GrEP MARA: PART 3
Baiklah, Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita next step apa korang kena buat setelah dah hantar semua dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak dalam entri aku sebelum ini. Korang kena tunggu sahaja sehingga mendapat emel dari pegawai MARA bahawa anda benar-benar berjaya dan diberikan kontrak dokumen, surat tawaran, financial affidavit dan sebagainya. Berapa lama nak tunggu? Semasa kes aku tahun lepas, aku mohon untuk tukar universiti yang tidak berada dalam ranking yang dikehendaki. Jadi tarikh tutup kena hantar borang semakan MARA adalah akhir bulan Mei. Masa itu aku tak ada hantar surat tawaran tidak bersyarat lagi pada MARA, aku dapat dalam akhir minggu Jun. Kemudian awal Julai terus aku emel pada MARA minta kemaskini status aku sebab aku kata kemasukan aku adalah hujung bulan Julai, mustahil untuk aku siapkan segala dokumen, urusan visa dan sebagainya. Pagi aku hantar emel, petang dalam jam 6 petang, Puan Salwa menelefon aku berkenaan hal aku untuk tukar universiti ...