Cerpen Bahagian 2
Berdiri di situ seorang
lelaki memegang langsir penghadang antara Jemaah lelaki dan Jemaah perempuan. Wajahnya
masih basah tanda baru usai mengambil wudhuk. Tertera nametag di atas poket bajunya,
Mus’ab.
“Amboih,berhoi-hoi lagi. Tak
reti nak beri salam ke?” desis Anis, mencebik. Rakannya yang sedang memegang
telefon tadi terus menyorokkan telefon tersebut ke dalam kocek bajunya.
“Apa kamu semua buat dekat
sini? Dari tadi saya dengar bunyi kecoh di luar surau tadi. Kamu nak buli orang
ye?” tanya pemuda tersebut. Bahasanya mula reda. Tadi bukan main tinggi macam
petir nak panah bumi.
“Eh,kami tak buat apa-apa
cikgu. Ini kan surau,mestilah nak beribadah. Tadi kami gurau-gurau je, ye idok?”
Madihah menepuk bahu Anis. Lirikan mata diberi pada semua tanda mereka perlu
segera pergi dari situ.
Aqilah hanya terdiam.
Tidak dipandang lelaki itu, tanda malu barangkali cikgu itu mendengar setiap
butir bicara pergaduhan tadi. Dia tidak pernah tahu ada guru baru di sekolah
ini. Bahkan lebih mengejutkan dia seperti pernah melihat wajah lelaki tersebut.
Tetapi entah dimana, dia pun sudah lupa.
“Ah,peduli apa aku.” Dia
pun melangkah keluar,tanpa mengucapkan sebarang ucapan terima kasih. Lagaknya yang
memang tidak mesra pada sebarang lelaki memang begitu walau pada guru sendiri.
Mus’ab hanya memerhati
Aqilah yang keluar terus dari surau tersebut tanpa sebarang bicara.
“Ini rupanya Aqilah.” Hatinya
berbisik.
Terkoyak senyuman dari
bibir.
Tanda satu masalah sudah
selesai. Misi seterusnya perlu diteruskan. Memegang amanah terbesar ini,
perlunya jiwa yang besar. Jiwa yang besar hanya datang dari kuasa yang besar,dan
tentulah kuasa besar itu datang dari Allah yang Maha Besar.
Dia perlu menunaikan solat
segera sebelum loceng untuk kelas bermula.
******************************************
“Anis,Madihah. Aku nak
cakap sikit dengan kau dua orang.” Datang seorang perempuan berpakaian uniform
kuning, lain dari pelajar. Tanda dia mempunyai jawatan di sekolah tersebut. Waktu
sekolah sudah lama habis, kini mereka sedang menunggu pemandu untuk mengambil
mereka. Yang pastinya hala tuju mereka bukan terus balik ke rumah, ada tempat
baharu yang mereka mahu teroka rancangnya.
“Kau nak cakap apa? Aku
malas nak layan kau lah, PEMBODEK!” Anis menuding jari kepada Iman. Tidak semua
orang tahu yang Anis dan Iman adalah adik beradik kembar. Tidak tahu dan mereka
memang tidak mahu beritahu. Lain benar perwatakan mereka berdua. Seorang yang
memang sosial budaya, seorang lagi baik budinya. Bagai langit dan bumi
perbedaan ketara mereka berdua.
Anis sering mencemburui
Iman, kakak kembarnya itu. Sedari kecil, ayah dan ibu mereka hanya tertumpu
kepada Iman. Segala macam hajat pasti akan ditunaikan. SEGALA! Maksudnya tiada
ada yang tidak tertunai, pasti tertunai. Ini kerana sikap Iman yang sering
mendapat pujian di sekolah kerana kepintarannya. Berbeza dengan Anis, dia lebih
suka meneroka hidup dengan pengalaman dari menghabiskan hidup dengan menjadi
hamba kepandaian. Prinsipnya pandai pengalaman lebih bagus dari pandai buku. Prinsipnya
benar, tapi caranya salah. Dia lebih memilih untuk memberontak dengan cara
bersosial sahaja. Ini sahaja cara dia mampu raih perhatian ibu dan ayahnya
meskipun cara itu amat buruk sekali.
‘Kau buat apa dengan
Aqilah tadi? Aku dapat tahu dari Cikgu Izzah. Dia jumpa aku beritahu perihal
ini pada aku. Kau jangan macam-macam Anis, tak cukup lagi ke kau dah buat
perkara onar dekat sekolah lama dulu, kau nak bawa perangai macam ni dekat
sekolah ni juga? Memalukan aku betul dapat adik macam kau ini.” Dengus Iman.
Safiyah yang berada di sisinya cuba menyabarkan sahabatnya itu.
“Eh, Iman. Yang kau nak
sibuk pasal kitorang ni apahal? Kau hiduplah dengan hidup kau. Jangan nak masuk
campur perihal aku. Blah lah kau!” terus mereka beredar dari situ. Hilang mood
mereka.
“Iman, sabarlah. Aku rasa
mesti dia memberontak. Sebab itu dia buat hal macam-macam di sekolah. Kita kena
berhikmah dengan dia. Aku tak tahu macam mana, tapi pasti ada cara.
InshaaAllah, yakin dengan Allah ya.” Safiyyah berkata, menepuk lembut bahu
Iman.
Menitis air mata Iman.
Bukan dia tidak mahu berlembut pada adiknya itu. Tapi sudah lama dia berlembut,
tetapi hati adiknya cukup keras. Kasar benarkah teguran dia itu pada adiknya?
Dia tidak tahu, tetapi hatinya masih kuat mengatakan adiknya akan berubah suatu
hari nanti.
Yakin pada sirna.
Mus’ab masih berada di
situ. Lewat balik hari ini kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Buku latihan
masih banyak tidak bertanda. Dia baru sahaja berkhidmat di sekolah ini. Menjadi
guru ganti selama tiga bulan. Profesion guru bukanlah kerjaya sebenar dia. Dia mengambil
cuti selama tiga bulan untuk menyelesaikan masalah ini.
Masalah yang sekian lama
cuba dirungkai.
Lelah dilepaskan. Tanda letih
memeriksa latihan para pelajarnya. Subjek Matematik Tambahan bukanlah satu
subjek yang amat popular untuk diminati oleh para pelajar. Bahkan hari pertama
dia mengajar di situ, hampir kesemua pelajar tidur di dalam kelas. Apabila ditanya,
mereka jawab tidak faham langsung apa yang diajar. Masalah dunia!
Beberapa hari dia tidak
tidur malam. Mencari penyelesaian untuk kaedah termudah bagi memahami subjek
ini. Lantas dia menghubungi Mualimah Zainab yang pernah mengajar subjek ini
kepadanya sewaktu sekolah dahulu. Dia tidak pernah lupa pada jasa guru tersebut
yang membimbingnya hingga dia menjadi pelajar terbaik dalam matapelajaran ini.
“Ah,kenangan dulu.” Desis hatinya
mengenang perjalanan hidupnya bergelumang dengan dunia sekolahnya dahulu.
“Mualimah, dulu macam mana
mualimah ajar ana yang bodoh pasal matematik ni ya?” tanya Mus’ab ketika mereka
bertemu, hanya tujuan untuk menuntut kaedah tersebut.
Mualimah tergelak kecil.
“Bukan bodoh, kurang mahir
Mus’ab. Anta dulu bukan tidak pandai, cuma masih tidak nampak konsep sebenar.
Mualimah jampi kamu dalam kelas, kamu tak tahu ke?”
“Amboih, mualimah. Mai share
sikit mentera jampi tu. Mana tahu,
berkesan kat anak muridnya saya ke lepas ini.” Sambung Mus’ab pada guruan
gurunya itu.
“Haha.. menteranya hanya
pada doa. Doa Nabi Musa minta dilapangkan dada dan difasihkan bicara untuk
berdakwah kepada Firaun si pemuka ketika itu. Mus’ab, mengajar ini anta jangan
pandang pada nak anak-anak murid sahaja faham. Anta dahulu kena lapangkan hati
untuk mengajar dan minta difasihkan bicara agar mereka faham apa yang anta nak
sampaikan sebenarnya.”
Bicara Mualimah tertusuk
tajam ke dalam hati. Dalam gurauan penuh nasihat yang mahu disampaikan. Dia
sedar doa itu. Tercatat di dalam alQuran dan sering diulang-ulang dibaca doa
itu. Namun tidak dia sedari hikmah dan ibrah begitu besar jika dihayati dan
difahami.
Allahu Rabbi.
Mungkin aku tidak ikhlas
kerana mahu menyelesaikan misi ini.
Namun aku juga perlu
ikhlas untuk cuba meraih pahala berbakti ilmu selama tiga bulan ini.
Bukan senang untuk senang.
Dan bukan susah untuk
susah.
Ya Rabbi, permudahkan dan
jangan disusahkan.
Bersambunggg.....
Comments