Cerpen Bahagian 1
Dingin subuh menjalar di
setiap urat tubuhnya. Namun, perjalanan yang jauh mengenyahkan kedinginan itu. Peluh
kecil keluar, rasa rimas lalu di lap dengan hujung kain baju kurungnya itu.
Lampu jalan masih lagi
terang, menunjukkan yang keadaan masih lagi gelap. Matahari fajar kian naik di
ufuk. Makcik-makcik yang berniaga kuih dan sarapan sedang sibuk mengemas untuk
jualan. Sebentar lagi ramai manusia yang keluar dari perut rumah singgah di
kedai jualan ini. Suasana seperti biasa, yang dilalui saban hari olehnya.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Rimba Sakti.
Terpampang gah nama
sekolah tersebut di papan tanda luar sekolah. Sedikit sahaja lagi langkahan dia
akan sampai ke gerbang pintu sekolah tersebut. Langkahannya berat seperti di
tarik sesuatu.
“Aqilah, apehal kau laju
sangat ni, punyalah aku menjerit dari tadi kau tak dengar. Sejak bila telinga kau
tuli ni?”
Aqilah menoleh ke
belakang, dilihatnya Anis sedang menarik beg yang dikendongnya itu dari belakang.
Kelihatan Madihah juga di sebelah tersengih sinis.
“Aku bukan tak dengar,
saja buat tak dengar. Dah lepaskanlah. Kau dah kenapa nak buat hal pagi-pagi
buta ni? Aku ada kerja nak buatlah!” bentak Aqilah. Pantas dia menolak tangan
Anis yang masih memegang begnya itu. Berlalu terus masuk ke kawasan sekolah. Anis
dan Madihah masih berada di kawasan luar sekolah. Aktiviti biasa mereka,
melepak di luar pagar hinggalah loceng sekolah tanda kelas mahu bermula, baru
mereka menapak ke dalam sekolah. Sudah diberi amaran banyak kali, tetapi
kepintaran dan kekuasaan yang mereka miliki hanya mampu mendiamkan cikgu
disiplin sekolah itu sahaja.
Siapa tidak kenal Tengku
Anis binti Tengku Ahmad dan Ku Madihah binti Tan Sri Shukri? Anak hartawan yang
bersekolah di sini. Sudah lima belas sekolah mereka berpindah randah atas
masalah disiplin. Sekolah ini terpaksa menerima mereka kerana nama yang ada
pada kedua ayah mereka. Jika tidak padah jawabnya. Baru beberapa bulan mereka
di sini, sudah banyak masalah yang timbul. Pening guru memikirkannya.
Mereka ini berkawan baik
sejak kecil, jadi ke mana sahaja mereka pergi, pasti bersama. Seperti lipas
kudung lagaknya.
Belakangan ini, Aqilah
menjadi sasaran mereka. Semuanya hanya kerana satu peristiwa yang berlaku
minggu lepas.
*******************************************
Loceng tanda rehat kedengaran.
Para pelajar berpusu-pusu
keluar mahu mengisi perut yang berkeroncong. Kantin sekolah yang terletak
bersebelahan tapak perhimpunan itu makin penuh dengan pelajar.
Namun tidak pada dia.
Saban hari, loceng rehat itu bukan waktu untuknya mengisi perut. Tapi lebih
kepada mengisi hati. Surau sekolah berwarna hijau ini begitu menyamankan bagi
insan seperti dia. Apatah lagi dapat menunaikan solat sunat dhuha yang menjadi
amalan hariannya. Amalan yang dikongsi oleh seseorang yang bererti dalam
hidupnya. Dia masih tidak lupa. Sesekali tidak akan lupa.
Usai solat, dia
menyandarkan tubuh ke dinding surau. Penat bekerja malam tadi tidak habis lagi
lelahnya. Hanya itu mata pencariannya untuk terus menyambung pelajaran. Tinggal
lagi beberapa bulan untuk dia mengakhiri zaman persekolahan dan meneruskan
cita-citanya. Tempat ini memang sesuai untuk beristirehat, apatah lagi tidak
ramai yang punya kesedaran untuk pergi ke surau ini pada waktu sebegini.
“Solat dhuha ini, orang
mengerti untuk meraih rezeki sahaja. Hikmahnya murah rezeki. Tetapi orang tidak
peduli pada ibrah kenapa solat ini dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam waktu
dhuha. Surah ad-Dhuha menceritakan tentang perasaan Rasulullah yang begitu
terasa ditinggalkan oleh Allah SWT kerana begitu lama tempoh masa wahyu tidak
diturunkan kepada baginda. Akhirnya Allah menurunkan surah ini, yang
intipatinya mengingatkan Rasulullah bahawa ketika dia menjadi anak yatim,siapa
yang beri perlindungan, ketika tercari kebenaran siapa yang memberi petunjuk. Terkadang
Aqilah, kita ini perlu diingatkan dengan perkara sebegini. Kita buat solat
dhuha, bukan lepas t uterus turun rezeki dari langit depan mata. Tidak! Tetapi ibrah
agar kita dapat melihat betapa waktu inilah keharmonian mencari rezeki itu ada.
Lakukanlah hingga akhir hayatmu saban waktu. Moga nanti, jiwamu tenang untuk
meraih rezeki yang diaturkan Allah untukmu.” Bahu Aqilah ditepuk lembut.
Di surau ini jugalah dia
menemui insan ini. Namun, semuanya hanya tinggal kenangan sahaja.
“Hoi budak! Kau nama
Aqilah kan?” terkejut bangun dia dari tidur-tidur ayam.
“Kau siapa?” lantas dia
bangun. Ada sekumpulan pelajar di situ mengelilinginya membentuk separa
bulatan.
Dia masih berdiri menyandar di dinding.
“Aku tanya kau dulu sial!
Kau kan nama Aqilah tu!”
“Ye,aku. Engkau ada urusan
apa dengan aku?”
“Engkau boleh tanya apa
urusan aku dengan kau? Hoi! Engkau aku tak kenal datang dari keturunan mana? Anak
siapa? Tiba- tiba engkau pandai-pandai report pasal hal aku pada cikgu disiplin
apehal? Kau ada masalah ke ha? Kau nak kena tumbuk dengan aku?"
Aqilah teringat berkenaan
hal tersebut.
Ya, peristiwa malam itu!
“Ape lagi geng, kau bagi
pengajaran dekat budak ni. Baru dia sedar sikit.” Arah suara tersebut.
Seorang sudah sedia
merakam dengan telefon bimbitnya. Manakala yang lain sudah bersedia untuk
memulakan aksi mereka.
“Buka semua pakaian dia, dan
kau rakam. Aku akan sebarkan video tersebut. Biar dia dapat malu!”
Yang lain mula menghampiri
Aqilah yang masih berdiri di dinding surau itu. Wajahnya masih tenang meski
sudah dibanjiri peluh kegelisahan.
“Hoi, apa kau orang buat
kat sini ha?”
Mereka semua menoleh kearah
suara tersebut.
Bersambungg….
Comments