARA buat pengambilan 2 kali untuk GrEP ni. Kalau berniat nak sambung luar negara pada intake selepas Jun, kena mohon second intake punya. Ynag baru buka ni kalau nak masuk sebelum intake May..usually negara Australia, NZ yang Autumn start awal tahun..but for PhD no worries, certain uni enrollement all year around, which means, boleh masuk bila-bila, tak tertakhluk ikut semester coursework..but this kena check dengan requirement university or your potential supervisor.

Kena tengok website QS World Ranking dan pilih ranking based on subjek. For US and UK, kena Top 20, the rest kena Top 10..

p/s: Mailah datang Edinburgh =)
Unknown said…
Salam sis,

I confuse, harap sis boleh explain. QS world 20 top university tu based on subject/programme kan. I nk sambung bidang railway, dan bidang ni under civil engineering. So kalau i nak check top 20 ke tak, I kena filter 20 top uni for civil engineering atau railway? Tp tak banyak uni yg offer course railway. Sebab kalau nk cari keyword railway, ada uni tu bukan top 20 in civil (leeds uni for example). Mara akan tengok macamana ya. Thanks!
Suhana said…
Hi! Kalau dalam QS Woeld tu ada pencarian khusus untuk railway, boleh je beri. Tapi kalau takda butang carian railway, boleh guna civil engineering. Tapi ada case subjek rare MARA bagi pergi dalam universiti Top 100, cuma ini kes panjang sikit kena rayuan semua bagai lah, ini kes pada tajaan yang sama tahun dengan saya, ramai yang buat rayuan ke universiti Top 100. Saya mohon juga tapi gagal..haha..dulu nak sambung bidang water, tapi MARA tahu kot itu under civil engineering. Macam tu lah..tapi lain subdisiplin, lain universiti yang top, begitulah. Nak sambung master ke phd?
AZ said…
Hi, kalau dah ada masters boleh ke nak pursue satu lagi masters under grep. Lagi satu, grep ada maximum jumlah tajaan tak. Sebab masters di US jauh lebih mahal daripada UK.
Suhana said…
Hi AZ,

Saya tak pasti yang itu kalau ada pernah buat ke tak. But worth to try. Tka ada maximum rasanya, sebab MARA buat je tajaan master untuk US
hajar hidayah said…
This comment has been removed by the author.
hajar hidayah said…
aslm berkenaan wtu program ni klau dh waktu dip pinjam ptptn , utk sambung study oversea boleh ke pinjam ? ke kena tunggu bayar habis ptptn ?
Suhana said…
Wassalam wbt Hajar,

Boleh sahaja mohon WTU, PTPTN akan benarkan. Kena lampirkan surat dari mereka juga sebab MARA ada minta.
Rashidah said…
Salam Cik Suhana, nak tanya, saya baru dapat PhD offer dari Cambridge, tapi dah lepas tarikh tutup first intake GREP April 2022. Kalau saya apply second intake (August 2022) sempat ke application tu diproses? Cambridge term akan mula 1 October 2022. Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt Rashidah,

Boleh je apply tapi saya rasa proses untuk dapat elaun etc tu akan lambat dan probably kena guna duit sendiri kalau nak fly on time. In fact memang itu yang ramai hadapi juga before ni. Kalau October mungkin sempat kot etc, berdoalah sebanyakanya.

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2