Dua tahun itu
Masa itu beredar pantas jika di isi dengan segala hal dunia sahaja. |
“Bila nak
menulis lagi? Aku selalu baca blog kau, sekarang ni dah tak menulis ke?”
Kawan menyapa di dalam ruang sosial.
Bila mana melihat status saya yang kepingin mahu
menulis semula.
Dua tahun bukan masa yang sekejap.
Dalam masa dua tahun ini, berlaku transisi dalam
kehidupan saya.
Daripada seorang yang belajar, kemudian bekerja sepenuh
masa. Dari seorang yang hanya menunggang motorsikal,sudah mampu memandu kereta.
Dari tiada anak saudara, sudah ada 2 anak saudara, dari rumah yang kecil, sudah
boleh hidup dalam rumah yang besar bersama keluarga. Dari tidak banyak hutang,
sudah makin banyak beban hutang..
Banyak, terlalu banyak!
Itu baru dari atmosfera kehidupan saya. Belum lagi
kehidupan dunia dan seisinya.
Tapi cuma satu perkara yang saya pinta dan masih mahu
kekal sampai mati jika Allah izin.
Walau selemah mana daya kaki melangkah dan menongkah,
mohon saya masih kekal dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini.
Saya ini insan yang sentiasa alpa, dari kecil tidak
diajar dengan nilai Islam sepenuhnya.
Bilamana Allah izin untuk saya mendapat sirna cahaya
itu, syukur tidak terhingga.
Oh ya, hajat saya mahu menyambung ijazah sarjana di
izin Tuhan.
Setelah hampir dua tahun saya memendam keinginan itu,
masanya hampir tiba.
Di mana?
Saya akan berkongsi bersama anda semua.
Hanya tunggu masa sahaja lagi.
Doa anda amat saya harapkan.
Comments