Misi si anak muda..
Usai solat,ana duduk di penjuru musollah itu.Memberi ruang untuk jemaah lain mengerjakan solat.Ruang musollah yang agak kecil kadang tidak mampu untuk menampung manusia yang mahu menunaikan kewajibannya pada Ilahi.Musolla ini menjadi sesak akibat berlangsungnya hari konvokesyen di universiti ana.
Terbongkok-bongkok,geraknya kelihatan tidak teratur.Ana memerhati. Seorang makcik yang sedang solat.Umurnya jika dilihat mungkin sudah menjangkau 60-an. Sungguh tika itu,ana terfikirkan sesuatu yang membuatkan ana melanjutkan rasa kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Betapa diri ini begitu selesa dalam nikmat kesihatan yang baik untuk beribadah pada Allah. Jika makcik yang berusia itu mampu mengerjakan ibadah walau dalam keadaan yang kurang selesa,apatah lagi ana yang punya kesihatan yang cukup baik.Ya Allah,terlalu alpa diri ini dengan nikmat kesihatan ini sehingga leka untuk sentiasa mengingatiMu.Diri ini mampu bertakbir dengan baik,sujud dengan sempurna,rukuk dengan lancarnya,apa lagi yang menghalang diri ini untuk terus mengerjakan sebanyak amal.
“Alah,masa muda ni lah kita nak enjoy,masa tua nanti aku taubatlah,banyak buat amal,hidup hanya sekali beb,bila lagi masanya kita nak enjoy macam ni.”
Ayat-ayat mungkar seperti ini seringkali diucap oleh golongan yang leka dengan kenikmatan dunia yang cuma sedikit.Ya,ana akui,hidup di dunia ini hanya sekali,tetapi jangan kau lupa bahawa kita akan hidup buat kali kedua,bukan di dunia,tetapi di kampung akhirat yang kekal abadi.Tatkala itu,penghidupan kita cuma ada dua yakni syurga atau neraka.Masa muda yang ada jangan disalah guna. Jika diri sudah tua,adakah kita masih dalam keadaan selesa untuk beribadah,sedangkan masa itu jugalah,diri kita yang dulu sihat dan segar,menjadi lemah dan tidak berdaya,apatah lagi jika diserang dengan pelbagai penyakit.Waktu itu,penyesalan sudah tidak berguna,sebanyak mana amal yang mampu kau lakukan dengan keadaanmu yang semakin melemah itu.Kerna itulah,seharusnya di waktu muda inilah sebanyak-banyak amal dan ibadah seharusnya kita lakukan.Kala diri masih sihat dan segar inilah kita perlu merebut sebanyak mana peluang yang ada.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat berbangga dengan orang-orang tua yang rajin beribadat,tetapi Allah lebih berbangga dengan orang-orang muda yang rajin beribadat.”
Apabila mendengar hadis ini,ana merasa lebih bersemangat dan menyala-nyala rasa untuk tidak berputus asa,sentiasa melakukan ibadah selagi terdaya.Menonton wayang??Karaoke?? Aktiviti anak muda yang tidak mampu membawa anda ke arah mardhatillah,silalah bermujahadah untuk meninggalkannya demi Allah.Sungguh Allah tidak akan mensia-siakan usaha kalian itu.
Dalam hadis lain,Nabi SAW bersabda : “Rebutlah 5 perkara (masa untuk beribadat) sebelum tiba 5 perkara sebaliknya..(antaranya)..masa muda kamu sebelum tibanya hari tua.”
Ya Allah..begitu Allah menekankan kepentingan pada waktu muda ini.Sungguh ana merasakan bahawa tika ini,begitu banyak ruang dan peluang untuk terus melakukan sebegitu banyak amalan ibadah.
Maafkan daku ya Allah jika diri ini lalai dan leka dengan nikmat kesihatan ini..
Tiupkanlah hidayah pada diri anak muda,kerna kami terlalu ingin menjadi pejuang agama suci ini..
Allah ghayatuna..ArRasul Qudwatuna…AlQuran dusturuna…AlJihadu sabiluna…AlMautu fi sabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kami..AlQuran pedoman hidup kami..Jihad adalah jalan juang kami..mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi..
Comments
May Allah SWT bless u sis.
:-)
2nd!Sama-sama,semoga ada manfaatnya bersama untuk para anak muda =)
to Cheqna :
Alhamdulillah..Segala pujian hanya untuk Allah jua..Moga kita jadi anak muda yang penuh misi akhirat
Allahu yubarik fik ukhti =)