Posts

Showing posts from 2023

Siapakah aku?? - Part 2

Image
  Baiklah, tamat pengajian, aku tak jadi Jurutera pun. Masa itu, aku dah mula ikut usrah dan cuba berubah menjadi muslim yang lebih baik. Aku khuatir nanti duduk di site, aku nak pakai apa kan, masa itu t-shirt muslimah ya Tuhan mahal ye harga. Aku tak mampu. Jadi aku fikir, ah nak sambung buat Master lah kan. Sementara buat master itu, aku kerjalah sebagai guru sebab kerja pendek je. Waaaa..naif ye kau Suhana. Sebelum tamat belajar lagi aku dah diterima menjadi guru di Integrated Islamic School Shah Alam pada December 2011. Tinggal satu lagi final exam aku masa itu, jadi aku minta masuk bulan Februari tapi diorang tak bagi. Jadi masa final exam tu, aku ambil cuti je lah. Lagipun paper senang je..gituh confident..hahaha.. Aku kerja sehingga tahun 2013 tu aku rasa eh rugi lah aku tak jadi Engineer, sampai bila aku nak jadi cikgu kat sini je kan. Aku memang tak buat master pun, sebab kerja cikgu ni rupanya 24jam ye..hahaha..penat tapi aku happy je. Jadi aku pun cari kerja. Sehing...

Siapakah aku?? - Part 1

Image
Assalam wbt. Mungkin yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya aku, buat apa sekarang dan pelbagai persoalan dalam minda korang kan. Walaupun korang rasa, eh aku tak terfikir pun, kau je perasan..tetapi aku faham jauh di dasar hati korang, ada lintasan pemikiran tu kan..haha! Untuk pembaca sekalian, selamat datang ke blog Musafir Ilmu. Blog ni aku mulakan seawall tahun 2009, jadi dah 14 tahun hidupnya perkongsian cerita aku dalam blog ini. Zaman sebelum meletusnya media sosial Facebook, blog adalah tempat untuk kita membaca, berkongsi cerita dan sebagainya. Istilah seperti blog jogging, blog walking etc di kotak chat adalah perkara yang dilakukan oleh para blogger sekalian kan. Jadi, kalau korang rajin untuk tengok diri aku dari tahun 2009 sehingga kini dari perkongsian aku di blog ini, dah berubah banyak kan? Haha..aku pun kekadang nak muhasabah diri, masuk balik ke perkongsian aku pada sedekad lepas, gituh lah.. Jadi sesiapa yang rasa tertanya, aku kongsikan siapakah aku dan ke...

GrEP 2023 dah dibuka!!

Image
Salam wbt. Lama aku tak update dalam blog ni. Tapi sesiapa yang komen di post GrEP aku tu, aku balas je. Jangan risau inshaAllah. Ada beberapa orang pembaca juga yang jadikan blog aku ini sebagai rujukan mereka untuk buat permohonan. Jangan tak percaya, aku ada jumpa di Edinburgh dan yang di Glasgow juga..dia macam, eh ni kakak blog yang GrEP tu kan? Haha..gituh Ye lah selalunya aku banyak berkongsi di Facebook sahaja. Oh ye, permohonan untuk GrEP 2023 dah dibuka ye kawan-kawan! Untuk permohonan PhD Luar Negara bagi 2023 ni, hanya tajaan kepada bidang medical science sahaja. No engineering, no science..no no no no! Tahun lepas aku dengar juga berita yang PhD Mara tak hantar ke luar negara, rupanya betul lah tu. Barangkali untuk bajet yang perlu diselaraskan semula, yelah banyak backdated kan untuk tambahan elaun..hahaha..bersyukurlah walau sekecil-kecil perkara. Aku tinggal lagi sebulan je terima elaun MARA, kemudian pepandailah macam mana nak hidup. Oh pada siapa yang ta...