Posts

Showing posts from 2020

GrEP MARA: PART 3

Image
Baiklah, Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita next step apa korang kena buat setelah dah hantar semua dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak dalam entri aku sebelum ini. Korang kena tunggu sahaja sehingga mendapat emel dari pegawai MARA bahawa anda benar-benar berjaya dan diberikan kontrak dokumen, surat tawaran, financial affidavit dan sebagainya. Berapa lama nak tunggu? Semasa kes aku tahun lepas, aku mohon untuk tukar universiti yang tidak berada dalam ranking yang dikehendaki. Jadi tarikh tutup kena hantar borang semakan MARA adalah akhir bulan Mei. Masa itu aku tak ada hantar surat tawaran tidak bersyarat lagi pada MARA, aku dapat dalam akhir minggu Jun. Kemudian awal Julai terus aku emel pada MARA minta kemaskini status aku sebab aku kata kemasukan aku adalah hujung bulan Julai, mustahil untuk aku siapkan segala dokumen, urusan visa dan sebagainya. Pagi aku hantar emel, petang dalam jam 6 petang, Puan Salwa menelefon aku berkenaan hal aku untuk tukar universiti

GrEP MARA : PART 2

Image
Aku bukan orang yang terbaik untuk korang rujuk. Tapi kisah ni korang boleh jadikan panduan untuk dapat idea bagaimana untuk korang dapat sambung pengajian di peringkat PhD dan cara untuk mencari penyelia (SV). Disebabkan syarat penaja adalah untuk mendapatkan tawaran dalam kelompok 30 universiti terbaik di peringkat dunia untuk subjek pilihan atau kelompok 10 terbaik di dalam negara tersebut, maka pencarian universiti bergantung kepada senarai universiti tersebut. Dari bulan April hingga Disember 2019, aku memulakan pencarian sehinggalah takdir Tuhan untuk aku berada di universiti 20 terbaik dunia. Korang tanyalah kawan-kawan terdekat aku, macam mana saban hari aku mengeluh nak give-up, tapi putus asa tak dibenarkan ketika itu. Patutlah ada kawan yang memanggil, “Perghhh budak Edin sekarang!”, walhal aku sedikitpun tak kisah tentang ranking terbaik ni, yang peduli adalah penaja aku, jadi aku kena akur. Dan juga dalam pengajian PhD, SV adalah faktor utama untuk kau cemerlang at

GrEP MARA: PART 1

Image
Baiklah, ini permulaan cerita bagaimana korang nak uruskan borang setelah korang layak diterima untuk ditaja bagi pengajian korang. Pertama kali, korang kena tengok senarai semak yang MARA berikan. Tak semua senarai semak itu korang perlu sediakan. Tengok gambar kat bawah. Dalam butir pemohon, kalau korang bekerja kena beri surat perletakan jawatan atau pengesahan cuti dari majikan korang sekarang. Begitu juga bagi mereka yang mengikuti pengajian luar negara, perlu sediakan IELTS yang overall kena 6.5 regardless each components! Yang penting overall lepas band 6.5 itu MARA dah accept. Tapi nak tak nak kemasukan universiti sangat pentingkan setiap komponen, kena melepasi bar minimum 6.0 dan overall band 6.5. Ini bergantung pada kursus yang korang ambil dan dari universiti mana. Kalau LAW, kena band 7, Universitiy Cambridge nak band 7.0..begitulah Untuk surat tawaran universiti, kalau masih bersyarat, boleh ke hantar juga? Boleh, sebab tawaran universiti tu bergantung pada

Graduate Excellence Programme (GrEP) 2020

Image
Fuh, dah lama aku tak update blog aku ni. Memandangkan pelbagai soalan aku terima dari media sosial aku berkenaan GrEP ini, maka lebih baiklah aku ceritakan secara terperinci dalam blog aku ini. Tahniah pada korang yang jumpa blog aku ni..haha Aku bukan staf MARA, tapi aku pelajar tajaan MARA bagi GrEP 2019. Sekarang aku belajar di University of Edinburgh, UK untuk pengajian PhD (Civil Engineering). Doakan aku untuk tamat dengan cemerlang dan masa yang ditetapkan keh! Aku juga dapat tajaan MARA untuk program Pascasiswazah MARA 2014/2015 bagi pengajian Master dan masa tu aku diterima belajar di University of Wollongong, Australia. Jadi, eloklah kiranya aku berkongsi proses untuk korang selesaikan apa yang patut. Yang tak layak jangan bersedih, korang ada harapan untuk buat rayuan juga. Untuk pengetahuan korang, aku adalah pelajar terakhir yang fly..haha..banyak sangat rintangan aku. Nanti aku ceritakan juga kenapa dan bagaimana akhirnya aku sampai kat UK tanpa aku pinta. Wah gitu! Stay