"Oiii, jangan menyerah sebelum kalah!"
“Why your house didn’t do any movement during that song? Just stand up like this?” tanya Teacher Fari pada saya. “We have some movement, but not practice yet teacher,” balas saya pula. Sekadar menyedapkan hati walhal idea masih lagi entah mana-mana. Melihat latihan Battle Cry kontinjen rumah Hamzah, setiap orang sudah pasti tahu bahawa rumah kamilah yang akan menduduki tempat terakhir bagi pertandingan ini. Hambar. Bosan. Hilang Semangat. Itulah yang terpamer di wajah anak-anak murid saya. Sudah putus asa mahu meneruskan perjuangan. Melihat kehebatan kontinjen rumah lain, mereka sudah gentar. “Ala teacher, bosan lah macam ni. Kita ni confirm kalah dah,” komandan sendiri sudah putus asa. Tatkala itu, membara dalam diri saya melihat rasa putus asa mereka yang belum lagi bertanding. “Kamu ni dari tadi asyik complain je, cuba bagi idea kat teacher, macam mana kita nak buat movement Battle Cry ni?” suara sedikit meninggi tanda marah pada kelemahan diri mereka namun masih b...