Aku kuat, maka aku diUJI..


“Aku rasa hidup aku ni macam suatu lawak, dari kecil aku hidup diuji, kuat sangat ke aku ni sampai Allah nak uji aku bermacam-macam.” Luah seorang sahabat saya di ruangan maya.

Saya terdiam melihat mesejnya. Beristighfar berulang kali.

Hidup ini memang takkan pernah sunyi dengan masalah atau ujian.

Firman Allah:”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat”(90:4)

Hanyasanya yang menyedari bahawa ujian itu adalah suatu anugerah untuknya, bukan suatu bentuk kezaliman Tuhan pada hambaNya. Bagi yang beriman, jika ditimpa ujian dan masalah, tidak pernah lekang rasa kesyukuran itu,kerna ia menyedari ada sesuatu yang Allah mahu mendidik dirinya.

Buat sahabat yang saya sayangi, ingin sekali saya dendangkan sebuah kisah ini.

Ada seekor monyet, yang sedang memanjat sebuah pohon. Tiba di suatu dahan, dengan tiba-tiba angin menderu laju menyapa tubuhnya yang kerdil itu. Bergoyang-goyang pohon, ke kiri, ke kanan, tak henti-henti di tolak angin kuat itu. Sang monyet lantas memegang kuat dahan yang di panjatnya itu.

Tidak lama kemudian angin reda seketika, menyapa pula angin yang begitu lembut dan mendamaikan. Sepoi-sepoi bahasa lantunannya, menolak tubuh kerdil sang monyet dengan rasa lembut dan menyegarkan. Kedamaian angin itu membuatkan sang monyet terleka dan alpa, rasa nyaman menghadapi angin yang lembut itu sampai hingga ke pundak kepalanya membuatkan dia tidak sedar bahawa tiba-tiba...

Bukk!

Terjatuh sang monyet ke tanah dari pohon yang dipanjatnya.

Begitulah kisahnya manusia hai sahabat. Bisa saja kita analogikan angin kuat itu adalah ujian dan masalah, sering menimpa manusia. Namun, angin kuat itu juga yang membuatkan kita kuat dan mampu bertahan di pohon agama dan cabang iman. Kental, keras dengan mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Tetapi apa akan jadi apabila Allah tidak memberi kita ujian, hidup kita sentiasa senang, tiada masalah, gembira sepanjang masa. Begitulah juga seperti angin lembut dan mendamaikan itu. Tanpa ujian, kita akan rasa lemah, terlalu bersenang hingga kita tidak sedar,akhirnya kita jatuh dan semakin jauh dari Allah.

Bukankah itu satu nikmat dan anugerah dari Allah?

Kamu memang seorang yang kuat. Tidak perlu dipersoalkan lagi, kerana Allah sudah berfirman bahawa :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya.”

Jangan berduka sahabat apabila ditimpa ujian. Berlarilah mencari Allah, kita ini lemah bukan kerana masalah tetapi lemahnya kita tanpa Allah. Sungguh Allah sangat dekat dan hampir, hanya saja kita yang sombong dan angkuh melupakanNya begitu sahaja tatkala kesenangan dan segala permintaan kita tertunai.

Firman Allah : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dengan pelbagai ujian, sehingga rasul dan orang-orang ynag beriman bersamanya berkata: Bilakan datang pertolongan Allah? INGATLAH, SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.”

Kewafatan baginda SAW menandakan bahawa lengkaplah sudah Islam itu untuk kita. Namun, tatkala Islam datang dalam keadaan asing dahulu, baharu sahaja Rasulullah menyeru, kembali kepada Yang Maha Satu, apa tindakan umat itu pada waktu itu? Mereka sanggup bermatian demi mempertahankan agama Allah. Sanggup di siksa tengah panas, dihimpit dengan batu besar, dibakar, disiksa dan sebagainya, namun mereka teguh. Ujian itu mereka hadapi dengan penuh rasa keyakinan bahawa PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT.

Ya Allah, bagaimana pula dengan kita ini?

Lahirnya sudah dalam keadaan Islam. Al-quran lengkap menjadi pedoman. Namun, kita masih tidak mampu untuk menancap keyakinan teguh pada Allah, malah ada sahaja yang meragu-ragukan Islam, menolak sepenuh,mengambil separuh.

Apakah kita mahu menjadi monyet yang terleka terkena angin nyaman yang menyapa?

Gembiralah wahai manusia yang sentiasa teruji.

Bersyukurlah dengan masalah yang diberi.

Kerna itu tarbiyah Allah untuk diri.

Comments

Anonymous said…
cantik analogi monyet yang jatuh tu..
ujian dan dugaan tu sentiasa ada tetapi berbeza dengan setiap manusia. jika seorang pelajar ujiannya lain. seorang ibu ujiannya lain. seorang yang dah bekerja ujiannya lain pulak. apa-apa pun ujian yang datang, percaya dan yakinlah bahawa semua itu datang daripada Allah swt. setiap sesuatu yang Allah swt jadikan tidak sia-sia dan pasti ada hikmahnya..
SuhaNa said…
to Sa.B.U:

Analogi itu ana ambil dari filem Sang Murabbi =) YUp, percaya dan yakin pada Allah..itu kunci utama
nuurjana said…
cik ana..aku tarik balik kata-kata aku..kadang2 bila manusia mendekati satu istilah yakni putus asa, syaitan amat dekat dengan jiwanya...begitu jugalah aku..khilafnya aku. patutnya aku bersyukur..^^

terima kasih untuk artikle ni..luv you...^_^
SuhaNa said…
to missjana:

Semoga Allah melindungi kamu sahabatku..tidaklah orang itu putus asa melainkan dia tidak yakin pada rahmat Allah dan tergolong dalam golongan sesat..nau'dzubillahi minzalik..

panjangkan asamu untuk hari mendatang =)
Anonymous said…
masyaallah peringatan yang baik untuk semua...
SuhaNa said…
to Anonymous :

Alhamdulillah..moga bermanfaat =)

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2